Powered by Blogger.

DOA MUSNAH UMNO SEPERTI FIRAUN.. PAS HINA TAMADUN ISLAM...Macam Ni La Jadinya Bila Ikut Sangat Cakap DAP

Tuesday 20 November 2012



Doa Pas yang meminta kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) selepas solat Hajat sempena muktamar parti itu bermakna menghancurkan umat Islam di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Noh Omar berkata, berbeza dengan Umno, parti keramat Melayu itu tidak pernah meminta doa hancurkan Pas tetapi mendoakan perpaduan sesama Melayu dan Islam.

Menurutnya, pada masa ini, doa sudah dijadikan bahan kempen dan laungan seperti demonstrasi oleh parti Pas.

“Doa dibacakan pada muktamar tersebut adalah doa untuk menghancurkan umat sesama Islam. Saya berharap umat Melayu Islam dapat berfikir terhadap perjuangan Pas iaitu apakah perjuangan Pas masih memperjuangkan prinsip asal mereka,” katanya.

Beliau berharap Pas tidak terlebih politik sehingga mahu menghancurkan agama dan bangsa.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP