Powered by Blogger.

Showing posts with label Agenda Daily. Show all posts
Showing posts with label Agenda Daily. Show all posts

Tambah kerusi: PAS,PKR Selangor tidak mahu beri laluan pada DAP

Wednesday, 19 December 2012


pakatan-rakyat-bendera

Kawan, kawan jugak tetapi dalam bab agihan kerusi untuk PRU ke 13,  PKR, DAP dan PAS, masing-masing tetap tak mahu mengalah.

Sebab itu DAP jangan fikir mereka senang-senang nak minta tambah tiga  kerusi Parlimen dan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) khususnya di  Selangor kerana PAS dan PKR kata – No Way atau Sorry!.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng boleh simpan niat parti itu nak  tuntut sekutu mereka beri tambahan kerusi pada PRU ke 13 kononnya  sebagai imbuhan kesetiaan parti DAP sebagai komponen tulen dan setia dalam Pakatan Rakyat.

Tuntutan kerusi tambahan itu dilihat untuk menguatkan imbangan DAP  dalam Pakatan Rakyat yang kini mempunyai 28 kerusi parlimen dan 73  kerusi DUN.

 “Di Selangor, tiada perubahan dan kekal status quo sama seperti  Pilihan Raya Umum 2008 lalu.

“Tuntutan DAP di negeri ini kita pernah bincang sebelum ini dan  diputuskan tiada kerusi tambahan untuk DAP,” kata Ketua Penerangan PKR  Selangor, Suhaimi Shafie.

Menurutnya, kenyataan dibuat oleh Guan Eng itu tidak merujuk kepada  Selangor dan menegaskan pembahagian kerusi di negeri ini telah  dipersetujui sebulat suara.

“Mungkin ia melibatkan kerusi di negeri lain kerana jika di Selangor  kita semua sudah bincang tiada sebarang perubahan.

“Jadi tak perlu fikir serius mengenai perkara itu...tak perlu layan  secara mendalam kerana ia mungkin boleh dijadikan provokasi pihak  lawan,” katanya.

Beberapa hari lalu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul  Samad juga menegaskan tiada kerusi tambahan akan diberikan kepada DAP  di Selangor.

Menurut beliau, Pakatan Rakyat sebelum ini telah berbincang dan  mencapai keputusan sebulat suara mengenai jumlah pembahagian kerusi  yang akan ditandingi PAS, DAP dan PKR, pada PRU ke13..

"Di Selangor dah selesai, 99 peratus dah selesai, kerusi di tempat lama.

"Sekarang  tinggal enam minggu lagi, (kami) fokus untuk menang, bukan  bergaduh sesama calon (merebut kerusi)," kata beliau pada sidang media  selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran Rumah Mampu Milik PKNS, pada Sabtu.

Jadi DAP kena pilih negeri lain untuk tambah kerusi Parlimen dan DUN.

 Kedah dan Kelantan juga mungkin tak beri muka pada DAP apatah lagi  dengan berita kononnya Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dah minta parti itu pertahan negeri yang dikuasai PAS sekarang.

Mungkin Guan Eng, Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang baru dipilih  semula dalam CEC DAP kena pujuk Brother Anwar Ibrahim dan Datuk Seri  Hadi Awang atau Nik Aziz jik tetap mahu tambah kerusi.

Setakat ini, Anwar, Hadi dan Nik Aziz belum cakap apa-apa pasal tuntutan DAP.  Cuma PAS dan PKR Selangor dah berbunyi awal-awal dan buat DAP gigit  jari tetapi itu mungkin juga itu arahan Anwar atau Hadi.

Lagipun, PAS tak akan serah kerusi quota mereka bulat-bulat pada DAP  kerana PAS dah akui mereka parti paling kuat dalam pembangkang.

Tak tahulah kalau PAS nak terus tunduk pada DAP kerana dah tidak  hairan lagi kalau parti itu mengalah dan terus mengalah kepada DAP.

Sumber

Read more...

Khalid oh Khalid... Sakit lelah bagi ubat resdung...

Friday, 9 November 2012


khalid-air400Bayangkan senario ini – seorang pesakit menemui doktor mengadu sakit lelah. Tetapi doktor itu memberikannya ubat untuk resdung. Letakkan senario ini kepada isu air Selangor.

Umum mengetahui negeri yang diperintah Pakatan Pembangkang itu mengalami masalah BEKALAN AIR, tetapi Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim mencadangkan supaya menggunakan KAEDAH MERAWAT AIR yang dinamakan MEMBRANE.

Khalid mencadangkan idea itu sebagai hujah menolak cadangan Kerajaan Persekutuan untuk membina loji air Langat 2 untuk mengatasi masalah kekurangan air tetapi kerajaan Selangor menentang projek tersebut, sebaliknya menawarkan alternatif teknologi membrane yang didakwa lebih murah.

Pada sidang parlimen 30 Oktober lalu, Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak telah berdebat dengan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon dan mendakwa pembinaan loji air Langat 2 tak perlu dan penggunaan teknologi membrane lebih murah kosnya.

“Tan Sri Khalid tahu taka pa yang dia cakap apabila menggunakan terminologi kejuruteraan ini? Dia tahu ke kaedah Membrane ini sebenarnya digunakan untuk merawat air yang tercemar? Ia digunakan untuk mengasingkan air daripada mineral-mineral dan toksid yang membahayakan kesihatan pengguna.

ybidrisharon-ybhamimJika kita guna kaedah Membrane ini untuk memisahkan mineral dan air yang tulen, kita akan menghadapi pembaziran sebanyak 30 peratus. Selainitu ia membabitkan kos yang tinggi dan sukar untuk dilaksana.

“Nampaknya dia sendiri tak faham apa yang dia kata. Ataupun dia cuba spin dan alih perhatian. Masalah yang dihadapi Selangor sekarang ialah penyimpanan atau pengumpulan air mentah, bukan masalah memproses atau merawat air tercemar untuk menjadikan ia air yang tulen dan selamat untuk diminum,” kata Ir Datuk Idris Haron (kanan sekali) yang merupakan seorang jurutera.

“Tan Sri Khalid ini bercakap main sedap mulut. Dia ingat konon apabila dia sebut teknologi Membrane, masyarakat tak akan bertanya apa benda tu. Dia perlu mendalami ilmu kejuruteraaan air apabila bercakap pasal air. Ataupun dia ingat rakyat Selangor tak bijak. Apabila dia sebut perkataan baru seperti Membrane, rakyat tak akan bertanya lebih daripada itu.

“Nak dekat pilihanraya ini, maka datanglah perkataan yang pelik-pelik, kononnya rakyat tak akan bertanya. Inilah cara pembangkang menipu rakyat,” tambah Idris, yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu.

Ahli Parlimen Ledang, Ir Hamim Samuri (kiri sekali), yang juga seorang jurutera, menyokong kenyataan Idris. Katanya apa yang dicadangkan oleh Menteri Besar Selangor itu tidak ada kena mengena dengan masalah bekalan air.

Hamim juga bersetuju bahawa penggunaan teknologi Membrane lebih mahal, malah dua kali ganda lebih tinggi dibandingkan dengan kaedah konvensyenal yang digunakan oleh Kerajaan Pusat.

“Lagipun Malaysia tak perlu menggunakan kaedah Membrane sebab kandungan mineral dalam air di engara kita bukanlah di tahap tinggi, malah dalam lingkungan yang dibenarkan. Penggunaan cara konvensyenal juga jauh lebih mudah dan murah,” katanya.

“Cadangan Menteri Besar Selangor itu sebenarnya lebih merupakan taktik mengalihkan isu seolah-olah ada kaedah lain yang boleh dibuat oleh Kerajaan Selangor untuk merawat air. Menteri Besar Selangor mempolitikkan isu bekalan air di Selangor.

“Berbalik kepada isu asas, kita kuarng bekalan air mentah untuk dirawat, Jadi jangan alihkan isu daripada kekurangan bekalan air mentah kepada kekurangan loji atau kaedah merawat air. Saya nasihatkan orang ramai supaya merujuk laman web atau blog dari pihak yang profesional. Kaji, teliti dan cuba fahami mengenai teknologi Membrane ini,” katanya.

Sumber

Read more...

Nurul Izzah:Apa tindakan Khalid sebagai MB dan Exco Agama?

Wednesday, 7 November 2012



khalidibrahim513Tumpuan dalam isu kebebasan beragama yang dikaitkan dengan Nurul Izzah Anwar kini pastinya kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Luahan rasa terkejut dan kesal Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi kenyataan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa tidak boleh dipandang ringan.

Ini kerana Nurul Izzah membuat kenyataan itu dalam forum Islamic State: Which version? Whose responsibility? di Subang Jaya dan sebagaiKetua Agama Islam Negeri, baginda berkongsi kekhuatiran dengan umat Islam lain berhubung isu itu sekiranya apa diperkatakan ahli parlimen Lembah Pantai itu benar.

Khalid bukan sahaja sebagai Menteri Besar tetapi Exco Agama yang perlu melihat isu ini dengan penuh tanggungjawab termasuk mengenepikan soal siapa Nurul Izzah dan parti diwakilinya.

Di sinilah cabaran Khalid untuk rakyat melihat ketegasan beliau meminta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menjalankan siasatan berhubung kenyataan Naib Presiden PKR itu.

Beliau sudah tentu tidak boleh berpihak kepada Nurul Izzah walaupun anak Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Jelaslah, beban begitu besar di bahu Khalid jika siasatan Jais membuktikan kebenaran kenyataan Nurul Izzah.

Sudah tentu, Khalid ibarat di luah mati emak, di telan mati bapa.

Barangkali dengan tanggungjawab sebagai Exco Agama – Khalid dapat membuktikan beliau adalah Menteri Besar cemerlang dalam menyelesaikan isu tersebut.

Atau beranikah beliau menangkis tohmahan Anwar bahawa Jais menerima panggilan UMNO untuk menyiasat Nurul Izzah?

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kenyataan  “tiada paksaan dalam agama” adalah prinsip kemuliaan Islam tetapi ini bukan bermakna ia menggalakkan kemurtadan.

Katanya, tindakan mengaitkan kenyataan Nurul Izzah berhubung “tiada paksaan dalam agama” seolah-olah menggalakkan gejala murtad adalah satu rumusan tidak bertanggungjawab.

"Mengaitkan prinsip ini dengan rela murtad menunjukkan kecelaruan pemikiran golongan sempit agama termasuklah sesiapa yang mengulangnya tanpa fahaman. Saya ada dalam majlis itu sebagai pembicara.

"Kenyataan ahli Parlimen Lembah Pantai itu dianggap seolah-olah menggalakkan kemurtadan adalah satu rumusan yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dr Mujahid merupakan antara panel yang hadir bersama-sama Nurul Izzah dalam forum Islamic State: Which version? Whose responsibility? disebuah gereja Subang Jaya Sabtu lalu.

Ahli Parlimen Parit Buntar ini berkata, Nurul Izzah dalam forum tersebut juga menyebut tentang perlunya pendidikan dan dakwah supayaagama Islam dipelihara.

Itu kenyataan Dr Mujahid yang mungkin mahu mengelak turut diserang kerana mewakili PAS dalam forum tersebut.

Peliknya, Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang belum komen panjang lebar kerana mahu mendengar penjelasan dan bukti-bukti apa dikatakan Nurul Izzah.

Sumber

Read more...

Layak ke Azmin nak ganti Khalid jadi MB Selangor?

Friday, 5 October 2012


Sesiapa yang mengikuti kemelut dalam PKR tentu tidak hairan dengan cerita terbaru Timbalan Presiden parti itu, Azmin Ali membayangkan Tan Sri Khalid Ibrahim mungkin bukan lagi Menteri Besar Selangor jika pembangkang menang di negeri itu dalam nanti.

Walaupun ADUN Bukit Antarabangsa itu kemudiannya menyifatkan akhbar Sinar Harian ‘ada kepentingan tertentu’ kerana didakwa menyimpang daripada topik perbincangan, sikap orang politik menyalahkan media setelah kata-kata mereka mencetuskan komntroversi bukanlah benda baru.

Tidak tahulah sama ada akhbar berkenaan ada kepentingan tertentu atau tidak tetapi sesetengah pihak melihat akhbar banyak melaporkan berita yang memberi publisiti kepada  pembangkang.

Apapun, tentu mereka yang tahu ‘hubungan’ Azmin dan Khalid, tidak pelik jika apa dilaporkan akhbar itu benar dan pasti boleh ketawa dengan penafian Azmin serta permintaannya supaya tidak melaga-lagakan beliau dengan Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak serta ADUN Ijok, Selangor.

Dalam hal ini, Azmin tidak boleh salahkan media mahupun UMNO seperti biasa dilakukan pemimpin pembangkang jika mereka silap membuat kenyataan.

Pemimpin, ahli dan penyokong PKR di Selangor khususnya cukup tahu bagaimana Azmin mengimpikan kerusi Menteri Besar sejak pimpinan Khalid sama ada babitkan parti serta pentadbiran negeri dilihat lemah serta kerap timbul masalah.

Malah, perlantikan Azmin sebagai pengerusi PKR Selangor menggantikan Khalid adalah satu langkah awal merintis jalan supaya Azmin dapat mengukuhkan kedudukan bagi mengantikan Khalid.
Tidak perlu beliau menafikan hasrat disanubarinya kerana dalam PKR Selangor juga sudah ada teamnya dan team Khalid.

Cuma Khalid dikatakan bernasib baik kerana mendapat sokongan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga diketahui umum tidak menyenangi Azmin.

Barangkali kerana itu juga kedudukan Khalid masih kekal hingga sekarang dan peluang terbaik Azmin adalah berharap pembangkang menang di Selangor dan Khalid jika bertanding Parlimen serta menang dipindahkan ke pusat seandainya pembangkang menguasai Putrajaya.

Apapun, kenyataan Azmin itu sama ada benar atau menyimpang daripada topik seperti dikatakannya mengundang resah PAS yang jadi sekutu PKR selain DAP dalam Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali tampil menegur kenyataan itu yang menurutnya bersifat peribadi dan boleh mengelirukan orang ramai.

Manakala Khalid sendiri menegaskan bahawa perkara dicetuskan Azmin "bukanlah komen daripada Pakatan sebagai satu kumpulan".

Meneliti kenyataan terbaru Azmin, katannya beliau hanya menyebut peranan Khalid sebagai tokoh korporat untuk melaksanakan dasar-dasar dalam Buku Jingga.

"Saya tak sentuh langsung soal lantikan atau rombakan (kepimpinan)," katanya.

Tetapi, apa motif beliau bercakap soal peranan Khalid untuk melaksanakan dasar-dasar Buku Jingga jika tidak membayangkan Menteri Besar itu akan berpindah ke Pusat?

Tentu Azmin yang hebat bercakap dan berhujah seperti Datuk Seri Anwar ibrahim ada jawabannya.

Bagi pemerhati politik, sekilas ikan di air sudah diketahui jantan betinanya.

Seronoknya ada juga pemimpin dan pemerhati politik bertanya, layakkah Azmin jadi Menteri Besar Selangor?


“Ukur baju di badan sendiri”. Itu pandangan sesetengah pihak selepas ambil kira soal atau masalah babitkan peribadi beliau selama ini.

Isu pemilikan saham berjuta-juta ringgit, dakwaan kononnya isteri beliau ada hubungan istimewa dengan

Anwar, menyisihkan ibu sendiri dan terbaru gambar-gambar perbuatan tidak senonoh dalam tandas yang dinafikan beliau tentu jadi halangan beliau mencapai impiannya itu.

Selain, adakah pihak istana bersetuju jika beliau dicadangkan sebagai Menteri Besar, apakah PAS dan DAP juga bersetuju?

Macam mana jika kali ini DAP menguasai bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan ada calon
Melayu bertanding mewakili parti itu yang boleh dicadangkan sebagai Menteri Besar?

Bagaimana pula dengan PAS yang mungkin boleh melakukan kejutan seperti di Perak selepas keputusan PRU 2008 apabila Datuk Seri Nizar Jamaluddin dilantik Menteri Besar sedangkan PAS hanya menang beberapa kerusi DUN sahaja?

Jika tidak mustahil Mustafa beri ‘warning’ kepada Azmin yang mengeluarkan kenyataan itu.

Justeru itu, banyak Azmin kena fikir. Tepatlah bidalan, “ ukur baju di badan sendiri atau ‘cermin diri’ dulu.

Menjawab segala persoalan ini, Azmin juga kena ambil kira kenyataan Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Sing Giaw mengulas pasal senarai 20 pemimpin PKR yang bakal menguasai jawatan utama di Putrajaya yang disebut ADUN PKR Seri Muda Suhaimi Shafie.

Ahli Parlimen Kepong itu antara lain berkata, “belum tahu siapa yang menang dan siapa yang tidak.”.

Seandainya pembangkang menang di Selangor dan menguasai Putrajaya, bolehlah Azmin berusaha mengapai impiannya tetapi sebelum itu, kenyataan Sing Giaw cantik untuk jadi ‘pedoman’. - Agenda Daily

Read more...

Isu tanah YBK: Apa macam Khalid Ibrahim...?

Wednesday, 3 October 2012

tanahybk513

Ingat tak lagi kes yang pernah mengemparkan negara, kisah pertikaian tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang dirampas oleh kerajaan PKR Selangor kerana tidak bayar cukai. Pada Selasa, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan kerajaan negeri Selangor mengembalikan semula tanah milik YBK yang dirampasnya kepada yayasan itu.

Pertikaian antara YBK dan Kerajaan PKR Selangor berhubung isu tanah seluas tanah seluas 323.7 hektar di Serendah Hulu Selangor itu pernah dilaporkan secara meluas oleh media tempatan.
Banyak pemerhati politik melihat isu tersebut satu penginayaan kepada YBK dan rakyat Selangor kerana perbezaan idealogi politik.

Ini kerana tidak pernah ada kejadian kerajaan negeri rampas tanah yayasan hanya kerana tidak bayar cukai, dan lebih mendukacitakan, adalah hasrat penduduk Selangor dan khususnya Serendah menikmati limpahan ekonomi berikutan cadangan membina IPTA di situ juga berkubur.

Di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, Hakim Hadariah Syed Ismail ketika memutuskan perkara itu berkata, tanah seluas 323.7 hektar itu perlu dikembalikan setelah hak ke atasnya dilucutkan sejak 2010.

Asalnya tanah tersebut hendak digunakan untuk pembinaan kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah gagal dilaksanakan kerana tidakan kerajaan Selangor itu.
Semuanya berpunca dari ego kerajaan PKR Selangor, isu tanah YBK menjadi perhatian umum apabila YBK menolak cadangan kerajaan negeri supaya Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai Pengerusi YBK dan Exco negeri, Rodziah Ismail memegang jawatan sebagai ahli lembaga pengarah sebelum kelulusan membina kampus UiTM itu diberikan.

Berikutan itu, Kerajaan PKR memutuskan tanah itu dirampas atas alasan YBK gagal membayar cukai tertunggak sebanyak RM5.7 juta setelah tempoh tiga bulan yang diberikan berakhir 29 Januari lalu.

Berbagai usaha dibuat bagi menyelesaikan isu tersebut namun menemui jalan buntu.

Menurut Pengerusi YBK Datuk Zainal Abidin Sakom dalam penjelasannya kepada media ketika isu tersebut hangat diperkatakan antara punca YBK tidak membayar kesemua cukai tanahnya di Serendah itu kerana tanah tersebut masih belum dibangunkan untuk dibayar premiumnya dan isu itu timbul hanya apabila UiTM menawarkan projek pembinaan kampus barunya di tanah milik YBK tersebut.

Untuk rekod Yayasan Melaka pernah membayar RM5.46 juta kepada Kerajaan Selangor bagi membantu YBK membayar tunggakan cukai tersebut, namun Khalid Ibrahim mengarahkan cek tersebut dipulangkan semula.

Berikutan ding-dong itu kampus UiTM yang sepatutnya dibina di Serendah dipindahkan ke Merlimau Melaka selepas ketiadaan kata sepakat antara YBK dan Kerajaan Selangor.
YBK kemudiannya mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan PKR Selangor.-Agenda Daily

Read more...

Bawalah jentolak halang, kerajaan pusat tetap teruskan projek Langat 2 - TPM

Sunday, 16 September 2012

khalidmb1-muh

Bawa jentolak, nak sekat Projek Langat 2, buatlah, kerajaan Pusat tetap akan teruskan.

Itu mesej jelas kepada kerajaan PKR Selangor yang tidak habis-habis spin dan hendak halang projek Langat 2 demi survival politik pembangkang sedangkan krisis air semakin hampir jika loji rawatan Air Langat 2 gagal disiapkan dalam tempoh terdekat.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan bertekad teruskan projek itu kerana mahu buktikan bahawa kerajaan ada sekarang adalah bertanggungjawab.

Muhyiddin mempersoalkan tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang masih bertegas tidak mahu projek itu dilaksanakan.

“Nak kata bodoh, tak tahu lah. Tunjuk air dalam empangan. Kita (rakyat) nak air dirawat. Nak rawat perlu loji. Yang ada sekarang 37 tetapi sudah penuh kapasiti dan terpaksa operasi 24 jam. Kalau rosak, tak dapatlah air bersih,” katanya.

Dalam maksud lain, membujur lalu melintang patah sekalipun, kerajaan Pusat akan meneruskan projek itu berdasarkan peruntukkan undang-undang sedia ada selain ambil kira kesulitan bakal dihadapi penduduk Lembah Klang jika krisis air itu berlaku.

"Kalau tak diselesaikan segera, kalau tak dibenarkan kerajaan pusat teruskan projek Langat 2 mungkin satu krisis air yang besar akan berlaku, bukan sahaja menimpa Selangor tetapi kawasan Putrajaya dan Kuala Lumpur di mana jumlah penduduknya mungkin lima atau enam juta atau lebih daripada itu," katanya.

Kesan daripada penangguhan projek Langat 2, Muhyiddin berkata beliau difahamkan terdapat kira-kira 200 projek di Selangor terpaksa ditangguhkan kerana tidak diberikan 'Certificate of Fitness (COF)' oleh kerajaan negeri.

"Kerana dikatakan kalau dikeluarkan (COF) maka kerajaan negeri bertanggungjawab mengeluarkan utiliti iaitu bekalan air bersih, jadi tak mampu dibuat maka tak keluar la sijilnya, lihat bagaimana kerugian besar kepada negeri dan rakyat Selangor," katanya.

Muhyiddin menegaskan perkara itu ketika berucap merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Selayang di Rawang, pagi Sabtu.

Sehubungan itu, Tmbalan Presiden UMNO itu berkata, perkara itu tersebut antara pelbagai isu yang tidak mampu diselesaikan oleh kerajaan pembangkang di Selangor.

Kepincangan dan ketidakupayaan pembangkang memerintah negeri itu katanya menjadi ramuan mencukupi bagi Barisan Nasional (BN) merampas kembali negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13..

"Dan kalau kita lihat daripada apa isu dan apa permasalahan yang sudah timbul di negeri Selangor ini, sudah banyak sekali yang telah pun saya kira menyentuh setiap perasaan rakyat Selangor dan juga rakyat Malaysia, apa yang telah dan sedang berlaku," katanya.

Malah katanya menerusi beberapa sesi lawatan turun padang sebelum ini, beliau yakin sudah wujud petanda gelombang rakyat yang mahukan kerajaan BN kembali memerintah Selangor.

"Saya tahu, saya turun banyak tempat, banyak yang salam-salam saya... mereka bertanya "Tan Sri bila pilihan raya. Dah tak tahan dah Tan Sri kami nak sokong nak menangkan BN dalam pilihan raya'," kata Muhyiddin dan menambah bahawa trend yang sama juga berlaku di Kedah.

Namun begitu, beliau berkata anggota Umno dan BN perlu bersedia dari sekarang kerana pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa dan segala permasalahan dalaman, terutamanya perbuatan mensabotaj parti perlu dielakkan.

"Ini bukan satu perkara kecil, nak kembalikan kuasa, bukan sekadar kuasa tetapi kuasa kerana maruah. Dengan kuasa dapat membela bangsa, agama dan negara, memajukan masyarakat, memakmurkan masyarakat, soal pokok kembali kepada kita, 'Are we ready' (Adakah kita bersedia),"katanya.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, jentera pilihan raya BN juga perlu memberi tumpuan kepada pusat daerah mengundi (PDM), sebagai tempat di mana parti dapat terlibat secara langsung dengan pemilih di kawasan yang berkenaan.

"Kita tak nak apa yang berlaku di Kelantan pada pilihan raya umum 2004 berulang kembali. Kita kalah di Dewan Undangan Negeri, kalah dengan dua undi tetapi dengan sebab itu kita gagal merampas kembali negeri Kelantan,"

Sumber - Agenda Daily

Read more...

Anak Presiden MCA cabar MB Selangor debat isu hutang Talam

Thursday, 16 August 2012

chua-khalid

ding dong berlarutan mengenai isu hutang Talam,anak Presiden MCA,Datuk Chua Tee Yong secara rasmi mencabar Menteri Besare Selangor ,Tan Sri Khalid Ibrahim berentap dengannya di atas pentas debat.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Pengerusi Profesional Muda MCA itu menegaskan beliau hanya bahu berentap dengan Khalid dan bukan mana-mana ahli exco kerajaan negeri lain termasuk dari DAP.

Chua kebelakangan ini berterusan mempersoalkan urusan kerajaan Selangor selesaikan hutang Talam.

Khalid pula nafi ada yang tidak kena dengan urusan berkenaan.

Chua berharap Khalid dapat jawap cabarannya itu sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.

Sumber : Agenda Daily

Read more...

Demo depan Universiti Selangor tuntut gaji sebelum Aidilfitri

Saturday, 11 August 2012

demo-7uu

Seluruh rakyat negara ini perlu mengambil iktibar dari apa yang menimpa rakyat negeri SelangorVdi bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Pembangkang yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Bekas tokoh korporat yangkini sebagai Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim digesaCpelbagai pihak agar meletak jawatan kerana gagal mengurus tadbirCnegeri itu dengan baik.


Kemelut yang berlaku di Universiti Selangor (UNISEL) melibatkan 1,000 pelajar gagal memasuki asrama hingga memaksa merempat di masjid, surau dan rumah rakan-rakankini telah merebak kepada para pekerja syarikat konsesi yang bertanggungjawab mengurus kolej kediaman institusi tersebut.


Hampir 200 orang pekerja syarikat kontraktor penyelenggara asrama dan kakitangan syarikatpengurusan kolej kediaman UNISEL di Bandar Bestari Jaya, Kuala Selangor gagal mendapat pembayaran pengurusan sehingga menjejaskan pembayaran gaji serta lain-lain imbuhan.


Akibat tertekan dengan persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang semakin hampir, mereka mengadakan demontrasi aman di depan pintu masuk UNISEL dekat BandarBestari Jaya Kuala Selangor petang Jumaat bagi menuntut hak mereka.


Sebahagian besar merekaadalah kaum wanita yang bekerja sebagai penyelenggara asrama di bawahkontraktor Interpilih Sdn Bhd, petugas eksekutif dan am di syarikatJana Niaga Sdn Bhd.

demo-4uu
Mereka membawa sepanduk dan kain rentang yang antaranya tertulis, 'Kerja Disuruh BayaranTidak Dibuat', 'Bayar Segera Hutang Jana Niaga', 'Aidilfitri DahDekat, Bagaimana Kami Nak Meraikan' dan 'Khalid Ibrahim, JanganAniaya Anak Bini Kami'.


Perarakan pekerja-pekerjatersebut hanya dibenarkan sampai ke pintu utama institusi tersebut sahaja bagi menyampaikan tuntut mereka.


Bagaimanapun setelah hampir sejam berada di situ tidak ada seorang pun pihak pengurusanUNISEL hadir bagi mendengar rintihan mereka.


Ekoran itu beberapa orangwakil pengurusan Jana Niaga dan syarikat kontraktor mengadakan sidangmedia di depan pintu utama tersebut.


Eksekutif Pengurusan JanaNiaga Nurul Hayati Mustafa berkata, “masalah pembayaran gajibermula pada November 2011 lagi di mana kami pernah dibayar gajisebanyak RM200 seminggu.”


“Kami menuntut keadilan,gaji dan bayaran kerja lebih masa kami tidak dibayar sejak bulan Maclagi, kenapa ini berlaku sedangkan kami dimaklumkan kakitangan UNISELdapat gaji dan bonus,” katanya.


Menurut Nurul, apa yangmenjadi tandatanya lagi adalah sikap kerajaan negeri yang mengupahkontraktor luar untuk melaksanakan kerja-kerja yang sedang mereka lakukan sekarang.


“Jangan bawa kontraktorluar, biar kami buat kerja kami dan bayarlah pada kami, kami nak gajikami. Pengurusan Jana Niaga telah bertahan selama 17 bulan, mana adasyarikat boleh bertahan begitu lama, kami ditekan,” jelasnya.


Sementara itu seorang lagikakitangan Jana Niaga Norrashikin Mat Juperi menegaskan pihak UNISELtidak pernah memberi maklumbalas kepada surat-surat yang dihantar oleh syarikat Jana Niaga.


Kata Noorashikin, “rumah kakitangan dibayar, asrama juga pelajar bayar, apa masalahnya duititu tak sampai pada kami...kami hanya mahu gaji kami sahaja, itu hakkami kenapa tak bayar.”


“Kami ada anak-anak danlain tanggungan, kami harap MB (Menteri Besar Selangor) sedar sebabkakitangan UNISEL dan kakitangan Jana Niaga datang dari kampung yangsama, kalau dia buat pekerja Jana Niaga macam ni, maknanya MB sengaja aniaya anak kampung sekitar Bestari Jaya ni,” kata Noorashikindengan nada tinggi.


Beliau juga kesal dengansikap wakil MB di kawasan DUN Ijok kerana tidak memberi sebarang respon terhadap surat yang dihantar kepada Tan Sri Khalid sebagaiwakil rakyat kawasan itu malah ketika dihubungi melalui telefon puntidak dijawab.


Wakil kontraktor penyelnggaraan, Siti Aishah Othman bertugas sebagai PenyeliaPembersihan meminta kerajaan negeri menyegerakan pembayaran pada JanaNiaga bagi membolehkannya membayar kepada syarikat kontraktorpenyelenggara.


Katanya, “pekerja kamiterpaksa dicutikan peringkat demi peringkat, kami perlukan gaji untuksambut hari raya.”


Menurut Siti Aishah,pekerja penyelenggara seramai 40 orang telah dicutikan seramai 20orang dan yang tinggalkan sekarang hanya 16 orang saja.


“Kita masih bekerja seperti biasa tapi tidak dapat gaji sejak dua bulan lalu, macamanakami nak sambut hari raya dan janganlah zalimi kami yangberpendapatan tak seberapa ini,” tambahnya.


Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) Datuk Sohaimi Shahadan yang turut sama memberisokongan moral kepada para pekerja tersebut meminta supaya UNISELselesaikan masalah tuntutan yang ditangguh sejak 17 bulan lalu.


demo-2uu

“Pekerja Jana Niagaperlu gaji sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi,Jana Niaga memerlukan wang RM15 juta yang belum dibayar oleh UNISEL,”katanya.


Kata Sohaimi, “kerajaan negeri Selangor perlu lebih prihatin pada rakyat, kenapa untuk Rafizi Ramli boleh tanggung tapi untuk rakyat nak diabaikan.”


“Kita minta MB Selangor yang bertanggungjawab pada UNISEL ini bertindak segera sebelumAidilfitri dan sebelum pekerja ini mengambil tindakan yang lebih keras lagi.” ujarnya.

Sumber : Agenda Daily

Read more...

Walaupun tak layak, Selangor tetap dengan keputusan ambil alih pengurusan air dari Syabas?

Wednesday, 25 July 2012


Selangor akan tetap meneruskan rancangannya untuk mengambil alih pengurusan air daripada syarikat konsesi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), kata exconya Dr Xavier Jayakumar.

Untuk menamatkan krisis air antaran kerajaan pusat dan negeri, Dr Xavier berkata kerajaan negeri Pakatan juga bersedia mengadakan referendum di mana rakyat negeri itu boleh membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah itu.

"Kami bersedia jika perlu untuk mengadakan referendum di mana rakyat boleh mengundi dan mempunyai hak untuk bersuara sama ada menerima atau menolak niat kerajaan negeri untuk mengambil alih Syabas," katanya pada sidang media selepas melawat Loji Sg Semenyih Isnin.

Turut hadir, Pengurus Besar (Operasi) loji itu, Basar Ishak.

Bernama melaporkan Dr Xavier berkata loji itu yang dimiliki dan diuruskan oleh ABBAS (Konsortium ABBAS Sdn Bhd, 50 peratus dimiliki Kumpulan Perangsang Selangor Bhd, kerajaan negeri Selangor) mempunyai kapasiti pengeluaran 546 juta liter sehari tetapi pada masa ini mengeluarkan 665 juta liter sehari.


Beliau berkata kerajaan negeri memohon RM225 juta daripada kerajaan pusat untuk melaksanakan projek mitigasi air (menyediakan infrastruktur yang perlu)melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), tetapi kelulusannya masih belum diperoleh.

"Kerajaan Selangor bersedia mengeluarkan dana sendiri untuk melaksanakan projek mitigasi ini yang mana ia adalah di bawah tanggungjawab kerajaan pusat bagi memastikan rakyat Selangor mempunyai bekalan air yang mencukupi," katanya.

Katanya kerajaan negeri juga bersedia memperuntukkan perbelanjaan tambahan RM200 hingga RM300 juta untuk menaik taraf kemudahan itu menggunakan teknologi 'membrane water filter' untuk membekalkan air yang dirawat tanpa gangguan kepada bekalan sedia ada.

Dr Xavier berkata penstrukturan semula industri air di negeri itu harus disegerakan memandangkan Syabas, menurut beliau, gagal memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna.- Agendadaily

Read more...

Kerajaan Pusat tolak permohonan Selangor nak ambil alih Syabas

Tuesday, 24 July 2012

air-paip513Kerajaan Pusat mengambil pendirian tegas dalam isu Kerajaan Selangor VS Syabas.

Mesyuarat pertama jawatankuasa Khas kabinet mengenai isu air Selangor Isnin membuat keputusan menolak permohonan kerajaan negeri Selangor untuk mengambilalih operasi Syabas.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan mesyuarat itu di Kementerian Tenaga ,Teknoloji Hijau dan Air di Putrajaya memberitahu sidang akhbar selepasnya ini kerana ia tidak memenuhi beberapa terma yang digariskan dalam perjanjian konsesi.

Serentak dengan itu beliau berkata Kerajaan Pusat akan meneruskan pembinaan loji rawatan air Langat 2 ,yang setakat ini belum mendapat kebenaran kerajaan Selangor,menjelang bulan depan .

Timbalan Perdana Menteri berkata Peguam Negara diarah untuk mengkaji peruntukan undang-undang bagi mempercepatkan projek bernilai RM8.65 bilion itu.

Beliau menegaskan jawatankuasa berkenaan dapati keadaan air adalah kritikal dan projek itu mesti diteruskan.

Mesyuarat juga memutuskan menolak permohonan Syabas untuk mencatu air di Selangor,Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana dapati setakat ini belum ada keperluan untuk langkah berkenaan.- LAPORAN LANJUT AKAN MENYUSUL

Sumber : Agenda Daily

Read more...

Debat Hasan Ali-Khalid Samad tentu lebih menarik...

Wednesday, 11 July 2012

hasanalidankhalidsamadTajuk debatnya adalah “PRU-13: Di Manakah PAS Selangor?”. Dan apabila Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman menolak pelawaan Datuk Dr Hasan Ali untuk debat tersebut, maka tajuk debat itu sudah menceritakan segala-galanya.

Umum sudah mengetahui siapa Dr Hasan, ADUN Gombak Setia dan bekas Pesuruhjaya PAS yang kemudian digugurkan keahlian serta jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor, akhir tahun lalu.

Dr Rani, yang dikatakan jadi ‘tunggangan’ Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang sudah lama berseteru dengan Dr Hasan, hanya nama kecil dalam pimpinan PAS negeri mahupun Pusat.

Namun, atas kapasitinya sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Hasan mencabarnya berdebat anjuran sebuah NGO di Meru,Klang pada Rabu.

Malangnya, Dr Rani menolak cabaran Dr Hasan dan bersedia mewakilkan Khalid meneruskan debat tersebut.

Sebenarnya ramai pemerhati politik merasakan debat itu patut mempertemukan Dr Hasan dan Khalid.

Ini barulah ibarat ‘buku bertemu ruas’ .Namun apabila Presiden Jalur Tiga (Jati) itu tetap mahu berdepan Dr Rani, timbul persoalan sama ada beliau sanggup berdepan Khalid atau tidak.

Khalid pula setakat ini tidak mengulas keputusan mesyuarat PAS Selangor yang mahu beliau berdebat dengan Dr Hasan.

Pasti sesuatu yang menarik jika Khalid, kini timbalan pesuruhjaya PAS Selangor bertembung dengan Dr Hasan kerana perang mulut antara mereka di dada media bukan sedikit dan menggambarkan kedua-dua mereka memang patut bertarung di satu gelanggang.

Dr Hasan boleh mempertimbangkan hasrat PAS Selangor mahu menemukan beliau dengan Khalid.

Tentu beliau tidak bermasalah berdebat sama ada secara langsung atau tidak.

Betul kata Dr Rani bahawa Dr Hasan perlu bersikap profesional setelah dikatakan menguar-uarkan debat itu sedangkan belum ada persetujuan daripada Dr Rani.

"Siapa dia (Hasan) nak berdebat dengan kita? Nak berdebat maklumkan sebulan awal, beritahu tajuk apa nak debat. Kita banyak kerja nak buat," katanya pada sidang media pada Isnin.

Lebih mendukacita apabila Dr Rani menempelak Dr Hasan kononnya cadangan debat itu adalah talian hayat untuk orang ramai datang setelah ceramah bekas pemimpin PAS itu tidak dapat sokongan ramai seperti didakwa.

Ini pastinya satu tamparan buat Dr Hasan dan meneruskan debat dengan Khalid setidak-tidaknya dapat mengembalikan maruah Dr Hasan lagipun rakyat Selangor pasti ingin tahu apa sudah jadi dengan PAS Selangor sejak berada dalam kelambu pembangkang bersama PKR dan DAP.

Paling tidakpun dakwaan Dr Hasan mengatakan Khalid antara parasit yang merosakkan PAS kerana ahli parlimen itu lebih rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat disentuh jika debat itu diadakan.

Isu campur tangan pihak tertentu termasuk Khalid dalam kes serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke Gereja Methodist satu ketika dahulu juga antara topik boleh dibangkitkan kerana peranan PAS yang sepatutnya mempertahan agama Islam cukup tercabar apabila pihak lain berusaha memurtadkan orang Melayu beragama Islam.

Banyak lagi isu-isu berkaitan PAS Selangor boleh dibangkitkan Dr Hasan termasuk kedudukan Exco Agama yang dipegang beliau sebelum ini tetapi kini dipegang Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim – bukannya kepada Exco PAS.

Mengenakan syarat supaya Khalid jadi Pesuruhjaya PAS terlebih dahulu sebelum berdebat dengannya adalah sesuatu yang tidak logik kerana kedua-dua mereka mempunyai kelebihan masing-masing.

Apa alasan sekalilpun, Dr Hasan harus menerima tawaran bertemu Khalid bagi membolehkan Khalid menjelaskan apakah nasib dan masa depan PAS Selangor dalam berdepan pilihan raya umum akan datang.

Ini kerana PAS Selangor dilihat seperti sudaH hilang taring dan bisa sebaliknya hanya mengikut rentak PKR dan DAP tambahan pula PAS hanya ada tujuh kerusi DUN sahaja.

Sekurang-kurangnya seperti kata Dr Hasan sendiri pada Selasa, (sepatutnya) di pentas ini (debat), beliau boleh dapat menjelaskan apa yang PAS Selangor tawarkan untuk mengagungkan Islam, memartabatkan Melayu dan mendaulatkan Institusi Raja di negeri Selangor dalam menghadapi PRU-13.

Percayalah Dr Hasan, ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisa dan bertembung Khalid sekurang-kurangnya membuktikan kedua-dua mereka ‘gentleman’.

Sumber : Agenda Daily

Read more...

Isu Faekah: MB Selangor lupa atau buat-buat lupa...?

Tuesday, 3 July 2012

faekah-khalid513Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mungkin mempunyai ingatan terpilih mengenai keputusan kerajaan negeri dibawah kepimpinannya melarang penggunaan surat sokongan bagi kontrak kerja, bekalan dan pengkhidmatan negeri Selangor.

Jika beliau lupa, atau buat-buat lupa, mari kita ingatkan surat pekeliling kerajaan negeri bertarikh 16 Ogos 2010, rujukan IPK.SEL.BK.20684/135 (17).

Pekeliling tersebut ditandatangani oleh bekas SUK Selangor, Datuk Ramli Mahmud, dan dikeluarkan atas arahan Mesyuarat Exco kerajaan negeri pada 28 Julai 2010 yang dipengerusikan oleh Khalid sendiri.

Agendadaily berjaya mendapatkan salinan pekeliling yang boleh dilihat oleh sesiapa sahaja kerana ada dipamerkan di dalam portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Selangor, spn.selangor.gov.my.

Pekeliling bertajuk Perintah Pemberhentian Surat Sokongan bagi Kontrak Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan di Selangor telah dihantar ke negeri semua ahli exco, ADUN, ketua jabatan, ketua badan berkanun, pegawai daerah, Datuk Bandar, pengerusi PBT, dan semua GLC di Selangor.

Satu perenggan dalam pekeliling menyatakan bahawa, "Selaras dengan dasar Kerajaan Negeri Selangor yang mengutamakan aspek Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan, semua ahli exco, ADUN, serta semua ahli majlis tempatan adalah dengan ini diperintahkan untuk TIDAK MENGELUARKAN surat sokongan untuk mendapatkan kontrak kerja, bekalan dan perkhidmatan kerajaan negeri. "

Walau bagaimanapun, pekeliling yang menyatakan bahawa surat sokongan untuk kebajikan dibenarkan berdasarkan kepada kelayakan dan merit yang diluluskan.

Pekeliling itu juga menyatakan bahawa semua datuk bandar, pengerusi majlis, tempatan dan agensi kerajaan negeri dikehendaki untuk merakam dan menyimpan semua surat sokongan yang diterima untuk digunakan sebagai bukti dan diaudit, serta dinilai keberkesanannya sekiranya terdapat sebarang isu-isu yang dibangkitkan pada masa akan datang .

Juga menyatakan bahawa agensi-agensi kerajaan negeri atau jabatan yang menerima surat sokongan yang tidak terikat dalam proses membuat keputusan mereka.

Pekeliling tersebut berkuatkuasa serta-merta selepas dikeluarkan, dan menyatakan bahawa ia hendaklah dipatuhi oleh semua yang dinamakan.

Satu salinan surat pekeliling juga telah dihantar ke pejabat serta sebagai MB jawatan penasihat undang-undang negeri, negeri pegawai kewangan dan pejabat penjawat awam yang berkaitan.

Menurut sumber, pekeliling ini masih berkuat kuasa melainkan jika satu lagi pekeliling dikeluarkan yang dibatalkan itu.

"Pengeluaran pekeliling berikutan surat sokongan melibatkan ahli exco Ronnie Liu dalam kes kontrak kerajaan negeri bernilai RM700,000. Melainkan pekeliling ini dibatalkan oleh pekeliling lain maka ia masih berkuat kuasa.

"Jika seorang penjawat awam melanggar perintah pekeliling ini, maka tindakan discplinary boleh diambil ke atas orang yang di bawah perintah yang umum.

"Walau bagaimanapun jika orang itu merupakan lantikan politik maka terserah kepada 'boss'nya untuk mengambil tindakan," kata sumber.

Agendadaily difahamkan sehingga kini pekeliling tersebut masih berkuatkuasa kerana tiada arahan pembatalan atau penarikan balik pekeliling tersebut.

Sebelum ini, Khalib Ibrahim berdepan kritikan hebat dari masyarakat berhubung kes pengeluaran surat sokongan melibatkan setiausaha politiknya Faekah Hussein.

Faekah didakwa menulis surat sokongan untuk firma undang-undang milik ahli keluarga beliau, sebagai panel perundangan salah sebuah anak syarikat kerajaan negeri.

Beliau menggunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar ketika menulis surat tersebut yang bertarikh 10 Ogos 2011 kepada seorang pengarah GLC Selangor untuk mengesyorkan supaya satu firma guaman dilantik ke panel guaman GLC terbabit.

"Pentadbiran ini juga berpandangan peluang harus diberikan selagi ia tidak menyalahi mana-mana peraturan syarikat," kata Faekah dalam surat yang turut disalin kepada firma berkenaan.

Khalid sebelum ini tegas mempertahankan Faekah apabila mendakwa tiada salahnya kerana Faekah hanya menerima surat permohonan dan bukannya memberi projek.

Bagaimanapun, seorang pemimpin PKR negeri Selangor yang ditanya Agendadaily berhubung isu ini mengkritik tindakan 'sekejab okay, sekejab tak' yang diamalkan Khalid.

"Ketika kes Ronnie Liu beliau tegas mengatakan ianya tidak boleh tetapi dalam kes membabitkan pegawainya sendiri okay pulak...," kata beliau yang enggan dinamakan.

Sehingga kini wujud desakan dari dalam dan luar pentadbiran kerajaan Selangor supaya Khalid mengambil tindakan terhadap pegawai beliau.

Namun tiada tindakan diambil, bahkan Khalid memberitahu media bahawa hu ha membabitkan pegawainya itu sepatutnya diabaikan sahaja. -3/7/2012

http://spn.selangor.gov.my/v5/component/joomdoc/doc_details/28-arahan-penghentian-pengeluaran-surat-sokongan-bagi-kontrak-kerja-bekalan-dan-perkhidmatan-.html

pekeliling

pekeliling1

suratfaekah1


Sumber : Agenda Daily

Read more...

Unisel cairkan aset untuk bantu pelajar tidak dapat pinjaman PTPTN

Friday, 8 June 2012

khalidibrahim513Universiti Selangor (Unisel) akan menjual asetnya iaitu hartanah seluas 202.34 hektar bagi membantu pelajar barunya yang mengalami kesukaran meneruskan pengajian, berikutan pembekuan pinjaman oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Bernama melaporkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata aset berkenaan diperolehi hasil penyusunan semula hutang Talam Corporation.

"Kerajaan Selangor telah selesai menyusun semula hutang-hutang ini di mana tanah seluas 500 ekar (202.34 hektar) telah menjadi aset Unisel.

"Kerajaan negeri akan membantu Unisel mengapungkan hartanah tersebut di pasaran untuk mendapatkan wang tunai. Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperoleh hasil dari usaha ini. Sebahagian wang ini akan digunakan untuk membantu pelajar yang terjejas akibat tindakan pembekuan PTPTN," katanya dalam kenyataan, Khamis.

Abdul Khalid bagaimanapun berkata bantuan kewangan itu hanyalah berbentuk sementara sehingga penyelesaian konkrit dicapai.- 7/6/2012


Sumber : Agenda Daily

Read more...

Janji pilihanraya 2008 tak ditunai...500 berarak ke pejabat MB Selangor

Friday, 11 May 2012


Semua orang tahu kerajaan negeri pakatan pembangkang tidak tunai banyak janji dalam manifesto pilihanraya umum 2008.Namun mereka terus 'buat bodoh'.Lebih melucukan untuk menutup temberang itu mereka cuba perlekehkan apa jua kebaikan yang dibuat oleh BN pada rakyat termasuk durian runtuh pada Felda dan BR1M.

Sudahlah janji lama tidak ditunai ....menjelang pilihanraya umum ke 13 ini pakatan pembangkang galak menabur janji bulan dan bintang selain dari Buku Jingga mereka yang dikatakan boleh buat negara bangkrap jika digunpakai.

Pagi Khamis 500 masyarakat India Selangor yang hilang sabar dengan gelagat kerajaan negeri Selangor berhimpun di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeriuntuk menghantar memorandum kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Mereka bengang dengan apa yang disifatkan mereka sebagai janji kerajaan negeri yang tidak ditunaikan.

Mereka sebelum itu berarak ke bangunan tersebut dari Dataran Shah Alam mulai pukul 11.30 pagi dengan disertai anggota Pertubuhan Perikatan Prihatin Malaysia, sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

Wakil kumpulan itu, K.Vijiyakumar, berkata memorandum berkenaan dihantar kerana masyarakat India di negeri ini berasa tertipu selepas janji-janji pilihan raya kerajaan pakatan pembangkang tidak ditunaikan walaupun telah empat tahun memerintah.

"Kami semua ditipu malah ditindas membabitkan isu seperti penjualan tanah sekolah, peningkatan kadar sewa Projek Perumahan Rakyat, pemberian tanah kuil dan pemberian biasiswa pendidikan kepada masyarakat India," katanya kepada pemberita.

Vijiyakumar, yang juga setiausaha NGO berkenaan, turut mendakwa kerajaan negeri tidak prihatin dalam memberikan peluang dan platform kepada belia India di Selangor untuk tujuan pembangunan sosial dan ekonomi.-10/5/2012

Sumber : Agenda Daily

Read more...

MB Selangor anggap dakwaan MP pembangkang biadap isu remeh

Wednesday, 18 April 2012

khalidibrahim513

ambil jalan mudah saja yakni anggap dakwaan beberapa Ahli Parlimen pembangkang biadap semasa majlis pertabalan Yang DiPertuan Agong isu remeh.
Baginya isu itu sengaja diperbesarkan bagi tujuan politik.

Tanpa soalsiasat senang-senang saja terus hendak melepas diri.

Apakah dakwaan perbuatan biadap dan kebudak-budakan Yang Berhormat di satu majlis kebesaran negara satu hal remeh.?

Apakah remeh kerana ia melibatkan Ahli Parlimen pembangkang?

Bayangkan jika dakwaan itu melibatkan Ahli Parlimen BN.Pastinya pembangkang akan menjerit dan menjaja isu ini keliling negara.

Itulah kisah Menteri Besar Selangor Selasa yang mengeluarkan satu kenyataan kata beliau bersedia menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah untuk memberikan penjelasan berhubung dakwaan pemimpin pembangkang mempersenda Raja-raja Melayu ketika istiadat pertabalan baginda Rabu lepas.

Penjelasan apa ? Apakah nak kata itu semua fitnah.

Sedangkan pegawai perubatan,Dr Rahman Kadir yang mendedahkannya tetap mempertahankan dakwaannya.

Apakah Khalid sudah bersemuka dengan Dr Rahman untuk dengar sendiri yang yang disaksi dan didengarnya semasa majlis pertabalan itu.

Tak mungkin hal serius seperti itu mau direka tak tentu pasal.

Kalau setakat dengar sebelah pihak dari YB pembangkang tentulah mereka menafikannya.

Selain anggap isu yang dibangkitkan itu hanyalah isu remeh yang sengaja diperbesarkan bagi tujuan politik,Khalid berkata,"Ia tidak sepatutnya dibangkitkan tatkala rakyat sedang bergembira meraikan pertabalan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong yang baharu.

"Justeru, jika ada keperluan, saya dengan hormat takzim menawarkan kesediaan untuk menghadap Seri Paduka Baginda bagi memperjelas kedudukan sebenar," katanya.-17/4/2012

Sumber : Agenda Daily

Read more...

Bekas Speaker Selangor dakwa Teng Chang Khim cemari institusi itu....

Sunday, 8 April 2012

dsaidin-3
Perangai pembangkang, bila kena batang hidung mereka diam seribu bahasa. Sikap berdiam diri Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Datuk Teng Chang Khim mengenai isu penghantaran Sistem Pesanan Ringkas (SMS) pada ahli-ahli DUN Pakatan Pembangkang Selangor dianggap tidak bertanggungjawab.
Padahal apa yang dilakukan itu bukan sesuatu yang remeh tetapi merupakan pencabulan serta mencemarkan institusi speaker DUN yang dilihat sebagai tempat yang dihormati dan ditaati.
Bekas speaker DUN Selangor Datuk Saidin Tamby (gambar) menyifatkan tindakan Teng itu telah menjejaskan kredibiliti dan intergiriti 'Institusi Speaker' yang dianggap akan bersikap tidak memihak walaupun beliau seorang penyokong kerajaan.
“Saya bersetuju jika dikaitkan sikap beliau itu menjejaskan 'Institusi Speaker' DUN Selangor, ianya relevan dan ada hubungkaitnya, speaker tidak boleh buat begitu. Beliau sepatutnya bersikap 'nuteral' dan adil pada semua ahli dewan,” jelas Saidin yang ditemui Agendadaily di pejabatnya dekat Selayang, petang Sabtu.
“Kredibiliti sebagai speaker terjejas kerana telah diragui, dipersoal dan tidak dihormati, imej beliau telah jatuh sebagai seorang speaker yang dianggap adil maka beliau wajar berundur,” tegas Saidin.
Katanya, “pada pandangan saya tindakannya itu tidak berapa betul sebab speaker tidak boleh mempengaruhi ahli dewan. Beliau 'bias' kerana cuba pengaruhi ahli dewan supaya bercakap menyokong kerajaan.”
Saidin yang memegang jawatan itu selama lapan tahun memberitahu seseorang speaker mestilah bersikap 'nuteral' ketika melaksanakan tanggungjawabnya sebagai speaker DUN.
Beliau yang juga Pengerusi Veteran UMNO Selayang menjelaskan peranan spaeker adalah mempengerusikan mesyuarat berlandaskan peraturan-peraturan dewan, cara perbincangan apa yang boleh dan tidak boleh dan tidak bersikap memihak.
Menurutnnya, pelantikan speaker di cadangkan oleh Menteri Besar atau mana-mana ahli DUN dan disokong oleh ahli dewan, bagaimanapun speaker juga boleh dilantik bukan kalangan ahli dewan.
Dalam peraturan dewan, Saidin menerangkan bahawa peraturan memilih speaker, seseorang ahli boleh cadang seseorang ahli lain yang mana ahli berkenaan mesti memaklumkan bahawa beliau suka berkhidmat atau bersetuju sebelum dicadangkan.
Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khimadalah ADUN Sungai Pinang dan merupakan bukan Melayu/Islam pertama menduduki kerusi tersebut selepas kerajaan Pakatan Pembangkang PAS, PKR dan DAP menguasai negeri Selangor pada Pilihan Raya Umum ke 12 lalu.-8/4/2012
Sumber : Agenda Daily

Read more...

Serang balas isu ubahsuai pejabat...Hasan Ali cabar Azmin Ali jawab mana dapat duit beli saham jutaan ringgit

Monday, 26 March 2012


















Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mungkin rasa beliau boleh dabik dada setelah heboh pasal Datuk Dr Hasan Ali ubahsuai pejabatnya RM300,000.Isnin bekas Exco Selangor itu tembak balik beliau antara lain bertanya mana dapat duit beli saham berjuta ringgit (masa Setiausaha Sulit Anwar Timbalan Perdana Menteri dulu).Beliau juga cabar Azmin jawab dakwaan isterinya Shamsidar Taharin ada skandal dengan Anwar.
Serentak dengan itu beliau juga menjelaskan kos RM300,000 itu guna ubahsuai pejabatnya kerana untuk tampung 19 orang kakitangan semuanya.

Beliau mendakwa kos ubahsuai pejabat bagi dua exco lain adalah lebih tinggi berbanding dengan kos pengubahsuaian pejabatnya.

"Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, kos pengubahsuaian pejabat saya adalah lebih rendah berbanding dengan kos pengubahsuaian pejabat exco lain seperti Dr Xavier (Jeyakumar) dan Dr Halimah (Ali),"katanya.

Dr Hasan juga dakwa ada pegawai lain yang ' belanja besar' termasuk Pegawai Kewangan Negeri dapat peruntukkan RM250,000 setahun untuk bercuti ke luar negara dan elaun RM100,000 jadi pengarah beberapa syarikat.

Kali ini, nampaknya Azmin kena jawab cabaran Dr Hasan tentang pelbagai isu yang tidak pernah dijawab ADUN kawasan  Bukit Antarabangsa itu.

Jika sebelum ini, isu berkaitan hanya heboh dalam blog dan Azmin buat tak layan, namun kali ini malu sangat jika beliau berdiam diri.


















Ini baru adil kerana Azmin sebelum ini dakwa Dr Hasan buat ubahsuai pejabat Exco babitkan belanja RM300 ribu selain belanja untuk program PADAT berkaitan agama dan adat lrbih RM500 ribu.

Dr Hasan tidak gusarpun kerana perbelanjaan itu sudah mendapat kelulusan Exco dan kerajaan negeri malah diakui Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sambil menyifatkan ahli parlimen Gombak itu meragui kepimpinan Khalid apabila membangkitkan dakwaan mengenai kos itu, Dr Hasan melontar lima persoalan untuk Azmin jawab.

Dalam sidang media di rumahnya pada Isnin, beliau minta Azmin menjelaskan dari mana sumber kewangan beliau dan isterinya Shamsidar Taharin membeli saham nilainya mencecah RM2 juta pada tahun 1992 hingg 1994.

“Sedangkan ketika itu saya difahamkan beliau menerima gaji lebih kurang RM2,000 sebulan,”  kata Dr Hasan.

Azmin ketika itu adalah setiausaha sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Beliau juga meminta Azmin menafikan laporan menyatakan Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia, S.A.Vickneswaran yang mendakwa beliau dan isterinya termasuk seorang ipar memiliki saham nilainya mencecah RM8.5 juta pada awal 1990.

Azmin juga diminta menafikan tuduhan adik perempuan bongsu mengatakan beliau sudah lapan bulan tidak menziarahi dan hampir terputus hubungan dengan ibu kandung sendiri yang kini berusia 78 tahun dan dilaporkan uzur.

Bab itu mungkin Azmin boleh jawab tetapi yang beratnya apabila Dr Hasan meminta Azmin nafikan tuduhan buku syed Hussin Al Attas bertajuk “Tuhan,Politik dan Seks”  yang menyebut Azmin dikatakan mengetahui mengenai hubungan intim isterinya dengan Anwar.

Kata bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu, perkara sama dibangkitkan oleh adik Azmin, Umi Hafilda dalam sidang media, minggu lalu.

Terakhir, Dr Hasan mahu Azmin menyahut cabaran blogger yang meminta Azmin membenarkan ujian DNA dijalankan ke atas anaknya Farah Afifah di klinik diiktiraf kerajaan untuk menentukan kesahihan nasab biologinya.

Menurutnya, cabaran ini dibangkitkan kerana bagi beliau Azmin tidak mempunyai ‘locus standi’ untuk berbicara soal kredibeliti, integrity dan ketelusan.

“Banyak pihak yakin selagi Azmin tidak membersihkan diri dan keluarga terhadap tuduhan-tuduhan ini, selagi itulah mereka menasihatkan azmin tutup mulut sahaja. Lebih sesuai cermin muka sendiri sebelum tuduh orang lain,” katanya.

Dr Hasan percaya, tuduhan jahat Azmin itu kerana pembangkang risau kejayaan roadshownya selepas dipecat daripada PAS dan dan digugurkan sebagai Exco.

Selain itui katanya ia juga mungkin ekoran pergolakan antara Abdul Khalid dan Azmin mengenai perebutan jawatan Menteri Besar.

“Ada kem Azmin nak jatuhkan Menteri Besar. Setakat ini MB masih kukuh lagi. Banyak pihak berkata demikian selain Penasihat Ekonomi Negeri, Anwar lebih selesa Azmin jadi MB untuk ikut telunjuk dan sesungutnya bagi menguasai negeri Selangor,” katanya.

Beliau akui Azmin cuba baling satu batu kena dua burung bila bangkitkan isu kos ubahsuai pejabat.

“Burung yang nak dibaling mungkin Menteri Besar dan burung yang kecil itu adalah Hasan Ali,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Hasan berkata beliau menyokong tindakan bekas rakan Anwar, Datuk Nallakarupan yang bersedia disaman Anwar kerana mendakwa Ketua Pembangkang itu seorang biseksual.

“Dakwaan ini bukan perkara baru. Tetapi hairan (Anwar) tak jawab-jawab sampai sekarang, tak tangkispun” .

“siapa suka Perdana Menteri biseksual? Hasan Ali tak sanggup. Sebab itu saya celahkan isu ini dalam roadshow saya,” katanya merujuk Anwar yang bercita-cita jadi Perdana Menteri akan datang.

Beliau juga menyelar PAS termasuk parasit dalam parti itu yang senyap dalam isu tersebut, termasuk isu keselamatan Israel, biseksual malah terhadap masalah murtad.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP