Powered by Blogger.

Tambah kerusi: PAS,PKR Selangor tidak mahu beri laluan pada DAP

Wednesday 19 December 2012


pakatan-rakyat-bendera

Kawan, kawan jugak tetapi dalam bab agihan kerusi untuk PRU ke 13,  PKR, DAP dan PAS, masing-masing tetap tak mahu mengalah.

Sebab itu DAP jangan fikir mereka senang-senang nak minta tambah tiga  kerusi Parlimen dan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) khususnya di  Selangor kerana PAS dan PKR kata – No Way atau Sorry!.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng boleh simpan niat parti itu nak  tuntut sekutu mereka beri tambahan kerusi pada PRU ke 13 kononnya  sebagai imbuhan kesetiaan parti DAP sebagai komponen tulen dan setia dalam Pakatan Rakyat.

Tuntutan kerusi tambahan itu dilihat untuk menguatkan imbangan DAP  dalam Pakatan Rakyat yang kini mempunyai 28 kerusi parlimen dan 73  kerusi DUN.

 “Di Selangor, tiada perubahan dan kekal status quo sama seperti  Pilihan Raya Umum 2008 lalu.

“Tuntutan DAP di negeri ini kita pernah bincang sebelum ini dan  diputuskan tiada kerusi tambahan untuk DAP,” kata Ketua Penerangan PKR  Selangor, Suhaimi Shafie.

Menurutnya, kenyataan dibuat oleh Guan Eng itu tidak merujuk kepada  Selangor dan menegaskan pembahagian kerusi di negeri ini telah  dipersetujui sebulat suara.

“Mungkin ia melibatkan kerusi di negeri lain kerana jika di Selangor  kita semua sudah bincang tiada sebarang perubahan.

“Jadi tak perlu fikir serius mengenai perkara itu...tak perlu layan  secara mendalam kerana ia mungkin boleh dijadikan provokasi pihak  lawan,” katanya.

Beberapa hari lalu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul  Samad juga menegaskan tiada kerusi tambahan akan diberikan kepada DAP  di Selangor.

Menurut beliau, Pakatan Rakyat sebelum ini telah berbincang dan  mencapai keputusan sebulat suara mengenai jumlah pembahagian kerusi  yang akan ditandingi PAS, DAP dan PKR, pada PRU ke13..

"Di Selangor dah selesai, 99 peratus dah selesai, kerusi di tempat lama.

"Sekarang  tinggal enam minggu lagi, (kami) fokus untuk menang, bukan  bergaduh sesama calon (merebut kerusi)," kata beliau pada sidang media  selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran Rumah Mampu Milik PKNS, pada Sabtu.

Jadi DAP kena pilih negeri lain untuk tambah kerusi Parlimen dan DUN.

 Kedah dan Kelantan juga mungkin tak beri muka pada DAP apatah lagi  dengan berita kononnya Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dah minta parti itu pertahan negeri yang dikuasai PAS sekarang.

Mungkin Guan Eng, Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang baru dipilih  semula dalam CEC DAP kena pujuk Brother Anwar Ibrahim dan Datuk Seri  Hadi Awang atau Nik Aziz jik tetap mahu tambah kerusi.

Setakat ini, Anwar, Hadi dan Nik Aziz belum cakap apa-apa pasal tuntutan DAP.  Cuma PAS dan PKR Selangor dah berbunyi awal-awal dan buat DAP gigit  jari tetapi itu mungkin juga itu arahan Anwar atau Hadi.

Lagipun, PAS tak akan serah kerusi quota mereka bulat-bulat pada DAP  kerana PAS dah akui mereka parti paling kuat dalam pembangkang.

Tak tahulah kalau PAS nak terus tunduk pada DAP kerana dah tidak  hairan lagi kalau parti itu mengalah dan terus mengalah kepada DAP.

Sumber

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP