Powered by Blogger.

Kenyataan Berbaur Seksis Eli Wong Yang Lebih Terlampau Dari Adun Batang Kali

Tuesday, 4 December 2012



Exco Selangor Eli Wong yang sepatutnya dipersalahkan kerana gagal menjaga kehidupan peribadinya.

Denda RM1,000 yang dikenakan terhadap Adun Batang Kali Mohd Isa Abu Kasim adalah cenderung kepada kedudukannya sebagai anggota pembangkang di dalam DUN Selangor yang sememangnya kurang dari jumlah Adun PR dan pasti kalah penjatuhan hukum dibuat melalui undi.

Hanya kerana penggunaan ayat yang dilafazkan oleh Mohd Isa, "tapi jangan terlupa jaga hutan kita sendiri," ia telah dianggap berbaur seksis dan telah dikenakan hukuman.

Supaya berlaku adil kepada Mohd Isa, baca pula kenyataan Eli Wong di luar dewan (dipetik dari Media Selangorku) yang berbaur seksis, sementelah sejarah kehidupan peribadinya mendorong para pembaca melencongkan pemikiran mereka untuk mentertawakan Exco berkenaan;

Exco Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar dan Pelancongan Selangor, Elizabeth Wong juga mengingatkan pemilik kawasan persendirian agar bertanggungjawab ke atas tanah milik masing-masing.

“Bagi pemilik tanah, mereka bertanggungjawab atas tanah masing-masing dengan membina zon-zon pemampan di kawasan masing-masing, mesti ada zon  pemampan.

“Bagi kediaman yang diubahsuai hingga hampir dengan bukit pula, harus waspada, kalau perlu, ubah kegunaan bilik yang hampir dengan bukit.

“Contohnya, kalau binaan sambungan itu digunakan sebagai bilik tidur, tukarkan untuk kegunaan lain sebab bahaya,” katanya apablia dihubungi TV Selangor.

Elizabeth juga memberitahu, semenjak tiga tahun lalu Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) giat menjalankan pelbagai program kesedaran awam dengan kerjasama NGO bagi memberi penerangan tanda-tanda awal tanah runtuh.

“Tanah runtuh bukan berlaku secara tiba-tiba, sebelum itu ada tanda-tanda awal yang boleh dikenal pasti dan kalau dapat dikesan awal boleh menyelamatkan nyawa dan harta benda,” kata Elizabeth.

Menurut Elizabeth antara tanda-tanda awal sebelum berlaku runtuhan tanah seperti pokok, tiang elektrik, dinding penahan dan pagar menjadi semakin condong.

Tanda-tanda lain seperti tanah menjadi terlampau basah, penjelmaan mata air, retakkan dan pembengkakan tanah, jalan atau kaki lima, garisan lurus di jalan raya menjadi bengkang-bengkok, paip pecah atau bocor.
Penghuni rumah juga perlu berwaspada sekiranya terdapat pintu atau tingkap rumah yang tidak boleh ditutup seperti biasa.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP