Powered by Blogger.

Karnival Sayangi Selangor...Misi BN Selangor Bermula

Saturday, 29 December 2012



Sebanyak 100 Badan bukan Kerajaan (NGO) akan mengambil bahagian sebagai tanda sokongan penganjuran 'Karnival Sayangi Selangor' yang akan berlangsung selama empat hari di I-City di sini bermula hari ini.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata anggota NGO itu akan bersama 1,000 petugas yang majoritinya sukarelawan sepanjang karnival tersebut berlangsung.

"Kita gembira dengan penganjuran karnival kali ini kerana turut disertai NGO yang menyatakan sokongan kepada BN," katanya ketika membuat tinjauan di tapak karnival itu di sini hari ini.

Beliau juga mengesahkan seramai 5,000 individu yang antara lainya terdiri daripada anggota bekas Penyokong Parti Pembangkang dijadualkan akan menyerahkan borang sebagai anggota rakan BN di kawasan tapak karnival itu pada 31 Disember ini.

Tambanya lagi, orang ramai juga berpeluang bersantai bersama keluarga di Taman Tema Air I-City pada Ahad ini dengan potongan 50 peratus harga tiket, bermula 2 petang hingga 6 petang.

"Taman tema itu juga akan dibuka secara percuma pada 31 Disember pukul 7 malam bagi memberi peluang orang ramai melihat tarikan dan kemudahan yang terdapat di dalamnya," katanya.-Sumber

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP