Isu Selangor - Kamera AES Dicabut Pakatan Haram
Tuesday, 4 December 2012
Pakatan haram hari ini mengotakan kehendak rakyat Malaysia kononnya tidak mahu kamera AES kerajaan Barisan Nasional ini menjadi Amno Electronic Sideincome. dengan itu serta merta kamera AES ini di cabut oleh majlis perbandaran di SKVE. Padahal janji manifesto PRU12 telah mereka campakkan kedalam longkang. Hak rakyat yang teraniaya dan tertindas dengan janji palsu manifesto tidak dipedulikan langsung tetapi usaha kerajaan BN mengurangkan kadar kemalangan pula dimusnahkan. Rakyat harus menilai kejahatan pakatan haram ini dengan teliti.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu menegaskan bahawa kerajaan pakatan haram menerusi Majlis Perbandaran Sepang (MPS) akan merobohkan kamera AES. Pakatan haram telah melontarkan tohmahan terhadap syarikat yang diberikan tender, ketelusan dalam penguatkuasa dan sejauh mana sistem yang PDRM lakukan mampu mengurangkan kadar kemalangan dan membentuk pemanduan berhemah.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan menegaskan pemilihan pembekal teknologi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dilakukan secara telus dan tidak tergesa-gesa. Keseluruhan proses mengambil masa hampir lapan tahun dan membabitkan banyak pihak sebelum AES dilaksana di 14 lokasi pada 23 September lalu.
Maka dakwaan bahawa pelaksanaan AES dibuat secara tergesa-gesa dan tidak mengikut tender itu ternyata fitnah jahat pakatan haram. Pihak JPJ dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya telah menghantar pegawai kanan ke beberapa negara yang menggunakan teknologi itu pada 2005.
Korea Selatan, Australia, Amerika Syarikat serta Switzerland merupakan negara yang terlibat dalam kajian penggunaan AES dan hasil lawatan dimaklum kepada kerajaan pada Disember 2005, yang kemudiaannya bersetuju melaksanakan AES.
Tambahan pula kerajaan juga telah menubuhkan satu jawatankuasa pemandu untuk meneliti keperluan pengguna, kaedah perolehan dan pelaksanaan projek dengan dibantu lima jawatankuasa kerja. Hasil laporan lawatan itu maka kerajaan pada 2006 bersetuju mempelawa sembilan syarikat yang menjadi peneraju pelaksanaan sistem AES untuk menyertai tender berkenaan.
Syarikat terbabit ialah Commercial Circle (M) Sdn. Bhd. (ATES Sdn. Bhd.) (dengan robot dari Jerman); Beta Tegap Sdn. Bhd. (dengan Redlex dari Australia); Tess Capital Sdn. Bhd (dengan Poltaich dari Australia); Tricubes Berhad (dengan Sagem dari Perancis); Precision Hawk Eye (M) Sdn. Bhd. (dengan Sianco Traficco dari Sepanyol), Acropolis Avenue Sdn. Bhd. (dari China); Neza teguh Sdn. Bhd. (dengan Sensys dari Sweden); Tenix Solutions Pte. Ltd. (dengan Tenix dari Australia dan Hyundai Information Technology dari Korea).
Akhirnya hanya Tenix Solutions Pte. Ltd. dan Hyundai Information Technology Co. Ltd tidak mengemukakan cadangan teknikal manakala tujuh mengemukakan cadangan teknikal melalui wakil syarikat tempatan masing-masing.
“Selepas penilaian teknikal, hanya enam daripada tujuh syarikat menyertai ujian live demonstration, manakala satu syarikat menarik diri. Ujian itu mengambil masa lebih sebulan di Putrajaya, Shah Alam dan lebuh raya Guthrie pada Jun hingga Julai 2007
Maka segala fitnah dan tindakan jahat melampau pihak pakatan haram harus dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya. Rakyat harus bertindak menghukum pakatan haram di PRU13 yang akan datang. Kepentingan rakyat telah pakatan haram abaikan. Kebolehan yang amat ketara mereka adalah membuat kekacauan dan merosakkan harta benda rakyat.
Sumber
0 comments:
Post a Comment