Wakil Anak Muda Selangor Persoal Penipuan Isu Perumahan.
Monday, 31 December 2012
Kerajaan Negeri Selangor sekali lagi diminta memberi penjelasan berhubung isu perumahan yang didakwa wujud unsur penipuan.
Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG) Budiman Mohd Zohdi berkata, tindakan Kerajaan Negeri yang enggan memberi sebarang maklum balas berhubung pendedahan itu menguatkan lagi fakta percanggahan maklumat berdasarkan pembentangan perbahasan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) 26 Mac lalu.
"Terbaru, Kerajaan Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sedang membina dan menyiapkan projek 60 unit rumah pangsapuri kos sederhana di atas Lot 103, Jalan Pinang Raja 18/2, Seksyen 18 Shah Alam, Selangor.
"Namun, selepas mula dibina, status projek pembinaan 60 unit rumah pangsapuri itu telah berubah kepada status kos tinggi," ujarnya kepada pemberita dalam sidang media selepas melawat tapak Karnival Sayangi Selangor yang bertempat di I-City hari ini.
Turut serta pada sidang media ini termasuklah Majlis Belia Selangor (MBS) dan Pemuda Barisan Nasional (BN) Selangor.
Beliau juga mempersoalkan tindakan pihak PKNS menukar status perumahan yang bertentangan dengan cadangan awal pembinaan iaitu bertaraf kos sederhana.
"Pihak kami telah menghubungi nombor talian seperti di dalam notis pembinaan itu.
"Hasil maklumat, perumahan itu akan dilancarkan pada bulan Februari 2013 dengan anggaran harga rumah bermula dari RM430 ribu," katanya.
Budiman turut mengecam tindakan Kerajaan Negeri yang bertindak mengenakan harga permulaan yang terlalu tinggi.
"Ianya sudah jelas membuktikan Kerajaan Negeri sengaja membina rumah yang ternyata gagal dimiliki golongan muda. Maka persoalan yang seterusnya timbul adalah kenapa perkara sedemikian berlaku dan siapakah sasaran utama pemilik rumah ini?" soalnya.
Kerajaan Negeri sebelum ini telah memberi jaminan bakal membina 23,637 buah rumah kos rendah bagi menampung keperluan penduduk berpendapatan rendah di Selangor.
Setakat ini, sebanyak 287 buah kediaman daripadanya telah siap dibina.
Sumber
1 comments:
Mohon diberi peluang mendapat pautan http://pecahpalakmikir.blogspot.com/ di blog tuan yg habat ini
terima kasih
Post a Comment