Powered by Blogger.

Perdaya Warga Emas Rugi RM13,500 : ADUN Teratai Nafi Tuduhan

Wednesday, 12 December 2012


alt

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee menafikan sekeras-kerasnya beliau menerima secara peribadi tiket konsert anjuran Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persekutuan (Thean Hou Temple) bernilai RM13,500 daripada bekas ahli DAP, Tan Kim Swee.

Walau bagaimanapun katanya, tiket yang diberikan oleh Tan itu diterima pejabatnya dan telah diberikan kepada persatuan lain.

"Saya kata saya tidak akan beri apa-apa duit, tetapi oleh kerana dia sudah kata dia sudah menempah makanan, kalau orang tidak makan, ini rugi.

"Jadi pejabat saya menghantar semua tiket-tiket ini ke persatuan-persatuan, kita cakap kita tidak akan bayar, terus terang kita cakap di depan orang ramai, ada ramai saksi, jadi kalau dia hendak seorang saja, kita bagi persatuan, mereka pergi ke konsert itu," katanya.

Malah Jenice berkali-kali menegaskan beliau tidak menerima tiket berkenaan seperti yang didakwa.

"Saya tidak ambil tiket itu...saya tidak ambil, tiket itu terus diberikan kepada persatuan, saya tidak pernah ambil," katanya.

alt

Semalam, Tan Kim Swee, 70, seorang penganjur konsert telah mengadakan sidang media mendakwa mengalami kerugian sebanyak RM13,500 setelah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee Ying Haa enggan membayar kembali wangnya setelah menerima 18 buah buku tiket untuk konsert yang dianjurkan.

"Pada bulan Februari lalu, saya telah menguruskan konsert untuk Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persekutuan di Tin Hou Temple. Saya telah memberikan 18 buah buku tiket dan diterima oleh setiausaha Janice Lee iaitu Bar Lee.

"Namun begitu, pihak beliau tidak membayar harga tiket tersebut kerana menggangapnya sebagai percuma. Konsert telah dianjurkan, namun saya masih tidak mendapat wang tiket tersebut," katanya kepada pemberita pada sidang media di Bandar Sungai Long di sini, hari ini.

Menurut Kim Swee, dia telah berulang alik ke pejabat aduan Jenice Lee beberapa kali di Taman Muda Ampang, namun tiada jalan penyelesaian yang ditemui kerana ADUN Teratai itu masih enggan membayar kepadanya.

 "Sudah tujuh bulan saya minta dia jelaskan bayaran tersebut, tetapi dia enggan dan sering mengganggap bahawa tiket itu sebagai percuma," ujarnya.

Tambahnya, dia terpaksa meminjam wang kepada persatuan tersebut kerana ingin membayar harga tiket tersebut.

"Persatuan telah mengamanahkan saya untuk menjalankan tanggungjawab (menjual tiket konsert), dan saya mempercayai DAP untuk menolong, namun bukan itu yang mereka lakukan sebaliknya memperdayakan saya," katanya.
"Saya telah membuat laporan terhadap kes ini di Balai Polis Pandan Indah pada September lalu, tetapi masih belum mendapat reaksi daripada pihak Jenice Lee," ujarnya.

Sumber

1 comments:

PUTRA CHUBADAK 12 December 2012 at 11:37  

Hello apek, awak jangan bimbang, kalau itu ADUN tak mau bayar cakap sama dia lu tunggu PRU 13. Itu jam dia tau dia punya nasib ma. RM13K bukan sikit punya wang. Kalau mau kawin satu lagi pun bole ma. Lu tanya itu Jenice, lu anak lale ke (macam Teresa Cock/Elibeth) atau sudah ada suami/anak. Kalau dia kena itu macam, apa dia bikin. Luluk tiam-tiamkah? Itu sebab kita talak picaya sama DAPASKR. Dia bikin-bikin senyum sama kita tapi "ADA MAKNA TU" "DIA ORANG BAIK?" Ada nakna tu. Tak percaya tanya itu "Cik Rohani" isteri No 3 P.RAMLI dalam filem "MADU TIGA".

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP