Powered by Blogger.

Dr. Rani Osman Derhaka Pada Sultan Selangor...!!!

Sunday 16 December 2012



Tindakan ahli-ahli politik pembangkang termasuk Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Rani Osman yang secara terang-terangan memanipulasi titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang disiarkan Mingguan Malaysia Ahad lalu bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, perbuatan itu jelas menunjukkan Pas cuba melepaskan diri selepas tersepit dengan pelbagai isu besar seperti pengguguran hukum hudud dan negara Islam dalam perjuangannya.

"Untuk menutup isu-isu ini, pemimpin Pas menunggu masa memanipulasi sebarang kenyataan yang dikeluarkan musuh-musuh politik mereka.

"Pesuruhjaya Pas Selangor telah mengambil tindakan lebih jauh daripada itu hingga sanggup memanipulasi kenyataan Sultan Selangor untuk tujuan meraih sokongan dan mendapat laba politik," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Rani memanipulasi titah Sultan Selangor kononnya baginda membenci UMNO dan begitu tidak selesa jika terdapat mana-mana pihak mengaitkan baginda dengan mana-mana parti politik termasuk UMNO.

Hasan berkata, kenyataan Rani itu tidak lebih daripada politik murahan yang cuba mewujudkan persepsi Sultan Selangor lebih condong kepada Pas.

"Sedangkan seperti yang diketahui umum, Sultan Selangor adalah antara sultan yang begitu teliti dalam mengeluarkan kenyataan mengenai isu agama, bangsa dan adat istiadat Melayu.

"Biasanya baginda akan mendapatkan pandangan pakar-pakar yang ahli dalam bidang-bidang tertentu untuk menambah pandangan dan pendapat selain daripada yang lazimnya diberikan penjawat awam," katanya.

Dalam masa sama, Hasan turut menasihatkan Rani memantau beberapa penulis blog yang menyebarkan fitnah dengan bahasa-bahasa yang keji dan lucah terhadap Sultan Selangor.

Katanya, sebahagian mereka dikatakan mewakili Pas dan pandangan serta pendapat mereka sehingga ini masih belum ditangani dengan sebaik-baiknya.

"Jika beliau dapat menangani masalah ini, tampuk pemerintahan Selangor akan lebih berperanan daripada merekayasa perkara-perkara yang boleh menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat dan mengeruhkan hubungan antara rakyat dan istana," katanya.

Hasan berkata, taktik yang cuba dibawa Pas yang menuduh segala-galanya berpunca daripada UMNO juga merupakan taktik politik murahan dan terdesak.

"Mungkin rakyat dapat membaca sebenarnya taktik sedemikian bukan lahir daripada Pas, tetapi jangkitan kuman daripada seorang manusia yang sanggup mengguna dan menggadaikan apa sahaja semata-mata mencapai matlamat menjadi Perdana Menteri.

"Apa-apa pun rakyat sudah dapat membaca lebih awal dan taktik sedemikian sudah tidak laku lagi," ujarnya. Utusan

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP