Powered by Blogger.

ISU SELANGOR! EXCO TUDUH BN DALANG DISEBALIK TUNTUTAN AIR PERCUMA!?

Monday 3 December 2012



Setelah bertahun-tahun menipu rakyat dalam isu pemberian air percuma, hari ini kerajaan Selangor sekali lagi cuba mengaburi mata rakyat dengan mengatakan bahawa peserta yang menyertai demonstrasi menuntut apa yang dijanjikan parti itu telah diperdaya oleh Barisan Nasional.

Menerusi Sidang Dun Selangor Ke-12 Penggal Kelima, kebangkitan rakyat negeri itu dalam menuntut hak mereka untuk mendapatkan air percuma dibangkitkan.

Salah seorang Exco Kerajaan Selangor yang menjawab persoalan itu kemudiannya dengan yakin menegaskan bahawa kesemua rakyat yang turut serta dalam siri demonstrasi menuntut air percuma di negeri terbabit telah ditipu oleh sesetengah pihak yang dipercayai dikalangan penyokong BN.

Beliau mendakwa tuntutan tunggakan air percuma itu sebenarnya bukan bermula daripada penghuni di kawasan tertentu sebaliknya pemimpin Pakatan Rakyat itu mendakwa sebahagian daripada peserta tidak dimaklumkan tujuan sebenar bantahan itu.

Nampaknya, rakyat Selangor mengalami masalah besar kerana mempunyai pemimpin iaitu daripada Adun-Adun biasa sehinggalah ke barisan Exco dan Menteri Besar hampir kesemuanya masih cuba berdolak dalik dalam menunaikan janji.

Kalau sudah berjanji pada Pilihanraya Umum lalu, maka tidak ada alasan untuk mereka menunaikan segala tuntutan yang dibuat oleh rakyat.

Namun lain pula yang terjadi di Selangor, dimana apabila rakyat menuntut haknya, mereka pula dituduh telah diperdaya oleh pihak lain.

Begitu sukar untuk pemimpin Selangor ini mengakui kesalahan diri sebaliknya masih menggunakan cara lama iaitu dengan meletakkan kesalahan itu di atas bahu pihak lain.

Kononnya, kerajaan Selangor sedang merancang untuk mencari jalan penyelesaian dengan mencadangkan Kerajaan Negeri melangsaikan tunggakan bil air ialah secara ansuran berjadual.

Persoalannya, mengapa baru sekarang kepimpinan Selangor baru tergerak untuk melaksanakan usaha bagi tangani masalah ini. Itu setelah rakyat membuat demonstrasi tuntutan yang kemudiannya dituduh telah dihasut oleh kroni BN.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP