Powered by Blogger.

Isu Roboh Kuil Di Selangor - Gobind [DAP] Selar Khalid Ibrahim [PKR]?

Thursday 13 December 2012


Sikap berdiam diri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bersabit isu perobohan sebuah kuil di Sepang baru-baru ini, tidak boleh diterima, kata Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Beliau berkata Khalid sepatutnya membuat kenyataan bagi meredakan keadaan sekaligus menutup ruang kepada seteru politiknya, BN daripada terus membuat kritikan dan kutukan kepada kepimpinan kerajaan negeri.

"(Langkah) berdiam diri oleh menteri besar dalam situasi seperti ini, pada fikiran saya jelas tidak boleh diterima," katanya dalam satu kenyataan semalam.



Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar ketika dihubungi Antarapos semalam berkata kerajaan negeri Selangor tidak akan tunduk kepada pelbagai desakan untuk membina semula kuil yang dirobohkan Majlis Perbandaran Sepang (MPS) bulan lalu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah kerana negeri akan akur pada desakan ratusan penganut Hindu yang menuntutnya memohon maaf dan membina semula kuil itu.

Desakan itu dibuat ketika mereka mengadakan tunjuk perasaan di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam, Jumaat lalu.

Xavier kemudiannya menjelaskan undang-undang MPS melarang pembinaan sebarang struktur tambahan dalam kawasan rumah atau tanah persendirian tanpa kelulusan.

"Kita tidak boleh bina semula kuil yang sudah diroboh itu. Ini kerana dalam undang-undang PBT, apa-apa bangunan tambahan perlu mendapatkan kelulusan pembinaan terlebih dahulu.

"Kita (kerajaan negeri) mahu bagi kuasa penuh kepada PBT untuk menjalankan tugas mereka," kata beliau.



Pada 20 November lalu, seramai 30 pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Sepang (MPS) menggunakan tukul besi untuk merobohkan tempat pemujaan Hindu yang dibina oleh seorang wanita di serambi rumahnya, di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi.

Ketua Pemuda MIC T. Mohan berkata kerajaan negeri Selangor sebelum ini turut merestui tindakan merobohkan sebuah kuil Hindu di Ampang hanya beberapa bulan selepas menang pilihanraya umum pada tahun 2008.

Pada tahun sama, sebuah lagi kuil di Serendah turut menerima nasib sama dan pada tahun lalu kuil Hindu di Glenmarie menjadi tapak beribadat kaum India yang ketiga dirobohkan dibawah Pakatan Rakyat.

Sumber

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP