Powered by Blogger.

Isu Roboh Kuil..Khalid Masih Membisu Seribu Kata

Saturday, 22 December 2012


alt

Pihak pentadbiran kerajaan Negeri Selangor sehingga kini masih belum memberikan respon terhadap surat yang dibuat oleh pihak pengurusan berhubung isu Kuil Sri Marimman di Sepang.

Pengerusi kuil, R. Vellasamy berkata, sejak Januari lalu, sebanyak lima surat telah dihantar kepada Menteri Besar,  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar serta Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim namun masih tidak mendapat reaksi daripada pihak pentadbiran kerajaan itu.

"Kuil tersebut berada dalam kawasan tanah milik syarikat Hap Seng, surat telah ditulis kepada mereka, tetapi masih belum mendapat jawapan sehingga kini," katanya kepada pemberita di Bandar Sungai Long di sini hari ini.

Surat tersebut dibuat untuk membuat rayuan agar pihak kerajaan mempertimbangkan semula arahan untuk merobohkan kuil tersebut.

Menurut Vellasamy, pihaknya membunyai bukti kukuh bahawa surat tersebut telah ditulis untuk perhatian pihak pentadbiran kerajaan negeri.

"Pada bulan April tahun 2004, Hap Seng telah menghantar surat kepada kami supaya berpindah, kami beranggapan kuil tersebut akan dirobohkan dan ingin meminta jasa baik kerajaan negeri, tapi tidak mendapat maklumbalas," katanya dengan nada kesal terhadap pentadbiran kerajaan negeri.

alt

Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Bekas Pengerusi DAP Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat.

Minggu lalu, Tuan Tat mendakwa Kuil Sri Marimman yang berusia hampir 150 tahun itu bakal menjadi sasaran terbaru kerajaan Selangor untuk dirobohkan.

Katanya, kuil yang terletak di Ladang Teluk Merbau, Sepang tersebut dibina pada zaman kolonial British itu kini berhadapan dengan masalah yang sama seperti yang terjadi di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi baru-baru ini.

Tambah Vellasamy, Pakatan Rakyat tidak memenuhi janji yang mereka buat semasa pilihan raya pada 2008 lalu.

"Pakatan pada pilihan raya pada tahu 2008, telah berjanji untuk tidak menceroboh mana-mana kuil jika mereka berjaya memerintah, tetapi kini apa yang berlaku? Sehingga kini, sebanyak tujuh kuil telah dirobohkan.

"Jika begini, bagaimana kaum Hindu nak undi mereka pada pilihan raya ke-13 (PRU13) nanti?," ujarnya.

Sumber

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP