Powered by Blogger.

PDM BN Harus Bersedia Sepenuhnya, Pertahankan Putrajaya, Rampas Semula Selangor – Rosni Sohar

Friday, 21 December 2012



Jentera Barisan Nasional Hulu Selangor khususnya di PDM Bukit Beruntung digesa untuk terus merapatkan jentera dan turun ke akar umbi untuk mendekati rakyat, memahami dan berusaha menyelesaikan permasalahan mereka.

Ketua Wanita UMNO Hulu Selangor, Datuk Rosni Sohar berkata, jentera BN harus bertemu rakyat dan  meminta mereka supaya tidak memperjudikan masa depan negara dengan cuba memberi sokongan kepada pembangkang sebaliknya terus bersama Barisan Nasional (BN) demi menjamin masa depan.

“Matlamat kita bukan sahaja untuk menang dan mendapat majoriti yang lebih besar pada pilihan raya umum akan datang, malah kita juga mempunyai tanggungjawab besar untuk mengembalikan semula pentadbiran kerajaan negeri Selangor kepda BN.

Matlamat ini akan tercapai sekiranya anggota jentera mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan,

Kerajaan BN sudah mempunyai pelbagai pengalaman dalam mentadbir negara sejak 55 tahun lepas berbanding pakatan pembangkang yang dilihat semakin ‘bersimpang-siur’ dan ‘cacamarba’ dalam pentadbiran mereka,” ujarnya kepada jentera BN PDM Bukit Beruntung malam tadi di sini.

Tambahnya, qalaupun tarikh PRU-13 itu masih lagi menjadi teka-teki, namun jentera PDM di peringkat akar umbi sudah seharusnya bersedia sepenuhnya memandangkan bukan sahaja jentera BN, malah jentera di pihak parti-parti politik pembangkang turut telah membuat pelbagai persiapan. Di sesetengah tempat, sudah ada perang sepanduk dan bendera seolah-olah musim pilihan raya sudah tiba.

“Kita harus bekerja keras terutama untuk memastikan kehadiran pengundi baru memberi kelebihan kepada BN.

Dalam BN itu sendiri ada banyak parti komponen. Jadi, setiap satu daripadanya perlu memainkan peranan. Setiap entiti yang ada dalam parti seperti pemuda dan wanita perlu digerakkan ke tahap maksimum. Ketika ini tidak ada lagi istilah santai atau penilaian rambang.

Setiap analisis mesti tepat supaya datanya boleh digunakan untuk membantu parti dalam merangka strategi,” ujarnya lagi.

Sumber

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP