Masuk Taman Tema Air i-City Secara Percuma Pada Hari Akhir Karnival Sayangi Selangor
Sunday, 30 December 2012
Orang ramai khususnya di Selangor berpeluang meluangkan masa bersama keluarga secara percuma di Taman Tema Air I-City secara percuma pada hari terakhir karnival, 31 Disember ini.
Timbalan Setiausaha Karnival Sayangi Selangor, Datuk Dr. Ching Eu Boon berkata, Taman Tema Air akan dibuka secara percuma kepada setiap pengunjung pada hari terakhir karnival tersebut.
"Esok hanya 3000 yang mempunyai baucer daripada Wanita UMNO layak mendapat potongan sebanyak 50 peratus daripada harga tiket sebenar.
"Tiada pembayaran akan dikenakan untuk memasuki Taman Air tersebut pada hari terakhir (31Dis) selepas pukul 7 malam ", katanya ketika ditemui oleh pemberita di Karnival Sayangi Selangor disini, hari ini.
Sehubungan itu, beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor menyarankan supaya rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang politik ataupun kaum dapat hadir ke karnival tersebut yang bermula hari ini sehingga 31 Dis ini.
"Datanglah beramai-ramai ke karnival ini bersama keluarga dan rakan-rakan ketika musim cuti sekolah ini.
"Jadikan tiga hari ini karnival ini sebagai hari keluarga yang pasti menjanjikan kepuasan dan keseronokan ketika berada di karnival ini," katanya.
Pada karnival tersebut, lebih 100 gerai kepada pengunjung yang menjual pelbagai produk termasuk hasil keluaran industri kecil dan sederhana serta produk daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Selangor akan dijual pada harga berpatutan.
Karnival itu turut mendapat kerjasama daripada badan korporat dan swasta menerusi pameran kerjaya dengan 6,000 tawaran peluang pekerjaan untuk diisi oleh rakyat.
Dalam pada itu, pengunjung juga berpeluang berhibur bersama keluarga dalam Konsert Ambang Tahun Baru 2013 yang diadakan pada malam kemuncak karnival iaitu pada 31 Disember ini yang menampilkan artis tempatan seperti Alyah, Fiq, Logeswaran, Jinbara dan sebagainya termasuk penampilan khas artis Bollywood.
Selain itu, acara kemuncak karnival tersebut dijangka dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan turut serta mengadakan countdown ambang tahun baru 2013 yang disusuli dengan pertunjukan bunga api.
Sumber
0 comments:
Post a Comment