Powered by Blogger.

Isu Selangor : Bukti PKR menindas dan tidak bertindak adil?

Thursday, 27 December 2012



Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor disifatkan sebagai sebuah kerajaan yang tidak berlaku adil kepada rakyatnya apabila meminta golongan ibu tunggal di negeri ini membuktikan mereka mengundi pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum lalu sebagai syarat mendapatkan bantuan elaun yang dijanjikan sebanyak RM100.

Tindakan kerajaan negeri itu jelas menunjukkan sikap sebenar pakatan pembangkang yang tidak bertanggungjawab, selain menafikan hak rakyat Selangor untuk mendapatkan bantuan elaun tersebut yang sebelum ini dijanjikan kepada mereka pada pilihan raya umum lalu.

Sepatutnya sebagai pentadbir negeri, PKR, PAS dan DAP tidak sewajarnya membeza-bezakan rakyat dari segi latar belakang mahupun ideologi politik mereka. Begitu juga dengan isu tunggal, mereka juga adalah rakyat Selangor sendiri.

Sewajarnya kerajaan negeri memberikan bantuan elaun itu kerana telah pun dijanjikan pakatan pembangkang sebelum ini. Namun, melihat daripada tindakan kerajaan negeri dalam soal itu, jelas mereka tidak berlaku adil kepada rakyat Selangor!

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam yang meminta isu-isu ibu tunggal yang mengemukakan saman terhadap kerajaan negeri bagi menuntut janji pemberian elaun sebanyak RM100 supaya membuktikan di mahkamah bahawa mereka mengundi calon Pas, DAP dan PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Ini menunjukkan sikap pakatan pembangkang itu adalah bertentangan corak pentadbiran kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang memberikan bantuan kepada rakyat tidak mengira latar belakang mahupun ideologi politik mereka.

Dalam soal bantuan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) sebagai contoh, kerajaan pimpinan BN memberikan kepada semua pemandu teksi di negara ini tanpa mengira parti apa yang mereka sokong, begitu juga dengan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang mana semua orang berkeluarga dan bujang dapat.

Dalam soal pemberian subsidi minyak, gula dan sebagainya, kerajaan Pusat di bawah BN beri kepada semua rakyat termasuklah 'tauke' DAP sendiri yang mendapat nikmatnya. Kerajaan BN beri dan tidak pula bertanya yang mereka itu orang Pas atau UMNO, sebaliknya beri semua dan adil kepada semua rakyat!

Adakah kerana kerajaan PKR tidak mampu menunaikan manifesto pilihanraya maka ibu-ibu tunggal ditindas dan dikenakan pelbagai syarat bagi menuntut hak mereka! Adakah ini dinamakan kerajaan berkebajikan sepertimana yang dilaung-laungkan? Rakyat Selangor selepas ini perlu berfikir samada masih mahu mengekalkan kerajaan 'berkebajikan' yang sedia ada ataupun sebaliknya. Fikir-fikirkanlah.
Wallahuallam.

Sumber

2 comments:

Aliffnajmi 27 December 2012 at 17:51  

Memberi hanya pada yg menyokong menunjukkan belang sebenar Pakatan Rakyat yg jauh lebih busuk berbanding BN.

Bagi penyokong PR, mereka akan terus menyokong membabi buta walau dh byk didedahkan kepincangan pentadbiran PR.
Tp bagi pengundi atas pagar yg BOLEH BERFIKIR, perkara2 mcm ni akan buat mereka menjauhkan diri dari PR.

usin 27 December 2012 at 18:40  

sejak dua menjak ni, khalid brahim sering menonjolkan taraf kebodohan tidak terkawal. sebagai ketua sebuah negeri, permintaan seperti itu memang jelas bodoh mukarrab. nak ketawapun ada, ketua negeri hanya nak bantu rakyat secara berpilih. sokong bn bukan rakyat selangor ke? aku rasa azmin akan ketawa terguling2 bila dengar kata2 khalid ini. lagi bodoh lagi bagus kata azmin...

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP