Powered by Blogger.

Ekslusif - Akhirnya Khalid Samad Mengaku Salah

Saturday 22 December 2012



Selepas menafikan kewujudan kelab malam di Shah Alam sebelum ini, Khalid Samad akhirnya akur dan tampil membuat sidang akhbar khas memperjelaskan isu tersebut serta mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ambil tindakan.

Khalid Samad berkata, berdasarkan mesyuarat dengan bahagian perlesenan dan penguatkuasaan MBSA pada Khamis, pihaknya mendapati kelab malam berkenaan menyalahgunakan lesen bagi tujuan itu.

Selain itu jelasnya, premis berkenaan turut didapati menjual arak tetapi tidak memohon lesen bagi penjualan minuman keras itu.

"Kelab malam yang dibuka di Setia Alam di sini sebenarnya beroperasi secara haram menggunakan lesen kafeteria.

"Berikutan itu saya telah meminta MBSA supaya mengarahkan agar premis berkenaan menghentikan operasi mereka (kelab malam) dengan serta-merta," katanya pada sidang media di pejabat beliau di sini , Jumaat.

Beliau mengulas laporan muka hadapan sebuah akhbar baru-baru ini yang mendedahkan sebuah kelab malam telah beroperasi di Shah Alam.

Namun, Khalid Samad enggan memohon maaf kepada warga Shah Alam yang dituduhnya menipu kerana melaporkan kewujudan kelab malam itu sebelum ini.

Kewujudan kelab malam 'Voyage' terbongkar selepas sebuah laman blog [klik sini] membuat pendedahan dan mendesak Khalid Samad bertindak menutup pusat maksiat itu dengan segera.

Sumber

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP