Isu Selangor : Khalid tolak analisis JP Morgan ekonomi positif?
Saturday, 15 December 2012
Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menyelar pandangan seorang penganalisis pelaburan dari syarikat perunding terkemuka, JP Morgan bahawa kedudukan pasaran ekuiti dan ekonomi Malaysia pada tahun depan dijangka terus positif sekiranya Barisan Nasional (BN) kekal mentadbir negara ini.
Enggan menerima analisis tersebut, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) menuduh analisis JP Morgan sebagai berat sebelah termasuk pihak media yang membuat laporan kononnya prestasi ekonomi Malaysia hanya akan baik jika BN memerintah adalah satu cubaan untuk menakut-nakutkan rakyat.
"Syarikat JP Morgan harus berwaspada supaya analisis mereka tidak dilihat sebagai menyebelahi mana-mana pihak," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.
Abdul Khalid mengulas pandangan Pengarah Eksekutif Penyelidikan Ekuiti JP Morgan Securities (M) Sdn. Bhd., Mak Hoy Kit yang disiarkan menerusi portal berita thestar.com.my hari ini yang menyatakan kedudukan pasaran ekuiti dan kedudukan ekonomi Malaysia pada 2013 dijangka positif sekiranya BN terus mengekalkan kuasa pentadbiran di negara ini.
Menurut laporan itu, Hoy Kit menjelaskan kedudukan positif itu disumbangkan menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilaksanakan kerajaan pimpinan BN, selain pelaksanaan program infrastruktur kerajaan termasuk projek-projek berkaitan perkhidmatan rel.
Pada masa sama, Hoy Kit turut menegaskan pada masa ini para pelabur dilihat bersikap neutral kerana pilihan raya umum akan datang masih belum diputuskan tarikhnya.
Menurut beliau, para pelabur juga menunjukkan sentimen kebimbangan mereka sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum yang mana keadaan itu adalah salah satu ketidaktentuan bagi para pelabur, seterusnya mempengaruhi tindakan mereka.
Dalam pada itu, Abdul Khalid turut membuat tuduhan bahawa ekonomi Malaysia kononnya semakin merudum dengan memberikan alasan kononnya kedudukan hutang negara yang semakin besar. "Antara petunjuk yang paling ketara ialah hutang negara semakin besar.
Kerajaan Persekutuan terus meminjam berbilion ringgit dan beban ini akan terpaksa dipikul oleh generasi masa depan," katanya.
Sumber
0 comments:
Post a Comment