Powered by Blogger.

MB Selangor Dikecam Rela Tunggu 100 Tahun Selesai Isu Air

Friday 28 December 2012


alt

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George mengecam Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ekoran kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau berhubung isu air di Selangor.

Abdul Khalid dalam kenyataannya berkata, beliau sanggup menunggu sehingga 100 tahun untuk menyelesaikan isu air walaupun Selangor diancam krisis bekalan air menjelang 2015.

"Kenyataan Khalid itu tidak profesional dan mengesahkan beliau mahu satu ''perang politik'' di antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat berhubung isu air.

"Sebagai menteri besar, beliau harus lebih sensitif kerana yang menanggung kedukaan dan kelukaan daripada masalah air ialah pengguna di Selangor sendiri," katanya.

Dr George berkata apa yang terjadi ekoran pendirian yang diambil oleh Khalid berhubung isu air ialah "gajah berlawan dengan gajah tetapi pelanduk yang mati di tengah-tengah", iaitu rakyat, pengguna negeri Selangor dengan masalah pemotongan air dilaporkan di beberapa kawasan ekoran kekurangan bekalan.

Sebagai contoh, minggu lepas, beberapa kawasan di sekitar Pandan Perdana, Pandan Indah, Taman Taynton View dan Taman Bukit Segar di Cheras mengalami gangguan bekalan air berikutan penurunan paras kolam utama yang dikesan sejak awal minggu.

Sumber

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP