Powered by Blogger.
Showing posts with label Parpukari. Show all posts
Showing posts with label Parpukari. Show all posts

ISU SELANGOR! EXCO TUDUH BN DALANG DISEBALIK TUNTUTAN AIR PERCUMA!?

Monday, 3 December 2012



Setelah bertahun-tahun menipu rakyat dalam isu pemberian air percuma, hari ini kerajaan Selangor sekali lagi cuba mengaburi mata rakyat dengan mengatakan bahawa peserta yang menyertai demonstrasi menuntut apa yang dijanjikan parti itu telah diperdaya oleh Barisan Nasional.

Menerusi Sidang Dun Selangor Ke-12 Penggal Kelima, kebangkitan rakyat negeri itu dalam menuntut hak mereka untuk mendapatkan air percuma dibangkitkan.

Salah seorang Exco Kerajaan Selangor yang menjawab persoalan itu kemudiannya dengan yakin menegaskan bahawa kesemua rakyat yang turut serta dalam siri demonstrasi menuntut air percuma di negeri terbabit telah ditipu oleh sesetengah pihak yang dipercayai dikalangan penyokong BN.

Beliau mendakwa tuntutan tunggakan air percuma itu sebenarnya bukan bermula daripada penghuni di kawasan tertentu sebaliknya pemimpin Pakatan Rakyat itu mendakwa sebahagian daripada peserta tidak dimaklumkan tujuan sebenar bantahan itu.

Nampaknya, rakyat Selangor mengalami masalah besar kerana mempunyai pemimpin iaitu daripada Adun-Adun biasa sehinggalah ke barisan Exco dan Menteri Besar hampir kesemuanya masih cuba berdolak dalik dalam menunaikan janji.

Kalau sudah berjanji pada Pilihanraya Umum lalu, maka tidak ada alasan untuk mereka menunaikan segala tuntutan yang dibuat oleh rakyat.

Namun lain pula yang terjadi di Selangor, dimana apabila rakyat menuntut haknya, mereka pula dituduh telah diperdaya oleh pihak lain.

Begitu sukar untuk pemimpin Selangor ini mengakui kesalahan diri sebaliknya masih menggunakan cara lama iaitu dengan meletakkan kesalahan itu di atas bahu pihak lain.

Kononnya, kerajaan Selangor sedang merancang untuk mencari jalan penyelesaian dengan mencadangkan Kerajaan Negeri melangsaikan tunggakan bil air ialah secara ansuran berjadual.

Persoalannya, mengapa baru sekarang kepimpinan Selangor baru tergerak untuk melaksanakan usaha bagi tangani masalah ini. Itu setelah rakyat membuat demonstrasi tuntutan yang kemudiannya dituduh telah dihasut oleh kroni BN.

Read more...

PANAS BERAPI! KERAJAAN SELANGOR SANGGUP PERJUDIKAN KEBAJIKAN RAKYAT!

Wednesday, 1 August 2012


RAKYAT sepatutnya tahu dan jelas mengenai siapa yang sepatutnya bertanggungjawab dalam mencetuskan krisis air yang berlaku di negeri Selangor sejak kebelakangan ini.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan ketika hadir di Program Kami Prihatin, memberitahu krisis air yang melanda dan menyusahkan rakyat Selangor bukanlah disebabkan kekurangan sumber bekalan air mentah sebaliknya kerana bahana sikap degil Kerajaan Negeri yang enggan melaksanakan projek Loji Rawatan Langat.

Dalam menyeru slogan keadilan dan kebajikan rakyat diutamakan, kerajaan Selangor di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat ternyata lebih rela menjadikan rakyat sebagai mangsa dan sekaligus mengkambinghitamkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) semata-mata kerana kepentingan politik.

“Kepimpinan kerajaan negeri dengan angkuh berkata krisis air tidak berlaku sama sekali di Selangor namun hakikat yang sebenar rakyat menderita setiap hari dek kerana tidak mendapat bekalan air…dalam hal ini di mana relevennya slogan yang mereka laungkan itu.

“Apa yang lebih teruk, Menteri Besar Selangor sendiri yang sibuk bermain politik dengan menyalahkan Syabas dengan mengatakan kononnya agensi itu gagal dalam memberikan perkhidmatan terbaik untuk membekalkan air kepada rakyat Selangor tetapi hakikat sebenar kegagalan itu berpunca daripada beliau sendiri,” katanya.

Sohaimi menambah, berikutan masalah itu menjadi semakin teruk, rakyat terutamanya seharusnya lebih faham bahawa krisis ini adalah disebabkan kerajaan negeri dan bukannya SYABAS.

Sumber : House PK

Read more...

CILI KASI TARUK! KHALID GAGAP DAH MATI AKAL BILA PENIPUAN DIA TAK MENJADI!

Wednesday, 25 July 2012

KEPUTUSAN tegas Kerajaan Pusat menolak rancangan kerajaan negeri yang mahu mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (SYABAS) nyata tepat dan memenuhi kehendak majoriti penduduk Lembah Klang.

Serentak dengan keputusan tersebut, Kerajaan Pusat memutuskan untuk meneruskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor (PPAMPS) walaupun tanpa kerjasama kerajaan negeri.

Langkah berani dan segera ini amat diperlukan demi menjaga kepentingan rakyat selain mengelakkan kesan buruk pada ekonomi negeri dan negara sekiranya masalah air terus dipolemikkan oleh kerajaan negeri yang hanya tahu berdolak dalik.

Ramai rakyat Selangor serta penduduk sekitar Lembah Klang yang mengurut dada berasa lega atas keputusan tersebut yang dikira sebagai petanda baik dan hikmah sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Bagi mereka, kepayahan hidup yang terpaksa dilalui sewaktu krisis air 1998 agak perit untuk diharungi sekali lagi. Malah sekiranya krisis seperti itu terjadi lagi sebagaimana diramalkan, tidak mustahil situasinya akan lebih teruk.

Projek Langat 2 bukan sekadar bakal mencegah risiko krisis air yang digeruni itu malah tidak salah jika diibaratkan umpama talian hayat penting bagi penduduk sekitar Lembah Klang.

Reputasi buruk kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Khalid Ibrahim yang masih gagal menyelesaikan masalah kutipan sampah sarap, jalan berlubang dan lain-lain tidak menyukarkan kita untuk membayangkan nasib SYABAS sekiranya berjaya diambil alih oleh kerajaan negeri.

Kemampuan sebenar Khalid hanya sekadar gah beretorik sahaja. Cukuplah dua tahun dibazirkan begitu sahaja gara-gara terpaksa melayan kerenah Khalid Ibrahim yang masih berselindung disebalik tarif air dan penstrukturan semula syarikat bekalan air sedangkan kedua-dua perkara tersebut boleh dibincangkan kemudiannya.

Keutamaan sekarang ini ialah segera menyelesaikan masalah bekalan air bersih untuk kegunaan rakyat, itu yang sewajarnya menjadi prioriti kerajaan negeri sejak dulu lagi tapi malangnya Khalid lebih rela mempertaruhkan masa depan rakyat Selangor & penduduk Lembah Klang.

Sumber : House PK

Read more...

PANAS BERAPI! BUKTI KERAJAAN SELANGOR MENYELEWENG DUIT RAKYAT! MESTI BACA

Saturday, 30 June 2012

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sememangnya penuh dengan korupsi dan penyelewengan kuasa. Walaupun dari semasa ke semasa, kepimpinan Pakatan Rakyat cuba menggambarkan yang mereka sangat bersih, hakikatnya pelbagai skandal dan penyelewengan yang berlaku di Selangor tidak lagi dapat disembunyikan.

Dari sekecil-kecil penyelewengan, sehinggalah melibatkan ratusan juta ringgit, para pemimpin Pakatan Rakyat, berebut-rebut hendak merompak dan menjarah negeri Selangor. Gelagat mereak seolah-olah Pakatan Rakyat Selangor sudah sedar yang mereka tidak mempunyai peluang untuk terus menguasai Selangor selepas PRU13 nanti.

Terbaru, pada 25 Jun lalu, tidak sampai seminggu selepas pendedahan tentang perangai hodoh Faekah Husin, SETPOL Menteri Besar didedahkan oleh portal ini, seorang lagi pemimpin kecil PKR di Selangor telah dikesan melakukan penyelewengan yang boleh memalukan PKR dan Pakatan Rakyat.

Penyelaras PKR DUN Sementa, Hj. Mohd Bakhir bin Abdul Wahab telah menerima sepucuk surat dari Pejabat Menteri Besar Selangor. Surat tersebut antara lain menyatakan, khidmat Hj. Mohd Bakhir selaku Penyelaras PKR DUN Sementa ditamatkan serta-merta kerana terdapat kelemahan memantau program JOM SHOPPING.

JOM SHOPPING merupakan program pemberian kupon RM100 kepada warga emas di Selangor dalam usaha PKR dan Pakatan Rakyat mengambil hati pengundi-pengundi tua. Walaupun terdapat terlalu banyak kelemahan dan kepincangan dalam program berkenaan, terutama sekali pembabitan tempat membeli belah tertentu selain pendaftaran dengan Pusat-Pusat Khidmat Pakatan Rakyat di setiap DUN yang menimbulkan banyak rungutan berikutan penggelapan kupon-kupon terbabit.

Itu yang berlaku kepada Hj. Mohd Bakhir. Hj. Mohd Bakhir yang juga merupakan bekas Ketua Cabang Kapar telah melakukan penyelewengan kupon JOM SHOPPING berjumlah RM8200. Biarpun jumlahnya agak ‘kecil’ tetapi jumlah warga emas yang teraniaya adalah 82 orang.

Disebabkan bimbang sekiranya penyelewengan JOM SHOPPING di seluruh Selangor terbongkar dan terhidu oleh media, kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat Selangor, cuba bertindak pantas menutup keaiban berkenaan.

Pada 16 Jun lalu, dua orang Penyelaras DUN PKR juga telah dikenakan tindakan disiplin kerana menyelewengkan kupon-kupon JOM SHOPPING.

Sumber: Sel13.com

Read more...

PANAS BERAPI! MARI LIHAT MB SELANGOR YANG GAGAP TAPI BERLIDAH BIAWAK!

Sunday, 24 June 2012

Khalid Ibrahim seperti biasa, apabila membabitkan salah laku dan buruk laku Faekah Husin, akan cepat-cepat mengeluarkan penafian. Apabila pendedahan dibuat berhubung perangai Faekah yang memberikan sokongan kepada syarikat guaman anak saudaranya untuk mendapat projek, Khalid merupakan orang pertama selepas Faekah sendiri yang membuat penafian.

Kata Khalid, Faekah hanya menandatangani surat sokongan itu tanpa dia sendiri mempunyai kuasa untuk memberikan projek kepada syarikat yang disokong.

Namun Khalid Ibrahim seperti orang tua nyanyuk yang terlupa akan kata-katanya sendiri.

Pada 28 Julai 2010 jam, 4:47 petang, Khalid Ibrahim membuat satu kenyataan yang kedengaran sangat mulus:

“ELAK KELUAR SURAT SOKONGAN BERUNSUR PERNIAGAAN” (SUMBER)

Dalam kenyataannya, Khalid Ibrahim menyatakan surat sokongan hanya boleh dikeluarkan untuk tujuan kebajikan sahaja. Jadi, secara tidak langsung, pembelaan Khalid Ibrahim ke atas Faekah Husin dalam kes ini, tentulah mempunyai kaitan dengan kebajikan. Faekah Husin cuba membuat kebajikan terhadap syarikat guaman anak saudaranya. Justeru pada pandangan Khalid Ibrahim, Faekah tidak menyalahgunakan kuasanya dan tidak melakukan sebarang kesalahan.

Beberapa kes sebelum ini melibatkan Exco, pembantu Exco, bahkan ADUN yang kononnya menyalahgunakan kepala surat rasmi telah didedahkan, sehingga menyebabkan wujudnya kekecohan, terutama yang membabitkan pembantu Ronnie Liu yang berlakon tercedera dan patah kaki dengan kaki seluar panjang di dalam balutan simen!

Faekah bukannya satu-satunya orang besar Pakatan Rakyat Selangor yang melakukan kesalahan salahguna kuasa sebaliknya sekadar sebahagian daripada pasukan penyalahguna kuasa di Selangor.

Anehnya, golongan ini jugalah yang berkokok deras tentang penyelewengan orang lain, walaupun hakikatnya merekalah yang melakukan kesalahan berkenaan.

Sudah semakin jelas, Pakatan Rakyat Selangor terutama sekali Faekah Husin yang sentiasa gatal mulut hendak membasuh orang, perlu membasuh punggung sendiri terlebih dahulu. Berbanding kerajaan terdahulu yang sentiasa menjadi umpat keji Pakatan Rakyat, khususnya Faekah Husin, ternyata, walau hanya memegang kekuasaan selama hampir empat tahun sahaja, sudah terlalu banyak penyelewengan dan skandal yang berlaku di Selangor!

Sumber: Sel13.com

Read more...

WAHAI RAKYAT SELANGOR! KALAU PAKATAN MASIH KERAJAAN DI SELANGOR MAKA KITA KENA CATU AIR LA JAWABNYA!

Wednesday, 6 June 2012

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu kenyataan media yang dibuat oleh Menteri Industri Asas Tani , Datuk Seri Noh Omar mengenai kesusutan rizab air terawat di negeri Selangor yang kini hanya tinggal 2.4% berbanding rizab yang sepatutnya iaitu 20% .

Kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Noh Omar ini mencerminkan tahap kritikal rizab simpanan air terawat di Selangor dan hal ini boleh dikaitkan dengan jangkaan yang dibuat oleh AWER (Association of Water and Energy Research Malaysia) melalui siaran media yang dikeluarkan pada 13 Januari 2012.

Siaran media AWER menjangkakan krisis air Selangor mungkin akan melanda sebelum tahun 2014. Dari kajian yang dibuat oleh AWER, pengeluaran air terawat dari tahun 2007 hingga 2010, menunjukkan peningkatan purata sebanyak 2.14% setahun.

Melalui siaran media pada 25 Mei 2009 , projek Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor dianggar bernilai RM 3.936 billion . 75% daripada jumlah itu dibiayai oleh JICA (Japan International Corporation Agency) dan selebihnya oleh kerajaan persekutuan.

Projek Penyaluran Air Mentah Pahang - Selangor ini dijangkakan mampu untuk menyalurkan 1,890 juta liter sehari. Air mentah ini akan disalur ke Loji Rawatan Air Langat 2 sebelum diagih untuk kegunaan domestik.

Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim masih menangguhkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 melalui peruntukan kuasa yang ada pada mereka. Tindakan kerajaan negeri ini dipercayai untuk memberi tekanan kepada kerajaan pusat supaya mempercepatkan proses penstrukturan semula air di Selangor.

Read more...

Sumber : House PK

Read more...

SETELAH AIR PERCUMA KINI KHALID BAGI DEMAM DENGGI PULAK SECARA PERCUMA KEPADA RAKYAT SELANGOR!

Wednesday, 23 May 2012

Selepas kejayaan Regimn Khalid dalam menjadikan Selangor negeri paling kaya dengan sampah sarap, kini Khalid sekali lagi tampil untuk menerima anugerah terkini.

Jika Kelantan mendapat "Anugerah Cemerlang" dalam rekod HIV dan AIDS, lain pula bagi Khalid di Selangor.

Selepas "Anugerah Cemerlang" dalam mensampah sarapkan Selangor, rekod cemerlang buat pertama kalinya di Selangor, kini Selangor mendapat satu lagi "Anugerah Cemerlang" melalui industri pembiakan nyamuk aedes.

Walaupun sebelum ini juga dalam satu lagi industri; iaitu Industri Persundalan, Khalid masih mendahului dengan pencapaian terbaik !

Rakyat Selangor perlu banyak bersabar dengan bau aroma dari timbunan sampah sarap hadiah dari Kerajaan Negeri kepada penduduk, kini rakyat Selangor juga perlu tabah dalam hadapi wabak denggi.

Pengurusan jadual kutipan sampah yang tidak sempurna antara faktor menyebabkan Selangor menjadi negeri penyumbang tertinggi dalam kes demam denggi.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sehingga Mei lalu sebanyak 9,500 kes dicatatkan dengan 20 kematian berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu sebanyak 7,850 dengan 12 kematian.

"Lima puluh peratus daripada kes demam denggi yang dilaporkan tahun ini ialah di Selangor dan salah satu faktornya kerana sampah tidak dikutip dalam masa yang ditetapkan atau dijadualkan.

"Kalau dikutip dalam tempoh dua atau tiga hari tidak mengapa tetapi jika sampah sarap dibiarkan seminggu, aedes akan membiak dengan cepat kerana sesudu air pun sudah cukup untuk menjadi tempat pembiakan aedes," katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival 'Sihat Cergas Ceria' di sini Sabtu.

Liow berkata adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memastikan jadual kutipan sampah yang berkala kerana PBT juga perlu memainkan peranan penting menjaga kebersihan persekitaran.

Apatah lagi memandangkan negeri itu mempunyai kawasan perumahan luas terutamanya di kawasan bandar dan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, katanya.

Sementara itu, Liow berkata kajian mengenai vaksin denggi sudah berada di peringkat akhir iaitu pada tahap ketiga dan dijangka boleh mula digunakan menjelang tahun 2014.

Dalam perkembangan lain beliau berkata Kementerian Kesihatan akan memperbanyakkan lagi kempen saringan kesihatan untuk mengalakkan serta meningkatkan kesedaran orang ramai bagi pencegahan awal penyakit tidak berjangkit (NCD).

Liow berkata hasil tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) tahun lepas kira-kira 1.4 juta rakyat dewasa tidak mengetahui mereka mempunyai tahap gula tinggi.

Sementara 3.5 juta lagi tidak tahu mereka mempunyai tekanan darah tinggi manakala 4.7 juta tidak mengetahui mereka mempunyai kolestrol tinggi.

NCD seperti obesiti, darah tinggi dan diabetes kini merupakan ancaman kesihatan baru di negara ini dengan jumlah pesakitnya meningkat setiap tahun. - BERNAMA

HOUSE PK: Tahniah le Khalid Gagap kerana berjaya menternak nyamuk Aedes dan bagi rakyat Selangor demam denggi free. kalau dulu air free, sekarang penyakit pun free. Benda kecik macam sampah pun kroang takleh handle apa cite ni beb?

Sumber : House PK

Read more...

VIDEO PALING PANAS! AL KISAH KEBENARAN TENTANG RUMAH URUT DI SELANGOR - MESTI TONTON

Thursday, 17 May 2012



Sumber : House PK

Read more...

CILI KASI TARUK! MARI LIHAT BAGAIMANA KERAJAAN SELANGOR MEROMPAK RAKYAT!

Friday, 11 May 2012


Sebelum ini pernah blog ini nyatakan bagaimana bantuan pilihanraya buat PKR akan terus datang daripada Negara Turki. Setakat ini, Dr Mansor Othman (DCM Penang) sedang dalam proses negosiasi, tentang bantuan apa yang perlu dan tidak – di samping memastikan kaedah bagaimana bantuan Turki dapat dibawa masuk ke Malaysia. Macam-macam kaedah sedang dikaji.

Dr Mansor diingatkan oleh Turki bahawa pemindahan wang ke dalam akaun PKR (atau mana-mana pemimpin) boleh menjadi masalah. Jika boleh, kali ini, ianya mesti dilakukan secara ‘manual’ dan tidak menarik minat mana-mana agensi keselamatan Malaysia. Mereka sedang dalam kajian akhir mengenai perkara ini.

Selain daripada bantuan Turki, PKR (di atas nasihat Penasihat Kewangan Negeri) juga tidak melupakan jalan lain dalam mencari sumber kewangan yang lebih banyak. Antara yang dikenalpasti untuk menjadi ‘golden geese’ kepada PKR adalan PKNS. Setakat ini, menurut sumber HQ, beberapa projek PKNS sudahpun menyalurkan sejumlah dana kepada tabung pilihanraya. Perjanjian pembangunan secara joint venture adalah jalan yang paling selamat. Antara projek yang dikatakan menjadi sangat penting kepada dana pilihanraya – sekaligus mempertahan Selangor adalah seperti berikut:-

1. Datum Jelatek (mixed development consisting of four residential towers and retail podium): RM900 juta
2. Sports City, Kelana Jaya (sports-themed mixed development): RM1.8b
3. PJ Sentral Garden City, Petaling Jaya (integrated urban regeneration project): RM2.6b. Khabarnya kebanyakan ‘kickback’ akan disalurkan kepada DAP.
4. PJ Elevated City (SoHo suites, retail space, al-fresco restaurants, hostels): RM3b
5. Aquavilla, Shah Alam (gated community): RM20juta
6. 90 degrees Residence 1, Selangor Science Park, Cyberjaya: RM118.16 juta
7. Aura, Setia Alam (gated community): RM58 juta
8. Menara Worldwide: RM350 juta

Pemain ekonomi yang sudah lama bekerjasama dengan PKNS semakin diketepi. Kebanyakan usahasama baru yang digubal dalam PKNS (semasa pemerintahan PKR) memerlukan ‘blessing’ Anwar/Azmin. Ini yang dikhabarkan. Tanpa ‘blessing’ atau restu kedua-dua strategis utama PKR ini, nothing will be done.

Soalan utama: apakah semua usahasama ini dilakukan secara tender terbuka? Atau ‘selected tender’? Ataupun, berdasarkan ‘quotation’ yang dihantar sesalinan kepada Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor?

Apakah ini yang dikatakan kepimpinan bersih dan integriti yang sering Anwar laungkan? Sejauh mana Anwar membezakan antara ‘sumbangan peribadi’ JV Partners PKNS dengan dana pilihanraya PKR?

DAP tidak ada banyak masalah dengan usahasama yang dilakukan. Taikun Cina masih diberikan peluang yang luas. Sementara JV Partner Melayu bergembira dengan projek bernilai RM58 juta dan RM118 juta; DAP lebih minat dengan projek ‘bilion’ ringgit. Menarik. Khabarnya, ramai juga Taikun Pulau Pinang yang sudah berkongsi peluang di Selangor. Atas nama ‘transparency’.


Patutlah Khalid Ibrahim beria mengucapkan terima kasih kepada rakyat Selangor.

Sementara rakyat dimomokkan dengan air percuma – mereka ‘makan besar’ dengan projek PKNS.

Sumber : Parpukari

Read more...

PENDEDAHAN PANAS! SIAPA INDIVIDU YANG BERBELANJA MEWAH DI SELANGOR?

Thursday, 29 March 2012


Dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor minggu lepas rakyat Selangor didedahkan oleh Datuk Dr Hassan Ali tentang seorang individu penting dalam pentadbiran negeri Selangor menjawat jawatan tertinggi di tiga buah syarikat di Selangor menerima elaun dan berbelanja mewah sehingga ratusan ribu ringgit.

Datuk Dr Hassan juga mendakwa individu itu pergi ke China, Thailand dan Australia membabitkan kos kira-kira RM130,000 pada tahun sama. Antara kegiatan utama individu tersebut keluar negara adalah untuk bermain golf.

Mungkin kerana sudah merasa panas dengan pendedahan Hassan Ali, dua hari selepas itu individu tersebut membekalkan maklumat secara terperinci kepada Azmin Ali yang mana maklumat itu digunakan oleh Azmin untuk membelasah Hassan dalam Dewan Undangan Negeri.

Inidividu yang dimaksudkan bukannya seorang ahli politik. Beliau adalah seorang penjawat awam yang dibayar gaji dari Putrajaya. Orang yang dimaksudkan adalah Pegawai Kewangan Negeri Selangor yang pernah bercita-cita untuk menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Dato'Mohd Arif Abdul Rahman.

Read more...

SAMPAHKU SAMPAHMU JUA! PESTA SAMPAH DI SELANGOR!

Wednesday, 21 March 2012



Exco PBT Selangor mengumumkan dengan bangganya Kerajaan Selangor akan membeli 50 Compactor ataupun Lori sampah untuk disewakan kepada kontraktor sampah dalam menyelesaikan isu sampah yang semakin kronik di Selangor waktu ini.




Mengikut kata Ronnie Liu DAP, kompaktor tersebut dibeli untuk memastikan urusan pengendalian sampah menjadi lebih efisyen. Pembelian dibuat memandangan beberapa kontraktor yang mendapat tander kutipan sampah tidak mempunyai kompaktor.

Malang sungguh nasib rakyat Selangor yang mendapat kerajaan yang bangang dan Exco yang pendek akal. Untuk pengetahuan, antara syarat penting yang perlu ada untuk setiap kontraktor sampah adalah mereka harus mempunyai keupayaan untuk membekal tenaga kerja, peralatan dan keperluan-keperluan lain untuk memunggah sampah. Itu adalah syarat wajib.

Kompaktor adalah kategori peralatan yang wajib disediakan oleh kontraktor untuk membolehkan mereka layak mendapat tender yang ditawarkan kerajaan negeri. Dibawah adalah bukti syarat-syarat tender yang ditawarkan oleh kerajaan Selangor yang jelas menyatakan syarat-syarat wajib untuk memasuki tender. Masalah sewa yang tinggi bukanlah tanggungjawap kerajaan negeri untuk menyelesaikannya tetapi itu adalah terkandung di dalam kos operasi yang ditanggung oleh pihak kontraktor dan disitulah harga tender tersebut ditentukan.



Baca Dalam Kotak Merah

APA KEJADAHNYA pula Wang rakyat Selangor dibazirkan untuk membeli 50 Lori Sampah buat kontraktor yang telah mendapat Tender kutipan sampah? Jika macam ni sesiapa sahaja yang bukan Kontraktor pun boleh mohon untuk buat kutipan sampah di Selangor kerana Lori akan disediakan Kerajaan Negeri.

Ini lah masaalahnya Kerajaan Pakatan PAS,DAP,PKR Selangor yang kerja mereka Mencuri dan Menyamun selagi mampu. Sudahlah tender sampah diberikan kepada Keroni keroni mereka sampaikan ada seorang Kontraktor meraih 3 tender bagi mengutip sampah. Ini kan pula dengan pembelian Lori sampah.

Bayangkan jelah satu lori sampah RM100 Ribu dan didarabkan dengan 50 unit. Berapa tu agaknya? Kominsyen? Bla bla semua lain lain tu? Fuh kalau begini lah Selangor ditadbir Pakatan PAS,DAP,PKR untuk penggal akan datang jawapnya habis lah lingkup negeri Selangor dan yang paling mendapat kesan adalah rakyat Selangor itu sendiri.

House PK: Ini aku petik dari blog Papa Gomo. Lagi sekali aku ingatkan kalau perkara kecil macam sampah pun mereka takleh handle, apalagi bangsat-bangsat ni nak handle negeri terkaya dalam Malaysia ni? Apa barang kerajaan beli lori sampah bagi sama kontraktor? SPRM kena siasat benda ni.



Read more...

BIAR BETUL! NAJIB CONFIDENT BN MAMPU RAMPAS NEGERI BAWAH PAKATAN PADA PRU 13?

Monday, 19 March 2012

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata beliau yakin dengan keupayaan Barisan Nasional (BN) untuk merampas negeri-negeri yang ketika ini dikuasai pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja lagi.

Perdana Menteri berkata ini berdasarkan kepada sokongan rakyat terhadap kerajaan yang semakin bertambah baik dan penerimaan dasar kerajaan ketika ini yang memberi tumpuan kepada usaha mentransformasikan negara.

Najib, yang juga Pengerusi UMNO Selangor, turut menyuarakan keyakinan bahawa negeri Selangor sendiri akan kembali ke pangkuan BN, selepas pembangkang gagal menunaikan banyak janji di negeri itu.

Katanya beliau bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN kerana menurutnya hanya kerajaan BN sahaja yang mampu membawa pembangunan dan pembaharuan berterusan mengikut kehendak dan aspirasi rakyat.

Read more...

CILI KASI TARUK! AKHBAR CINA BALUN KERAJAAN PAKATAN SELANGOR!

Friday, 16 March 2012

Perkara: janji tinggal janji-Pakatan Rakyat?
Ruangan: kedai kopi orang ramai m/s C13
Tarikh: 14 Mac 2012 (Rabu)
Tajuk:

Janji-janji Pakatan Rakyat negeri Selangor?
Penulis: Chew Lee Geok (terjemahan mandarin)

Pada PRU ke-12 pada 8 Mac 2008 kerajaan negeri Selangor telah bertukar tangan, dari tangan kerajaan BN bertukar ke tangan kerajaan Pakatan Rakyat. Negeri Selangor adalah negeri yang terkaya berbanding negeri-negeri lain di negara ini. Apabila ia bertukar tangan ramai terperanjat umpama jatuh kaca mata yang dipakai, kehilangan kuasa kerajaan BN di negeri Selangor, adalah saat paling kecewa bagi kerajaan BN.

Masa dengan cepat telah berlalu, kini sudah 4 tahun ia berlalu, adakah semua orang masih ingat lagi pada PRU Mac 2008, sebelum itu Pakatan Rakyat dengan nama asalnya "Alternative Front", di negeri Selangor mereka telah lakarkan 31 perkara dan agenda janji-janji mereka semasa PRU diadakan. Sebenarnya sehingga ke hari ini Pakatan Rakyat hanya kotakan sedikit janji-janjinya sahaja, salah satunya yang kita sering dengar ialah memberi subsidi kepada percuma penggunaan 20 meter padu air pertama, sebenarnya janji-janji itu tidak menjurus kepada mesra alam. Kebanyakan janji-janji yang dijanjikan tidak dapat dikotakan.

Janji-janji pada PRU Mac 2008 kerajaan Pakatan Rakyat itu tidak lagi termasuk janji-janji seperti berikut: (1). Turunkan kadar harga cukai pintu sebanyak 20 peratus, dan turunkan harga cukai lesen perniagaan sebanyak 10 perauts; (2). Orang-orang tua yang berusia 65 tahun keatas mendapat kebajikan rawatan secara percuma; (3). Mengeluarkan subsidi khas kepada suri rumah yang memilih menjaga anak-anak di rumah; (4). Membantu golongan muda mudi yang mahu mendirikan rumah tangga; (5). Membantu semua rakyat negeri Selangor mempunyai rumah sendiri dan sebagainya.

Di sini ada beberapa perkara berlaku, janji-janji itu memang mudah dibuat, jika mahu dikotakan agak payah dan susah, ini adalah masalah yang dihadapi oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor.

Di negeri Selangor cukai pintu tidak kelihatan turun, sebaliknya elaun ahli majlis naik 3 kali dalam masa 4 tahun, saya percaya ini telah memecah rekod dalam arena politik di negara kita.

Pakatan Rakyat Ada Double Standard

Pada zaman BN memerintah negeri Selangor, imbuhan dan elaun ahli majlis hanya sekadar 500 ringgit, elaun hadir mesyuarat hanya 50 ringgit setiap kali kehadiran. Selepas kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor pada tahun 2010 elaun ahli majlis dinaikan dengan kadar 750 ringgit, pada tahun 2011 dinaikan lagi dengan kadar 1,000 ringgit, pada tahun ini sekali lagi elaun ahli majlis dinaikan kepada 1,500 ringgit, dimana setiap kali kehadiran mesyuarat elaun dinaikan kepada kadar 150 ringgit. Ada sesetengah ahli majlis diberi elaun sebanyak 2,500 ringgit untuk melantik pembantu ataupun membuka pusat khidmat, saya percaya elaun ahli-ahli majlis di negeri Selangor antara yang paling tinggi di seluruh negara. Jika dibandingkan dengan zaman kerajaan BN, ia amat jauh berbeza seperti antara langit dan bumi.

Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor tidak kotakan janji-janji mereka tentang mahu turunkan kadar cukai pintu, sebaliknya naikan elaun ahli-ahli majlis mereka, baru-baru ini majlis perbandaran Kajang pun telah mengistiharkan majlis di bawah kelolaan mereka telah membuat penilaian semula, dengan 245 ribu unit nilai harta, dan dijangka akan naikan cukai pintu pada tahun 2013, rakyat negeri Selangor tidak dapat menikmati penurunan cukai pintu, sebaliknya hadapi masalah keajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor tidak kotakan janji-janji mereka, dan besar kemungkinan akan hadapi masalah kenaikan kadar cukai pintu.

Elaun tetap ahli parlimen dan ADUN di seluruh negara dengan kadar RM4112.79 ringgit, saya percaya ramai orang tidak tahu berapa banyakkah elaun yang di peroleh oleh ADUN Pakatan Rakyat yang memerintah negeri Selangor, pada tahun lepas kadar elaun dinaikkan kepada kadar RM6000.00 ringgit. Pemimpin Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim membantah parlimen kerana mahu naikan elaun ahli parlimen, dengan alasan jangan bebankan kewangan negara ini, sebaliknya semua orang sedia maklum bahawa ahli-ahli parlimen dari Pakatan Rakyat memang mahu elaun itu dinaikkan, hanya kerana pemimpin mereka melarangnya, mereka terpaksa berdiam diri dan terima sahaja. Saya ingin bertanya, kerajaan Pakatan Rakyat naikkan kadar elaun ADUN, ahli majlis daerah bukankah itu tidak membebankan kerajaan negeri dan kerajaan tempatan? Ini adalah peranan sebenar double standard Pakatan Rakyat.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP