Powered by Blogger.

Showing posts with label Malay Delima. Show all posts
Showing posts with label Malay Delima. Show all posts

Dr. Rani Osman Derhaka Pada Sultan Selangor...!!!

Sunday, 16 December 2012



Tindakan ahli-ahli politik pembangkang termasuk Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Rani Osman yang secara terang-terangan memanipulasi titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang disiarkan Mingguan Malaysia Ahad lalu bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, perbuatan itu jelas menunjukkan Pas cuba melepaskan diri selepas tersepit dengan pelbagai isu besar seperti pengguguran hukum hudud dan negara Islam dalam perjuangannya.

"Untuk menutup isu-isu ini, pemimpin Pas menunggu masa memanipulasi sebarang kenyataan yang dikeluarkan musuh-musuh politik mereka.

"Pesuruhjaya Pas Selangor telah mengambil tindakan lebih jauh daripada itu hingga sanggup memanipulasi kenyataan Sultan Selangor untuk tujuan meraih sokongan dan mendapat laba politik," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Rani memanipulasi titah Sultan Selangor kononnya baginda membenci UMNO dan begitu tidak selesa jika terdapat mana-mana pihak mengaitkan baginda dengan mana-mana parti politik termasuk UMNO.

Hasan berkata, kenyataan Rani itu tidak lebih daripada politik murahan yang cuba mewujudkan persepsi Sultan Selangor lebih condong kepada Pas.

"Sedangkan seperti yang diketahui umum, Sultan Selangor adalah antara sultan yang begitu teliti dalam mengeluarkan kenyataan mengenai isu agama, bangsa dan adat istiadat Melayu.

"Biasanya baginda akan mendapatkan pandangan pakar-pakar yang ahli dalam bidang-bidang tertentu untuk menambah pandangan dan pendapat selain daripada yang lazimnya diberikan penjawat awam," katanya.

Dalam masa sama, Hasan turut menasihatkan Rani memantau beberapa penulis blog yang menyebarkan fitnah dengan bahasa-bahasa yang keji dan lucah terhadap Sultan Selangor.

Katanya, sebahagian mereka dikatakan mewakili Pas dan pandangan serta pendapat mereka sehingga ini masih belum ditangani dengan sebaik-baiknya.

"Jika beliau dapat menangani masalah ini, tampuk pemerintahan Selangor akan lebih berperanan daripada merekayasa perkara-perkara yang boleh menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat dan mengeruhkan hubungan antara rakyat dan istana," katanya.

Hasan berkata, taktik yang cuba dibawa Pas yang menuduh segala-galanya berpunca daripada UMNO juga merupakan taktik politik murahan dan terdesak.

"Mungkin rakyat dapat membaca sebenarnya taktik sedemikian bukan lahir daripada Pas, tetapi jangkitan kuman daripada seorang manusia yang sanggup mengguna dan menggadaikan apa sahaja semata-mata mencapai matlamat menjadi Perdana Menteri.

"Apa-apa pun rakyat sudah dapat membaca lebih awal dan taktik sedemikian sudah tidak laku lagi," ujarnya. Utusan

Read more...

DAP AKUI PAKATAN RAKYAT SELANGOR GAGAL

Thursday, 13 December 2012



Ketika Pakatan Rakyat menang besar tanpa diduga di Selangor pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu menubuhkan kerajaan negeri buat pertama kalina sejak Merdeka, bermacam-macam janji manis dibuat kepada rakyat.

Pada peringkat awal, pembangkang mengatakan kerajaan negeri yang akan ditubuhkan akan berlandaskan kepada prinsip ketelusan, keadilan, kesamarataan serta menabur pelbagai lagi langkah-langkah drastik yang bakal merubah landskap politik di negeri itu.

Kononnya pentadbiran di bawah Barisan Nasional dahulunya korup, menyalahguna kuasa dan tidak memperdulikan nasib dan kebajikan rakyat, antara alasan yang diberi.

Maka Pakatan Rakyat Selangor mengambil beberapa langkah untuk menyakinkan rakyat bahawa pentadbiran mereka jauh lebih baik daripada BN.

Semasa kempen PRU ke-12 bermacam-macam gula politik di hidang kepada rakyat untuk menarik sokongan di peti undi.

Rakyat terpengaruh, BN tumbang dan Pakatan Rakyat muncul sebagai pentadbir kerajaan yang baru di Selangor.

Setelah hampir lima tahun masa berlalu, impian untuk hidup lebih selesa di bawah 'harapan baru' yang ingin di bawa oleh pembangkang kini menjadi mimpi ngeri dan igauan yang sukar di lupakan.

Daripada berpuluh-puluh janji dalam manifesto 2008, Pakatan Rakyat Selangor hanya mampu menunaikan sekitar lima peratus sahaja dan di dalam lima peratus itu yang telah dilaksanakan hanya 5 hingga 10 peratus sahaja yang sempurna.

Contohnya skim air percuma sebanyak 20 meter padu atau subsidi RM11.40 hanya dinikmati oleh kediaman yang bermeter individu manakala lebih 300,000 kediaman pangsapuri sehingga kini hanya mampu mengigit jari kempunan.

Begitu juga dengan janji perumahan rakyat tidak ditunaikan setelah lima tahun memerintah.

Malah apa ang berlaku ialah penjualan secara besar-besaran aset milik kerajaan negeri yang hakikatnya adalah amanah yang dipegenag bagi pihak rakyat.

Bangunan-bangunan milik PKNS mahu dijual, juga termasuk beberapa hartanah kepunyaan Yayasan Selangor ang sudah berpindah milik.

Syarikat milik penuh kerajaan negeri juga akan dipindah milik kepada kroni pemimpin Pakatan Rakyat.

Malah lebih menyedihkan Universiti Selangor juga tidak terlepas daripada kerakusan dan ketamakan pemimpin Pakatan Rakyat yang telah mengosongkan universiti itu daripada memiliki sebarang aset yang telah dibina di bawah pentadbiran BN sebelum ini.

Mungkin setelah melihat kepincangan dahsyat yang berlaku, ADUN DAP dari Sungai Pinang yang juga merupakan Speaker Dewan Undangan Selangor telah mula mempertikaikan sejauh mana keikhlasan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PKR untuk membawa perubahan kepada pentadbiran negeri.

Sehingga kini kata Teng, Pakatan Rakyat telah gagal mereformasi institusi Dewan Negeri sebagaimana yanbg dahulunya dijanjikan.

Memang awalnya gendang dipalu dengan hebatnya apabila Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan Selangor (Selcat) ditubuhkan kononnya inilah permulaan era baru baru di bawah Pakatan Rakyat.

Sasaran pertama Selcat ialah membawa Badan Amal Kebajikan Isteri Selangor atau Balkis untuk disoalsiasat atas dakwaan penyelewengan dana.

Tindakan itu lebih bersifat politik untuk mencari kesalahan BN daripada mencari kebenaran, namun setelah beberapa kali Selcat bersidang, kini jawatankuasa tersebut telah menjadi gajah putih tanpa sebarang fungsi yang berkesan.

Segala penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin PKR, Pas dan Dap hanya disoalsiasat sekadar melepaskan batuk di tangga seperti kes aktiviti perlombongan pasir haram membabitkan Ketua Penerangan PKR Selangor, Mat Shuhaimi Shafiei yang sehingga kini didiamkan.

Teng juga mengatakan jika wujud indeks untuk menyelia keberkesanan pelaksanaan perubahan yang dicadangkan kepada DNS, sudah tentu Pakatan Rakyat akan mendapat markah yang corot dan gagal.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin kanan Dap Selangor tidak boleh dipandang ringan kerana ia menggambarkan keadaan sebenar apa yang telah dan sedang berlaku di negeri itu.

Realitinya pembangkang hanya berminat untuk berbuat apa sahaja janji yang sedap didengar asalkan mereka boleh mempengaruhi rakyat untuk menyokong mereka.

Setelah mendapat mandat rakyat selepas berjaya menjual air liur politik mereka, pembangkang hanya memberi tumpuan untuk mengukuhkan kedudukan selain mula membina empayar bisnes keluarga dan kroni masing-masing.

Kakitangan anak syarikat kerajaan negeri Selangor bertanya ke mana perginya janji untuk melaksanakan skim gaji minima RM1,500 sebulan.

Pakatan Rakyat juga menjanjikan setiap rakyat Selangor akan menikmati gaji minima RM500 tetapi apa yang telah dilakukan untuk menunaikan janji tersebut?

Begitu juga dengan ibu mengandung, adakah mereka mampu menikmati tempoh cuti bersalin 90 hari seperti ang dijanjikan?

Sekiranya mampu bercakap, bay-bayi yang dilahirkan akan bertanya mengapa setakat 16 April 2010 hanya 300 daripada mereka sahaja yang mendapat kemudahan RM100 seorang dari Tabung Wawasan Anak Selangor (Tawas)?

Di mana janji bantuan elaun RM75 sebulan bagi setiap kanak-kanak yang dihantar ke pusat penjagaan kanak-kanak?

Di mana janji bantuan RM50 seorang kanak-kanak bagi pendidikan pra sekolah di Selangor?

Apakah untung nasib golongan emas dan ibu janji yang sehingga kini masih menagih janji bantuan kerajaan negeri Pakatan Rakyat?

Rakyat dijanjikan penurunan cukai pintu antara 20 hingga 25 peratus tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya di mana cukai pintu telah dinaikkan.

Rakyat Selangor mempunyai seribu satu persoalan mengapa pembangkang yang dipilih pada 2008 untuk menggantikan BN bukanlah sehebat mana yang dicanang di corong-corong suara semasa kempen dahulu.

PRU 13 kini menjelang tiba dan masih belum terlambat untuk membuat keputusan yang tepat pada kali ini.

Sumber

Read more...

Isu Selangor - Rakyat Selangor Masih Di Sampahkan Oleh Kerajaan Negeri...!!!!

Friday, 2 November 2012




Setahun lalu bahu jalan di simpang Jalan Kampung Tengah, Kanchong Bengkok di sini yang dipenuhi sampah telah dibersihkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Namun tabiat dan amalan membuang sampah secara 'pandu lalu' di kawasan berkenaan berulang lagi. Papan tanda amaran dilarang membuang sampah yang dipasang di kawasan berhampiran pula dianggap tidak lebih sekadar perhiasan.

Tinjauan wartawan orang ramai yang melalui kawasan tersebut terpaksa menghidu bau busuk yang datang dari timbunan sampah berkenaan selain pemandangan menyakitkan mata dapat disaksikan apabila pelbagai bahan buangan seperti sisa makanan, perabot lama dan bahan sisa pembinaan bertaburan di sepanjang 100 meter jalan tersebut.

Seorang pengguna laluan tersebut Hanif Mahfuz, 24, berkata, dia hairan mengapa kawasan yang dilalui oleh orang ramai boleh dibiarkan menjadi kawasan membuang sampah pandu lalu sedangkan lokasi itu begitu hampir dengan kawasan perumahan.

Menurutnya, kawasan itu menjadi tempat pembuangan sampah disebabkan keadaannya agak sunyi selain jarang dilalui orang pada waktu tertentu terutama pada waktu malam.

''Sampah yang bertaburan semakin menjadi-jadi hingga menyebabkan udara di sini berbau busuk selain menjadi tempat pembiakan lalat," katanya. ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Dia berharap agar orang ramai menghentikan tabiat membuang sampah secara pandu lalu di kawasan itu kerana perbuatan buruk itu bukan sahaja menyebabkan pencemaran alam sekitar malah mengundangkan penyebaran penyakit berjangkit.

Seorang pekerja swasta, Ryzaki Sidek ,39, berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu bertindak terhadap tindakan tidak bertanggungjawab yang mungkin dilakukan oleh orang luar.

Dia yang sering menggunakan laluan itu ke pekan Banting memberitahu, kejadian itu sudah berlarutan selama beberapa bulan setelah kawasan itu dibersihkan setahun yang lalu.

''Saya pun tidak faham mengapa ada orang yang sanggup membuang sampah dengan begitu mudah seolah-olah melepaskan tengkuk sendiri semata-mata.

''Sepatutnya orang yang membuang sampah berfikir dahulu sebelum membuang sampah merata-rata kerana perbuatan itu jelas memaparkan sikap mementingkan diri dan kebersihan rumah sendiri semata-mata," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pekerja swasta, Azimah Aripin berkata, perbuatan pihak tertentu membuang sampah seperti perabot dan kaca yang sudah pasti mengundang musibah sekiranya objek itu bertaburan di atas di jalan raya.

Katanya, PBT seharusnya membuat pemantauan dan membersihkan kawasan tersebut dengan segera kerana lokasi itu tidak jauh dari pekan Banting dan laluan alternatif ke kawasan peranginan Morib.

Sumber Malay Delima

Read more...

Isu Selangor - Khakid Ibrahim Membisu Laporan Audit Negara...!!!

Tuesday, 30 October 2012


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dicabar untuk menjawab segera kelemahan kerajaan negeri yang terkandung dalam Loporan Ketua Audit Negara.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamad berkata, pendedahan itu berkaitan skim Tawas, tukar syarat tanah, penyelenggaraan jalan dan penyata tunai.

Katanya, tindakan Khalid berdiam diri jelas sekali menunjukkan sikap kerajaan negeri yang angkuh, ego dan cuba menutup kelemahan.

"Saya telah membangkitkan empat isu itu baru-baru ini tetapi kerajaan negeri masih cuba berdolak-dalik. Ini bukannya isu yang direka oleh BN dan kami mahukan penjelasan," katanya seperti dilaporkan portal The Malaysian Times (TMT) hari ini.

Katanya, Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini memperlihatkan banyak kelemahan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Khalid.

Read more...

RM20 Juta Baki Wang KUIS Lesap?

Friday, 14 September 2012


Sebelum ini khalayak umum dikejutkan dengan pendedahan laporan audit tanggungan hutang RM54.86 juta yang sedang membebani Universiti Selangor (UNISEL) serta kegagalannya menyelesaikan tunggakan pembayaran berjumlah RM15 juta kepada kontraktor yang menguruskan penyelenggaraan dan operasi asrama pelajar.

Kini, satu lagi IPT milik kerajaan negeri Selangor iaitu Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) turut sedang menghadapi masalah yang hampir serupa, juga membabitkan isu kewangan.

Baki wang tunai RM20 juta dilaporkan sudah kering hingga menimbulkan keraguan dikalangan ramai kakitangannya terhadap kemampuan urus tadbir kerajaan PKR Selangor.

Mengikut beberapa sumber, sejak negeri itu diambil alih oleh gabungan pakatan pembangkang yang terdiri dari PKR, DAP dan PAS, KUIS terpaksa bergelut dengan cabaran untuk meneruskan operasinya berikutan keadaan kewangan yang semakin tenat.

Antara puncanya termasuklah peningkatan perbelanjaan dan kenaikan kos pengurusan disebabkan kemasukan ramai kakitangan baru yang mempunyai kaitan dengan parti politik, satu senario yang menyerupai dengan UNISEL.

Selain itu, jumlah pengambilan pelajar baru ke KUIS juga jatuh mendadak sekaligus menjejaskan aliran kewangan kolej itu. Lebih perit lagi, ramai pensyarahnya yang berpengalaman telah meletakkan jawatan dan impaknya memberi kesan langsung terhadap mutu pendidikan.

Berikutan itu, kita menuntut penjelasan kukuh dari pihak pengurusan KUIS serta Menteri Besar, Khalid Ibrahim supaya tidak berlaku keributan berterusan dikalangan kakitangan dan pelajar di kolej itu.

Jangan nanti bila masalah sebegini semakin membarah seperti UNISEL tiba-tiba timbul pula cadangan pendek akal dari Menteri Besarnya untuk menggadaikan aset milik KUIS konon atas alasan untuk realisasikan pendidikan percuma.

Sumber - Malay Delima

Read more...

Khalid Ibrahim Dicabar Letak Jawatan Sebagai MB Selangor..!!!

Friday, 17 August 2012


PUTRAJAYA: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dicabar meletak jawatan sekiranya tidak berjaya mengambilalih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menjelang September nanti, sepertimana yang beliau janjikan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata sebagai seorang tokoh korporat, Abdul Khalid seharusnya lebih tahu tentang proses pengambilalihan syarikat.

"Kita tunggu dan kita takkan kacau, kita biar dia uruskan. Tapi kalau tak boleh ambil alih juga beliau harus letak jawatan," katanya selepas melancarkan papan seranta awam atas talian kedua Draf Rang Undang-Undang Kebajikan Haiwan, di pejabatnya di sini.

Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata, pada masa yang sama Abdul Khalid juga tidak boleh menghalang projek Loji Rawatan Air Langat 2 daripada diteruskan, kerana sama ada pengambilalihan itu Berjaya atau tidak, rakyat Selangor tetap memerlukan bekalan air bersih.

Beliau berkata kerajaan pusat bertolak ansur sebelum ini dengan membelanjakan sejumlah RM600 juta untuk projek-projek mitigasi air di Selangor bagi mengelakkan krisis air, termasuk membina loji Sungai Labu dengan kos RM298 juta untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan air di sekitar Sepang.

"Kerajaan negeri masih berfikiran seperti pembangkang dan ini akan merugikan negeri itu sendiri. Mereka sepatutnya berfikir seperti kerajaan yang sentiasa mencari jalan untuk membela nasib rakyat," katanya.

Mengenai Loji Rawatan Air Langat 2, Noh berkata kerajaan masih akan memohon kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk pembinaan tersebut memandangkan ia terletak di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan itu.

Beliau berkata permohonan sebelum ini bukannya ditolak MPKj, tetapi ditangguhkan namun tidak diketahui tempoh masanya.

"Pada masa yang sama tender untuk pembinaannya akan dikeluarkan," katanya.

Mengenai penyaluran air dari Pahang, Noh berkata kerajaan pusat melantik konsultan yang mengambil masa tujuh tahun untuk membuat kajian dan perancangan mengenai cara terbaik untuk mengatasi krisis air di Selangor termasuk dengan cara tersebut.

Sumber : Malay Delima

Read more...

HOT BEB..!!! Ronnie Liu Menipu Rakyat Selangor Lagi...!!!!

Monday, 6 August 2012


Berdasarkan statistik di atas yang disiarkan oleh akhbar Suara Keadilan, exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu, dengan megahnya mengumumkan bahawa TIADA lesen rumah urut yang dikeluarkan kerajaan PKR dan semua rumah urut yang ada telah mendapat lesen dari kerajaan BN. Jumlah lesen yang dikeluarkan BN adalah 571.

Namun, Ronnie gagal menjawab kenapa isu rumah urut tidak timbul pada ketika pemerintahan BN. Kenapa rakyat tidak merasa begitu terganggu dengan 571 pusat urut yang ada? Tetapi rakyat hanya merasa rimas, resah dan marah sejak PKR mengambil-alih pemerintahan?

Bukan sahaja di kalangan umat Islam yang begitu sensitif dengan perkara ini yang merasa terganggu, tetapi juga kaum Cina dan India yang lebih terbuka dengan ‘hiburan’ juga merasa tidak senang. Contohnya, apabila NGO yang diwakili kaum Cina juga mula bersuara mengenai hal ini sejak 2010 lagi. Dan pada 2011, mereka telah membuat aduan rasmi mengenainya namun tidak diendahkan oleh kerajaan negeri.

Pada tahun 2009 juga, muncul satu blog yang menawarkan urutan ‘gay’ di sekitar sheramas, ampang jaya, damansara dan seluruh Selangor secara ‘on-call’. Begitu hebat sekali industri mengurut di Selangor yang bukan sahaja berkembang biak tetapi mengalami evolusi yang hebat sekali.

Tentu sekali tidak semua rakyat Selangor boleh menerima perkara ini sebagai satu lagi ‘hak asasi’ yang diperjuangkan PR. Lalu keresahan di kalangan rakyat pun meningkat.

Sekali lagi ditekankan, iaitu sebelum 2008, tiada rungutan dari rakyat atau mana-mana NGO mengenai ‘percambahan’ rumah urut di sekitar negeri ini.

Dalam senarai yellowpages, terdapat hampir 400 rumah urut yang berdaftar dan bolehlah dianggap yang semuanya wujud sejak zaman BN. Ini bermakna yang lebih kurang 100 lebih lagi tidak berdaftar dengan yellowpages. Tidak salah juga untuk kita menganggap yang semua yang berlesen dan berdaftar benar-benar menawarkan khidmat urutan secara jujur.

Mengikut aduan yang dibuat oleh Wakil NGO yang juga merangkap Presiden Persatuan Terapi Kecantikan Malaysia, Profesor Dr. Clara Chee pada 1 Julai 2011, di Pandan Indah sahaja terdapat lebih 80 pusat urut, 200 di Klang dan berpuluh lagi di Kuchai Lama, Damansara dan Ampang Jaya. Ini sahaja sudah menghampiri jumlah 400 buah pusat urut.

Baiklah, Ronnie boleh menuduh semuanya wujud sejak zaman BN dan termasuk dalam senarai yang 571 yang berlesen.

Tetapi bagaimana Ronnie boleh menjelaskan pusat-pusat urut di bangunan-bangunan yang baru ‘tumbuh’ selepas tahun 2008 seperti di Puchong, USJ, Seri Kembangan, Ara Damansara, Tropicana, Sunway Damansara, Bangi, Kajang dan beberapa tempat lain di Selangor? Jika satu-satu kawasan ini terdapat 30 – 50 rumah urut mengikut kiraan rambang sekali pandang, maka senang-senang kita boleh mendapati lebih 500 jumlah keseluruhannya.

Dan semua rumah urut di bangunan-bangunan baru ini tidak mungkin termasuk dalam 571 rumah urut yang mendapat lesen dari kerajaan BN, iaitu sebelum 2008.

Justeru, dengan menafikan yang kerajaan Selangor ada mengeluarkan lesen kepada mereka, apakah Ronnie secara langsung mengesahkan bahawa mereka semuanya beroperasi tanpa lesen?
Atau dalam ertikata lain apakah Ronnie ingin mengesahkan bahawa ‘ada sesuatu yang tidak kena’ dengan exconya atau kerajaan Selangor sendiri dalam isu rumah urut ini?

Hakikatnya, rakyat bukan bodoh dan bukannya buta. Jika kita berjalan di waktu malam, kita akan dapat melihat dengan lebih jelas apa yang sedia jelas iaitu deretan rumah urut di hampir semua bangunan-bangunan komersial di Selangor.

Jika hanya 571 rumah urut yang bertebaran di sekitar Selangor sepertimana yang wujud ketika pemerintahan BN, tentunya kewujudannya tidak sebegitu ketara dan rakyat juga tidak mungkin akan menjadikannya isu besar.

Jelas, rumah urut di sekitar Selangor adalah jauh berlipat ganda sejak PR mengambil-alih berbanding dengan jumlah lesen yang dikeluarkan BN iaitu 571. Dan majoritinya pula bukannya jujur menawarkan urutan kesihatan.

Ronnie Liu pastinya buta jika tidak dapat melihatnya, dan pastinya bodoh jika menganggap yang rakyat boleh diperbodohkan. Dan apa yang pasti, Ronnie Liu pastinya bukan seorang pemimpin yang baik jika benar beliau mempunyai ‘perjanjian tertentu’ dengan tauke-tauke rumah urut sehingga membolehkan mereka beroperasi tanpa perlu mendapatkan lesen.

Ronnie tidak boleh lari dari memperjelaskan perkara ini, jika tidak, kerajaan PKR Selangor akan kekal dipandang sebagai tidak lebih dari hanya boneka kepada kumpulan-kumpulan kongsi gelap di Selangor.

Sumber : Malay Delima

Read more...

Azmin Ali Terima Rayuan Wan Azizah Bertanding Di Selangor?

Wednesday, 25 July 2012


Baru-baru ini, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengesahkan akan bertanding kerusi DUN dalam PRU-13. Katanya lagi, beliau hanya layak bertanding di kerusi DUN di mana beliau bakal mengundi.

Ini bermakna yang Wan Azizah akan bertanding di Selangor, memandangkan kawasan mengundi beliau adalah di negeri ini. Namun, kawasan mana yang akan ditandinginya masih lagi menjadi tandatanya.

Beliau juga membayangkan kemungkinan terbabit dalam pentadbiran negeri jika menang nanti.

Nampaknya, Wan Azizah kini bukan lagi Wan Azizah yang dahulu. Beliau bukan lagi wanita atau isteri yang hanya mengikut telunjuk suami di mana jika disuruh menipu, menipu, disuruh menangis, menangis, disuruh bertanding, beliau bertanding dan jika disuruh melepaskan kerusi, maka beliau pun melakukannya.

Kali ini Wan Azizah membuat keputusan sendiri dan beliau nampaknya yakin dengan kesetiaan serta kebolehan ‘orang-orangnya’. Tindakan Wan Azizah ini dilihat bertitik-tolak dari permusuhannya dengan Azmin Ali yang tidak lagi dapat dibendung. KLIK DI SINI

Difahamkan, Wan Azizah berjaya mempengaruhi Anwar untuk menyenaraikan orang-orang dari kemnya sebagai calon sekali gus menolak orang-orang dari kem Azmin.

Azmin sudah keterlaluan atau melampau, kata sesetengah pihak dalam PKR. Azmin tidak tahu menghormati sesiapa sama ada Menteri Besar, Presiden parti malah ibunya sendiri. Demi mengekang penguasaan Azmin, Wan Azizah perlu bertindak.

Azmin adalah produk Anwar seratus-peratus. Beliau merupakan anak didik, kekasih, pembantu dan segala-galanya bagi Anwar selama ini. Di satu tahap, Azmin sudah menjadi Anwar seratus peratus juga iaitu gila kuasa, rakus dan degil dan Anwar menyedarinya. Azmin adalah ‘raksaksa’ ciptaan Anwar. Setelah mengesan bahaya Azmin, Anwar pun mula belajar memberi perhatian kepada pendapat isterinya, Wan Azizah.

Dengan perkembangan ini Wan Azizah mendapat keyakinan baru sehingga akhirnya berjaya menimbulkan keraguan terhadap Azmin di mata Anwar. Nampaknya, kesetiaan Wan Azizah kepada suami peliwat dan penzinanya berbaloi juga.

Wan Azizah mendapat sokongan padu dari Khalid Ibrahim, justeru, beliau mempunyai kelebihan kerana mendapat akses kepada maklumat dan bantuan kerajaan negeri secara langsung. Jika Wan Azizah menang, beliau pastinya akan dapat mempengaruhi kerajaan negeri dan memastikan kem Azmin dihapuskan terus.

Dengan begitu ramai di dalam PKR yang semakin ‘cuak’ dengan Azmin kerana dilihat sebagai sudah hilang kawalan, Wan Azizah percaya yang beliau berada dalam keadaan selesa dan bersedia untuk ‘mencabar’ Azmin secara halus.

Sememangnya, parti PKR tidak pernah lekang dari konflik dalaman sejak mula ditubuhkan sehingga memaksa begitu ramai pemimpin dan ahli meninggalkan parti itu saban hari. Konflik dalaman PKR adalah serius dan ‘pelik’ kerana ia bukan sekadar konflik perebutan kerusi politik, tetapi membabitkan skandal seks, masalah keluarga, manipulasi undi dalam pemilihan dan berbagai-bagai lagi.

Namun, kita tidak pasti sejauh mana konflik dalaman PKR ini dapat mempengaruhi penyokong-penyokong mereka.

Bayangkan, bagaimana parti sebegini dapat memerintah negara dengan baik? Bagaimana kita boleh mengharapkan puak-puak yang asyik bergaduh dan saling bersyak-wasangka sesama sendiri untuk menerajui negara mahupun negeri atau kawasan?

Yang pastinya, sama ada Wan Azizah menang atau tidak di kerusi yang ditandinginya ia tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat di kawasan tersebut dan keseluruhannya. Percayalah, pemimpin PKR bertanding bukan kerana ingin berkhidmat kepada rakyat tetapi hanya sekadar ingin bertanding dan memakai gelaran ‘pemimpin’. PKR adalah parti yang ditubuhkan kerana Anwar dan untuk Anwar serta keluarganya. Inilah yang rakyat perlu terima jika ingin memangkah mereka dalam pilihanraya.

Read more...

Rafizi Gila Mahu Projek LRT Laluan Ampang...!!!

Friday, 20 July 2012


SEBETULNYA semua isu berkaitan dengan kontrak pembinaan projek LRT laluan Ampang yang dimulakan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli sudah terjawab dengan sendirinya bila Prasarana Berhad mengesahkan bahawa tidak ada sebarang kontrak pembinaan telah dianugerahkan kepada mana-mana syarikat termasuk syarikat George Kent dari UK seperti didakwa Rafizi.

Laporan polis yang dibuat Rafizi juga lebih kepada mahu polis menyiasat SAMA ADA wujud penyelewengan dalam soal penganugerahan kontrak tersebut, bukan Rafizi menyerahkan apa-apa bukti yang menunjukkan berlakunya penyelewengan. Perkataan SAMA ADA itu dibesarkan bagi menunjukkan yang Rafizi pun tidak pasti.

Maklumlah, kontrak tak award pun lagi, nak seleweng macam mana?

Hakikat ini ramai orang tak tahu sebenarnya. Sebetulnya, Rafizi cakap depan polis (semasa buat laporan) lain – minta disiasat, keluar jumpa penyokong cakap lain – bukti dah diserah kepada polis. Bijak Rafizi ni bukan dari segi fakta tapi dari segi menyelewengkan persepsi. Rafizi pun tau apa hukumannya buat laporan polis palsu.

Jadi tidak hairan kenapa isu itu tidak mendapat sambutan rakyat seperti mana dalam soal NFC dimana Rafizi terlibat sebelum ini. Menyedari hal itu, Rafizi cuba cipta pembohongan terbaru, kononnya projek LRT laluan Ampang itu tidak selamat dan boleh mendatangkan bahaya kepada rakyat.

Isu keselamatan ini telah dibangkitkan sebelum ini dalam tuduhan pertama, kononnya kerana Perdana Menteri campur tangan dalam soal penganugerahan projek ini, ia tidak selamat kerana syarikat George Kent itu tidak mempunyai pengalaman membina projek LRT atau yang seumpama dengannya sebelum ini. Tapi ia tidak begitu dibesar-besarkan sangat kerana sasaran sebenarnya ialah PM kerana kononnya campur tangan dalam soal penganugerahan kontrak.

Bila isu PM campur tangan terbukti tidak benar, dengan itu tidak dapat sambutan rakyat, Rafizi main isu keselamatan pulak, kononnya projek tidak selamat kerana hampir dengan kolam air, bekas kuari dan sebagainya. Semua soal ini tidak muncul pun sebelum ini, hanya dibangkitkan setelah tuduhan tentang wujudnya campur tangan PM tidak mendapat sambutan.

Tidak cukup dengan itu Rafizi minta Kerajaan Selangor halang pembinaan landasan LRT Putra Height dan Taman Subang Alam yang berada dalam negeri Selangor. Kalau benar projek itu tidak selamat, kemukakan fakta di Mahkamah supaya keseluruhan projek dibatalkan atau ditangguhkan, apa ambil kawasan yang dalam negeri Selangor sahaja? Sebab disitu Pakatan Rakyat berkuasa?

Nampak sangat isu ini isu politik. Dengan tidak ada siasatan dan pengesahan oleh pakar bertauliah, Rafizi sendiri pun tidak ada latarbelakang pembinaan, dah pandai-pandai nak buat kesimpulan sendiri projek tersebut tidak selamat. Nama Prof Madya Dr Tajul Jamaluddin yang disebut Rafizi itu pun belum dipastikan kepakarannya dalam bidang berkaitan. Memang pangkal depan namanya Prof Madya, tapi adakah dia layak bercakap tentang soal struktur dan pembinaan serta alam sekitar?

Jika pun dia layak, bagaimana pula dengan pakar-pakar yang lebih berkelayakan sedang berkhidmat dalam Prasarana dan kerajaan sendiri? Sudahkah Rafizi mengambil kira pendapat mereka ini semua?

Jelasnya, semua ini menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat hanya berminat untuk mensabotaj projek kerajaan BN yang mampu memberi manfaat kepada rakyat dengan mempolitikkan isu tersebut. Samalah halnya dengan penangguhan projek Loji Langat 2 yang menjadi penyebab kepada krisis air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sekarang, semuanya sebab projek berkepentingan rakyat yang dipolitikkan puak-puak ini.

Pakatan Rakyat tidak mahu kerajaan BN kedepan dalam soal memberi khidmat terbaik kepada rakyat. Mereka gagal melakukannya di Selangor, air dan pengurusan sampah adalah beberapa dari banyak kepincangan yang berlaku di sebabkan oleh kegagalan Pakatan Rakyat memimpin. Itu baru bercakap di Selangor, belum di 2 negeri yang lain (Kedah dan Pulau Pinang).

Kelantan? Itu tak payah sebut, memang gagal sokmo!!

Sumber : Malay Delima

Read more...

Pertelingkahan Berpanjangan Di antara Puak Azmin Ali Dan Menteri Besar, Khalid Ibrahim...!!!

Friday, 29 June 2012


Anwar beranggapan isu Scorpene yang dibangkitkan adalah senjata politiknya yang ampuh untuk mencabar kepimpinan Perdana Menteri, tetapi sayang sekali senjata yang diharapkan memakan diri sendiri.

Sebagai Perdana Menteri yang bertanggungjawab dan menjaga amanah rakyat, Datuk Seri Najib tetap meneruskan tugas yang digalasnya untuk menjaga kebajikan rakyat dan membangunkan negara dengan penuh kesedaran dan keinsafan.

Hasilnya, semakin hari rakyat semakin menyokong kepimpinan beliau kerana melalui pelbagai program dan dasar yang dilaksanakan kerajaan rakyat semua lapisan mendapat manfaat dan untung.

Pembangkang pula sudah tidak ada lagi modal politik yang hendak di canainya lagi kecuali meroyan siang dan malam seperti orang hilang akal.

Pembangkang terpaksa bergantung kepada isu Scorpene kerana mahu menutup kepincangan parah yang berlaku di dalam kubu kuat PKR di Selangor.

PKR Selangor semakin goyah dan rapuh disebabkan pertelingkahan berpanjangang di antara puak Azmin Ali dan Menteri Besar, Khalid Ibrahim.

Malah suara sumbang mendesak Khalid meletak jawatan semakin lantang kedengaran dari kalangan pimpinan PKR negeri.

Pergolakan yang berlaku hanya mengesahkan bahawa pembangkang - PKR, PAS dan DAP - hanya gilakan kuasa dan apabila berkuasa mereka bergaduh sesama sendiri untuk merebut jawatan untuk kepentingan sendiri.

Pergolakan politik yang berlaku di Selangor dan pembohongan besar pembangkang dalam isu Scorpene adalah resipi terbaik yang akan memastikan mereka berkubur pada pilihan raya umum akan datang.

Sumber : Malay Delima

Read more...

Forum Air - Khalid Gagap Takut jemput BN

Wednesday, 13 June 2012


Barisan Nasional (BN) tetap akan menghantar wakil ke Forum Air Selangor, hari ini walaupun tidak menerima jemputan rasmi oleh Kerajaan Negeri.

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, walaupun pihaknya sering mengutarakan isu berkaitan krisis air di negeri ini, beliau pelik tidak dijemput ke forum berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) itu.

Menurutnya, jika Kerajaan Negeri menjemput BN Selangor sebagai salah seorang panel, beliau sendiri akan memberi kerjasama untuk hadir dalam program berkenaan.

“Walaupun mereka tidak hantar jemputan kepada kita, namun BN Selangor akan hantar wakil untuk bertanyakan soalan dalam Forum Air itu nanti.

“Kita akan memberi hujah-hujah bernas termasuk senario sebenar krisis air di negeri ini,” katanya dalam sidang media, di bangunan Umno Selangor, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sama ada pihaknya menerima jemputan menghadiri Forum Air Negeri Selangor yang dianjurkan Kerajaan Negeri. KLIK DI Ocean's 13

Malay Delima

Read more...

KERANA SAYANG, KHALID IBRAHIM SANGGUP RAMPAS TANAH ORANG MELAYU UNTUK DIBERIKAN KEPADA ELIZABETH WONG..!!!!

Tuesday, 29 May 2012


Laman Malaysia Today yang mirik sering mengkritik kerajaan telah membuat pendedahan terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Exco Kerajaan Negeri, Elizabeth Wong dan tanah Yayasan Selangor.


Pada Mac 21hb, 2011, Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Eli Wong telah memohon tanah kepunyaan Yayasan Selangor untuk dijadikan projek pelancongan Pusat kebuadayaan Cina di Klang.

Permohonan tanah itu kepada Menteri Besar agak anih kerana yang dipohon bukan tanah kerajaan tetapi tanah kepunyaan Yayasan Selangor dibwah tanggungjawab Khalid sebagai Pengerusi Pemegang Amanah Yayasan.

Tanah itu tidak pula ditawarkan untuk beli atau dimajukan bersama tetapi diminta diserahkan saja dengan percuma tanpa apa-apa tawaran kepada Yayasan.

Bagaikan lelaki yang sudah termakan nasi kangkang, Khalid hanya menurut permintaan Eli Wong.

Sebaik menerima surat itu keesokan hari pada Mac 22hb 2011, Khalid memberitahu Pengurus Besar Ilham Marzuki pada Mac 23hb bahawa perkara ini sudah dibincang dengan Lembaga dan terus diarahnya uruskan penyerahan tanah.

Tidak faham apa dimaksudkan dengan Lembaga, adakah Lembaga Pengarah Anak Syarikat Yayasan Selangor atau Lembaga Pemegang Amanah Yayasna Selangor.

Mungkin dia baru sedar prosedurnya itu salah dan boleh membawa masaalah pada dirinya.

Pada Mac 23hb 2011, Khalid arahkan dalam nota dalam surat Eli Wong supaya dibentangkan kepada Lembaga Pengarah Yayasan Selangor yang mungkin bermaksud Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor.

Lanjutan dari itu, Raja Petra Kamaruddin mendedahkan juga dalam Malaysia Today satu lagi surat bertarikh Julai 12hb 2011 dari Yayasan Selangor kepada Pejabat Tanah Klang yang ditandatangani oleh Pemangku Pengurus Besar, Raja Amir Shah Raja Abdul Aziz

Surat ini menyatakan Yayasan Selangor tidak setuju tanah tersebut diserahkan kembali kepada pihak kerajaan untuk dijadikan Pusat Kebudayaan Cina yang kini telah ditukar nama kononnya demi justifikasi dan mengabur mata orang Melayu dan India menjadi Pusat Kebudayaan Melayu, Cina dan India.

Dengan demikian, jelaskan Khalid Ibrahim berhasrat memaksa Yayasan Selangor menyerahkan balik tanah kepada kerajaan dengan membatalkan hakmilik tanah.

Cadangan Yayasan kepada pihak pejabat tanah adalah supaya diberi tanah ganti yang sama nilai atau diberi pampasan mengikut nilai tanah atau cadangkan usahasama dengan syarikat lain.

Nampaknya cadangan terakhir menunjukkan Pusat Kebudayaan Cina yang dicadangkan kemungkinan mahu dibangunkan secara pengsawstaan atau melibatkan usahasama dengan pihak swasta.

Jika demikian, kenapa pula Eli Wong yang menulis permohonan dan bukan permintaan itu datang dari syarikat swasta yang terlibat?

Adakah ianya satu skim dimana Eli Wong menyumbang kuasa dan pengaruh sebagai ADUN dan Exco berkenaan dan syarikat menyumbang modal? Jika demikian, adakah sumbangan Eli Wong itu untuk kepentingan kerajaan negeri atau pihak lain, termasuk mana tahu, Eli Wong sendiri secara peribadi?

Cara merampas tanah tanpa pampasan atau cara menipu pihak terlibat dengan membuat ‘transfer’ (penukaran) hakmilik balik pada kerajaan tanpa diketahui pihak terlibat merupakan salah satu amalan kerajaan negeri yang baru di kesan.

Petani-petani yang terlibat dalam projek PKPS kini berhadapan dengan tanah yang diharapkan mereka akan kekal berada bawah kerajaan negeri yang sepatutnya membolehkan mereka terus bertani kini dihalau tanpa pampasan.

Banyak lagi dipercayai berlaku dalam melibatkan pemaju perumahan yang membangunkan balik projek perumahan yang terbengkalai.

Anih sekali, kerajaan negeri mahu lakukan penipuan dan paksaan sedemikian terhadap sebuah yayasan di bawah pentadbirannya sendiri.

Sejak kerajaan Pakatan Rakyat mengambilalih, satu demi satu program dan syairikat serta yayasan yang ditubuhkan untuk membantu kaum Bumiputera dan rakyat termiskin di mansuh dan ingin ditutup.

PKNS yang ditubuhkan untuk salah satu fungsi menyediakan rumah yang mampu dibeli dan diduduki oleh rakyat kurang berada kini bertukar menjadi syarikat hartanah yang hanya mahu membina rumah dan condo berharga dan nilai tinggi.

Mana-mana tanah yang boleh disapu tidak lagi dipeduli peranan sosial dan masyarakat yang dimainkan di tanah tersebut, semua mahu diambilalih untuk jadikan hartanah mewah.

Yayasan Selangor yang kita ketahui adalah ditubuhkan untuk membantu memberi pendidikan dan kemahiran kepada keluarga yang kurang berupaya.

Mereka menyediakan asrama di kota untuk anak-anak desa mendapat pelajaran di sekolah-sekolah yang baik-baik. Kini asrama Dr Latif dan Asrama Toh Puan Norashikin mahu ditutup untuk dibangunkan apartmen dan kondo.

Yayasan juga terlibat membangunkan Institiut kemahiran Yayasan Selangor untuk anak-anak yang kurang berjaya dalam akademik dapat mendapat kemahiran. Kini IKYS ditutup dan pelajar terlibat dihantar ke kolej swasta yang mahal dan program yang tidak sama.

Yayasan juga memberi biasiswa untuk anak-anak yang baik pelajarn untuk menyambung pelajaran mereka di sekolah menengah hingga ke Universiti. Tahun ini tiada lagi biasiswa yang diberi.

Niat murni Yayasan kini terus terhalang oleh ketirisan besar-besaran dan salahurus oleh pihak-pihak tertentu. Penolong Pengurus Besar pernah dikenakan tindakan disiplin dan disiasat oleh SPRM. Pengurus Besar yang sma tidak cekap hingga menyebabkan kerugian besar masih dikekalkan.

Kini Pengerusi Lembaga Pemegang Amanh itu sendiri, iaitu Menteri Besar Selangor Tan sri Khalid Ibrahim sendiri pula terlibat untuk merampas hartanah kepunyaan Yayasan dibawah tanggungjawabnya sendiri untuk diberikan kepada satu projek melibatkan pihak swasta.

Kenapa dia sedia lakukan perkara sedemikian?

Adakah ianya begitu perlu melebihi peranan sebuah Yayasan yang menjalankan kerja kebajikan untuk rakyat?

Hanya sesuatu melibatkan pecah amanah atau pengumpulan dana pilihanraya yang boleh jadi sebab Menteri Besar boleh hilang arah dan etika. Bukankah ini dikira perbuatan pecah amanah dan ia sepatutnya dilaporkan ke SPRM? :- Selanjutnya Di Sel13

Sumber : Malay Delima

Read more...

Otak Khalid Ibrahim Masuk Air , Bodoh Sombong..!!

Sunday, 13 May 2012


Khalid Ibrahim terkenal sebagai seorang manusia yang bodoh sombong dan kuat menipu. Kerana sikapnya itulah membuatkan ramai di kalangan orang-orang PKR pun tidak menyukainya.

Salah satu contoh sikap bodoh sombongnya adalah semasa krisis perlantikan Datuk Khusrin sebagai SUK Selangor pada awal 2011.

Dia nak pinda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor bagai membolehkan kuasa perlantikan SUK dibuat oleh negeri.

Untuk meminda Undang-Undang Tubuh ianya memerlukan sokongan 2/3 ahli DUN Selangor. Khalid tahu, dan semua orang tahu kerajaan pimpinannya tidak mempunyai majoriti 2/3 dalam DUN dan tak mungkin apa yang dia nak lakukan akan berjaya. Tetapi dia tetap bertegas untuk adakan juga dan habiskan wang untuk membayar khidmat pakar undang-undang serta peguam bagi merangka draf pindaan.

Lalu berlangsunglah satu sidang khas DUN pada 24 Januari 2011 bagi tujuan berkenaan. Dan hasilnya seperti yang dijangka. Masuk angin keluar asap balik asal.....Membazir masa, wang dan tenaga kakitangan kerajaan negeri semata-mata kerana sikap bodoh sombong seorang MB.

Bab menipu , tak terkira banyaknya. Hingga nama Sultan pun beberapa pernah digunakannya semata-mata hendak mengukuhkan pembohongannya.

Bersama isteri yang sah
Sekarang Khalid mengulangi pula sikap bodoh sombongya berhubung isu pembinaan loji air Langat 2. Kerana sikap bodoh sombongnya kali ini rakyat Selangor bakal ditimpa musibah besar dalam masa 2 tahun lagi.

Walaupun telah ditegur oleh Sultan Selangor , Khalid tetap dengan kebebalannya. Sultan bercakap pasal pembinaan Loji Langat 2. Dia pergi bercakap pasal penstrukturan air Selangor. Sedangkan dua isu tersebut adalah perkara yang berbeza.

Semalam Datuk Seri Noh Omar telah menyekolahkan Khalid tentang isu berkenaan.

Laporan dari freemalaysiatoday.com

Noh menasihati Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar tidak bermain politik dalam isu tersebut.
Beliau berkata, isu pokok adalah pembinaan loji Langat 2 yang enggan dilaksanakan kerajaan negeri.
Ini kerana dua isu membabitkan pembinaan loji dan penstrukturan semula adalah dua perkara berbeza, malah tidak dinafikan Selangor bakal menghadapi krisis air seperti yang dilaporkan sebelum ini.
“Isu penstrukturan air dengan penyediaan loji Langat 2 adalah dua benda berbeza. Malah tidak dinafikan Selangor akan menghadapi krisis air.

“Menteri Besar sengaja tidak mahu bekerjasama untuk pembinaan loji, sedangkan jika tidak bina bagaimana air hendak ada?

“Sedangkan isu penstrukturan air itu hal lain. Itu soal perniagaan, tidak kena mengena dengan penyediaan air. Ini Menteri Besar salahkan orang lain. Beliau patut akur dengan perjanjian yang dibuat untuk pastikan air cukup,” katanya.
Rakyat Selangor tiada pilihan lain jika tidak mahu ditimpa musibab terputus bekalan air dua tahun lagi. Hanya satu sahaja pilihan yang anda anda, tolak Khalid dan PKR habis-habisan dalam PRU akan datang.

Sebenarnya dalam hal ini bukan sahaja rakyat Selangor yang bakal ditimpa musibab, malah seluruh Lembah Klang akan hadapi masalah air. Dan masalah yang bakal dihadapi bukan sahaja kita akan terputus bekalan air, malah kita juga akan menghadapi masalah dari sudut ekonomi.

Sumber : Malay Delima

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP