Powered by Blogger.

Unisel cairkan aset untuk bantu pelajar tidak dapat pinjaman PTPTN

Friday, 8 June 2012

khalidibrahim513Universiti Selangor (Unisel) akan menjual asetnya iaitu hartanah seluas 202.34 hektar bagi membantu pelajar barunya yang mengalami kesukaran meneruskan pengajian, berikutan pembekuan pinjaman oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Bernama melaporkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata aset berkenaan diperolehi hasil penyusunan semula hutang Talam Corporation.

"Kerajaan Selangor telah selesai menyusun semula hutang-hutang ini di mana tanah seluas 500 ekar (202.34 hektar) telah menjadi aset Unisel.

"Kerajaan negeri akan membantu Unisel mengapungkan hartanah tersebut di pasaran untuk mendapatkan wang tunai. Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperoleh hasil dari usaha ini. Sebahagian wang ini akan digunakan untuk membantu pelajar yang terjejas akibat tindakan pembekuan PTPTN," katanya dalam kenyataan, Khamis.

Abdul Khalid bagaimanapun berkata bantuan kewangan itu hanyalah berbentuk sementara sehingga penyelesaian konkrit dicapai.- 7/6/2012


Sumber : Agenda Daily

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP