AZMIN TERUS MEMPERTIKAIKAN FAEKAH!! KHALID GAGAP SEDIA BERKORBAN DEMI SETPOLNYA!!
Wednesday, 20 June 2012
Sejak kebelakangan ini heboh diperkatakan tentang dendam Azmin terhadap Khalid yang mana dilihat Faekah Hussin selaku SETPOL Khalid menjadi mangsa keadaan. Perkara yang telah lama berlegar di dalam SUK Selangor akhirnya terbongkar kerana sikap dendam Azmin terhadap Khalid sudah tak dapat dibendung lagi.
Dikhabarkan yang Khalid sanggup melepaskan jawatan Pengerusi PKR Selangor kepada Azmin demi untuk menyelamatkan Faekah dari dibuang dari SUK. Perbalahan dua kem antara Azmin dan Khalid semakin parah dengan keaggresifan Faekah dalam menjalankan tugas rasminya namun tidak disenangi oleh Azmin kerana peranan Faekah dalam pentadbiran Selangor telah over-shadow peranan Azmin sebagai Pengerusi PKR Selangor.
Kem Azmin yang melancarkan kempen protes terhadap Faekah dalam twitter dengan menggunakan hashtag #PecatFaekah telah mengesahkan lagi pergaduhan mereka. PKR Selangor kini sudah berantakkan kerana sikap hasad dengki yang ditunjukkan dengan jelas oleh kumpulan pakatan Selangor ini. Azmin juga dikatakan terus membuat desakan kepada Khalid supaya memecat Faekah dengan segara atas alasan mahu menyelamatkan PKR Selangor dari terus hancur menjelang PRU13 akan datang.
Sumber : Jawa Bernam
1 comments:
Post a Comment