Khalid Nak Bubar Dun Selangor ?
Friday, 15 June 2012
Agak menarik bila aku terbaca satu artikel dari portal suarapakatanrakyat.com. Geli hati juga bila aku baca. Apa kata korang usha sikit SINI.
Aku cabar la Khalid kalau ada "egg" bubar DUN sekarang. Amacam.. Ada berani ???
Ada sikit perkongsian aku nak bagi kat korang untuk sama-sama kita tambah ilmu berkaitan urusan Pilihanraya di Selangor. Yang ni, Khalid Gagap wajib baca juga !
UNDANG-UNDANG TUBUH KERJAAN NEGERI SELANGOR (PETIKAN PERKARA-PERKARA BERHUBUNGKAIT DENGAN URUSAN PILIHAN RAYA)
LXIII.
Tiap-tiap warganegara yang berumur 21 tahun atau lebih yang bermastautin di negeri ini adalah layak menjadi ahli Dewan Negeri, melainkan jika beliau hilang kelayakkan untuk menjadi ahli menurut Perlembagaan Persekutuan atau Undang-Undang Tubuh Kerajaan ini atau menurut mana-mana undang-undang sebagaimana yang tersebut dalam Perkara LXIV.
LXIV.
(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Perkara ini seseorang hilang kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Negeri jika -
(a) dia adalah dan telah didapati atau diisytiharkan sebagai seorang yang tidak sempurna akal; atau
(b) dia seorang bankrap yang belum dilepaskan; atau
(c ) dia memegang sesuatu jawatan berpendapatan; atau
(d) setelah dicalonkan untuk pemilihan bagi salah satu Majlis Parlimen atau bagi Dewan Undangan atau setelah bertindak sebagai ejen pilihan raya bagi seseorang yang dicalonkan sedemikian, dia tidak menyerahkan apa-apa penyata perbelanjaan pilihan raya yang dikehendaki oleh undang-undang dalam masa dan mengikut cara yang dikehendaki sedemikian; atau
(e) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah dalam Persekutuan dan dijatuhi hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000.00 dan dia belum mendapat pengampunan penuh; atau
(f) dia hilang kelayakkan di bawah mana-mana undangundang yang berhubungan dengan kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan pemilihan bagi salah satu Majlis Parlimen atau bagi Dewan Undangan oleh sebab dia telah disabitkan atas suatu kesalahan sedemikian atau telah dibuktikan dalam prosiding yang berhubungan dengan pemilihan sedemikian bersalah atas perbuatan yang menjadi kesalahan itu; atau
(g) dia telah dengan sukarela memperolehi kewarganegaraan suatu negara asing atau menggunakan hak-hak kewarganegaraan di suatu negara asing atau telah membuat suatu akuan taat setia kepada suatu negara asing.
(2) Kehilangan kelayakan seseorang di bawah perenggan (d) atau perenggan (e) Fasal (1) boleh dihapuskan oleh Duli Yang Maha Mulia dan, jika tidak dihapuskan sedemikian, hendaklah terhenti pada akhir tempoh 5 tahun yang bermula dari tarikh penyata yang tersebut dalam perenggan (d) dikehendaki diserahkan atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, dari tarikh orang yang disabitkan sebagaimana yang tersebut dalam perenggan (e) dilepaskan daripada jagaan atau dari tarikh denda yang tersebut dalam perenggan (e) dikenakan dan seseorang tidak boleh menjadi hilang kelayakkan di bawah perenggan (g) Fasal (1) semata-mata oleh sebab apa-apa jua yang dilakukan olehnya sebelum dia menjadi seorang warganegara.
(3) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam peruntukanperuntukan yang terdahulu dalam Perkara ini, jika seseorang ahli Dewan Negeri menjadi hilang kelayakkan untuk terus menjadi ahli Dewan itu menurut perenggan (e) Fasal (1) atau di bawah suatu undang-undang seperti yang disebut dalam perenggan (f) Fasal (1) maka -
(a) Kehilangan kelayakkan itu hendaklah mula berkuatkuasa apabila habis tempoh 14 hari dari tarikh dia -
(i) disabitkan dan dihukum sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (e) yang disebut terdahulu; atau
(ii) disabitkan atas suatu kesalahan atau dibuktikan bersalah atas suatu perbuatan di bawah undangundang seperti yang disebut dalam perenggan (f) yang disebut terdahulu; atau
(b) Jika dalam tempoh 14 hari yang dinyatakan dalam perenggan (a) suatu rayuan atau apa-apa prosiding lain mahkamah dibawa berkenaan dengan sabitan atau hukuman itu, atau berkenaan dengan pensabitan atau pembuktian bersalah sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, maka kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuatkuasa apabila habis tempoh 14 hari dari tarikh rayuan itu atau prosiding lain mahkamah itu dibereskan oleh mahkamah; atau
(c) Jika dalam tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (a) atau tempoh selepas pemberesan rayuan atau prosiding lain mahkamah yang dinyatakan dalam perenggan (b) itu ada difailkan suatu petisyen bagi pengampunan, maka kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuatkuasa sebaik sahaja petisyen itu dibereskan.
(4) Fasal (3) tidaklah terpakai bagi maksud pencalonan atau pemilihan mana-mana orang ke Dewan Negeri dan bagi maksud itu kehilangan kelayakkan itu hendaklah mula berkuatkuasa sebaik sahaja berlaku kejadian yang disebut dalam perenggan (e) atau (f), mengikut manamana yang berkenaan, dalam Fasal (1).
(5) Seseorang yang meletakkan keahliannya dalam Dewan Undangan bagi negeri ini atau mana-mana negeri lain hendaklah, selama tempoh 5 tahun bermula dari tarikh peletakkan keahliannya mula berkuatkuasa, hilang kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Undangan bagi negeri ini.
LXV.
Seseorang tidak boleh pada masa yang sama menjadi ahli Dewan Negeri bagi lebih daripada satu kawasan pilihan raya.
LXVI.
(1) Jika seseorang ahli Dewan Negeri meninggal dunia atau hilang kelayakkan untuk menjadi ahli Dewan itu maka kerusinya hendaklah menjadi kosong.
(2) Jika seseorang yang hilang kelayakkan untuk menjadi ahli Dewan Negeri dipilih menjadi ahli Dewan itu, atau jika sesuatu pemilihan adalah bertentangan dengan Perkara LXV, pemilihan itu adalah tidak sah.
(3) Seseorang tidak boleh dengan sah dinamakan bagi pemilihan untuk menjadi ahli Dewan Negeri tanpa persetujuannya.
LXVII.
(1) Jika berbangkit apa-apa soal sama ada seseorang ahli Dewan Negeri telah menjadi hilang kelayakkan untuk menjadi ahli, maka Dewan hendaklah mengambil keputusan mengenainya dan keputusan itu adalah muktamad:
- Dengan syarat bahawa perkara ini tidak boleh dianggap menghalang amalan dewan itu menangguhkan sesuatu keputusan bagi membolehkan diambil atau ditentukan apa-apa prosiding yang mungkin menyentuh keputusannya (termasuk prosiding bagi menghapuskan kehilangan kelayakkan itu).
(2) Jika seseorang ahli Dewan Negeri menjadi hilang kelayakkan di bawah perenggan (e) Fasal (1) Perkara LXIV atau di bawah undangundang yang disebut dalam perenggan di atas tidaklah terpakai, dan dia hendaklah terhenti menjadi ahli Dewan Negeri, dan kerusinya hendaklah menjadi kosong, apabila sahaja kehilangan kelayakkannya mula berkuatkuasa mengikut Fasal (3) Perkara LXIV.
LXVIII.
Seseorang ahli Dewan Negeri boleh meletakkan keahliannya melalui surat di bawah tandatangannya, yang ditujukan kepada Speaker.
LXIX.
Jika seseorang ahli Dewan Negeri tidak hadir tanpa kebenaran Speaker pada tiap-tiap persidangan Dewan selama tempoh 6 bulan, kerusinya hendaklah diisytiharkan kosong oleh Speaker.
LXX.
(1) Duli Yang Maha Mulia hendaklah dari semasa ke semasa melalui Proklamasi yang disiarkan dalam Warta memanggil Dewan Negeri bermesyuarat dan tidak boleh membiarkan luput 6 bulan antara persidangan terakhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan bagi persidangan pertamanya dalam penggal yang berikutnya.
(2) Duli Yang Maha Mulia boleh memprorogkan atau membubarkan Dewan Negeri.
(3) Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Dewan Negeri hendaklah terus berjalan selama 5 tahun dari tarikh persidangan pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.
(4) Bilamana Dewan Negeri menjadi bubar suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam masa 60 hari dari tarikh ia menjadi bubar itu dan Dewan Negeri yang baru hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 90 hari dari tarikh itu.
(5) Sesuatu kekosongan luar jangka hendaklah diisi dalam masa 60 hari dari tarikh kekosongan itu berlaku:
- Dengan syarat bahawa jika sesuatu kekosongan luar jangka dipastikan pada suatu tarikh dalam masa 2 tahun dari tarikh Dewan Negeri itu akan terbubar mengikut Fasal (3), maka kekosongan luar jangka itu tidak boleh diisi melainkan jika Speaker memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya secara bertulis bahawa kekuatan bilangan parti yang membentuk majoriti semua ahli Dewan Negeri adalah terjejas oleh kekosongan itu, dan dalam keadaan sedemikian kekosongan ini hendaklah diisi dalam masa 60 hari dari tarikh pemberitahuan itu diterima.
Di atas tadi, aku kongsikan sikit berkaitan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk tatapan korang. Yang mana aku highlight kan diatas tu adalah bahagian yang dapat menjawab Khalid dan juga pencacai pakatan tentang isu pembubaran DUN.
Seperti mana di para LXX fasal (2), jelas tertulis bahawa Duli Yang Maha Mulia boleh membubarkan Dewan Negeri.
Oleh itu, tidak timbul soal Khalid nak atau tak nak bubar DUN dengan negeri-negeri yang lain sebaik pembubaran Parlimen.
Itulah keindahan Malaysia kerana kita ni ada DYMM SPB YDP Agong dan juga Sultan yang mana tiada dimana-mana negara. Apakah Khalid akan menyanggah Agong dan Sultan jika dititahkan Dewan Negeri untuk dibubarkan ???
0 comments:
Post a Comment