Powered by Blogger.

SELANGOR SAMPAH !! LONGGOKAN SAMPAH..ARAK MUDAH BELI..PELACUR MUDAH CARI !! TUKAR !!

Wednesday 13 June 2012

Awas ! Penyakit Berjangkit Di Selangor Bukan Wabak E-Coli !
Selangorku....

Inilah rupa baru Selangor dalam politik baru kemegahan Al-Sheikh Al-Anwar Al-Juburi (jangan marah kat aku, aku follow Sabu 121 je) dan Khalid Gagap (ini pun jangan salahkan aku, aku follow rakyat Selangor).

Gambaran diatas pun sudah cukup menjelaskan segalanya.

Sebelum ini, aku pernah dedahkan isu Selangorku Sampah di Puchong yang mana kebetulan aku pergi melawat seorang sahabat dan kemudiannya sahabat aku pula ajak aku melawat kawasan.

Maka terburailah kisah Selangorku Sampah di Puchong yang baik punya port sampah sarapnya hingga melimpah sampai ke jalan utama.

Juga, pernah aku dedahkan maklumat yang aku perolehi dari sahabat lain dari merata Selangor yang turut mahu dedahkan kebusukan kilang Selangorku Sampah melalui email yang aku terima.

Kali ni, aku nak bawa korang menjelajah pula ke area Subang Perdana.

Ibarat penyakit yang berjangkit, Selangorku Sampah kini menjadi kilang SAMPAH seumpama pemimpinnya yang boleh juga diibaratkan seperti SAMPAH MASYARAKAT !!




Gambar diatas ni, telah dirakamkan pada 10 Jun 2012 di Taman Subang Perdana.

Kalau korang perhatikan gambar diatas ni, ada sebahagian sampah ni telah dibakar oleh penduduk setempat kerana sudah tidak dapat menahan diri dari pencemaran bau yang datangnya dari longgokan sampah sarap yang sudah berbulan-bulan tidak berkutip.




Gambar yang diatas ini pula telah dirakamkan semalam, 11 Jun 2012 jam 6.15 petang di Subang Perdana.

Mungkin inilah hadiah kenang-kenangan dari regimn Khalid untuk rakyat Selangor sebagai plat penghargaan sebelum rakyat menendang mereka keluar dari Selangor pada PRU 13 yang bakal menjelang nanti.

Efisyen sungguh Regimn Khalid menguruskan sampah di Selangor.

Ini kah kelayakan bagi seorang yang dipanggil Menteri Besar ???

Tertanya juga dalam hati ni, apakah sememangnya Regimn Khalid memang sengaja mengumpulkan sampah sarap menimbun di Selangor untuk digunakan sebagai bahan jualan kitar semula selepas semua aset dan hartanah Kerajaan Negeri Selangor habis licin dilelong dan digadai ???

Mungkin sampah sarap ni semua ditimbunkan untuk digunakan sebagai back-up dana pilihanraya !!

Aku difahamkan oleh penduduk setempat bahawa kontraktor telah dilantik dari kalangan AJK PKR, namun sampah tetap tidak berkutip !!

Kerana sikap sambil lewa dan tidak endah puak Regimn Khalid, penduduk setempat terpaksa melakukan pembakaran terbuka kerana tidak tahan dengan aroma semulajadi hasil dari longgokan sampah berkenaan.

Selain itu, tindakan membakar sampah sarap berkenaan juga dikhabarkan kerana khuatir wabak penyakit yang boleh melanda penduduk setempat serta mengelakkan binatang tidak diundang buat port dalam longgokan sampah sarap berkenaan.

Menurut penduduk setempat, masalah ini pernah diajukan kepada ADUN Kota Damansara iaitu Dr Nasir Hashim, Presiden PSM yang menang atas tiket PKR.

Selain itu, masalah ini juga pernah dirujuk kepada Ahli Parlimen Subang iaitu Sivarasa Rasiah.

Kedua-dua makhluk ini pernah dirujuk oleh penduduk tempatan untuk meluahkan masalah mereka berkaitan Selangoku Sampah.

Walaupun berbulan-bulan lamanya kedua makhluk ini telah dirujuk dan diajukan tentang permasalahan ini, namun hingga sekarang tiada satu makhluk dari Regimn Khalid mahupun makhluk yang pernah dirujuk ini tampil membantu penduduk tempatan.

Umpama mencurah air didaun keladi, segala permasalahan rakyat tidak diendahkan malah batang hidung pun tak pernah nak tayang kepada penduduk kawasan Subang yang saban hari menanti.

Mungkin pulangan dari hasil membantu rakyat Selangor ini tidak selebat pulangan hasil pasir dan tanah liat di Selangor maka tidak menjadi kepentingan buat Kerajaan Negeri membantu rakyat !!

Soalan cepumas aku buat Regimn Khalid ni... Nasir Hashim dan Sivarasa Rasiah ni, hidup lagi ke ???

Kalau hidup lagi, apsal bacul sangat tak tunjuk muka kat penduduk tempatan ???

Kalau dah mampus, mana kubur diorang ???

Bersamalah pakatan untuk Selangorku Sampah...!

Tetapi, kalau korang mahukan kualiti hidup yang lebih baik, bebas dari kekotoran dan penyakit... Jom kita ubah Selangor di kertas undi pada PRU 13 yang bakal menjelang !!!

Sayangi Selangor... Yakini BN...!!!

Sumber : Kita Gempur

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP