Jangan Beri Pinjaman PTPTN Selagi Khalid Ibrahim Tidak Benarkan Pembinaan Loji Langat 2
Friday, 8 June 2012
Sepertimana yang saya katakan semalam punca utama kepada penangguhan pemberian pinjaman PTPTN kepada pelajar-pelajar baru UNISEL kerana pihak PTPTN kekurangan dana selepas kempen jangan bayar pinjaman dilakukan oleh PKR.
Dalam masa yang sama, ini juga peluang terbaik untuk kerajaan PKR di Selangor membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma sepertimana yang dijanjikan. Dan dalam masa yang sama juga dapat membuka mata masyarakat terutamanya pencacai-pencacai Anwar, betapa pentingnya PTPTN itu.
Apa-apa pun saya tetap berkeyakinan apa yang dilakukan oleh kerajaan pusat tidak akan lama. Silap-silap esok atau lusa pinjaman yang ditangguh akan diberikan semula.
Macam saya kata semalam, itu baru menteri masuk gear 1 dan belum lagi gear 2-5, mereka dah meroyan bagai orang mabuk todi.
Pemimpin dan penyokong-penyokong pembangkang melalak berkata jangan politikkan pendidikan, menteri berdendam dan sebagainya.
Laman twitter menteri diserang kononnya menteri tak cerdik, menteri hilang akal dan macam-macam lagi.
Bila Khaled BN (Menteri Pendidikan Tinggi) buat sikit atau pun kita masuk gear 1 pandai pula mereka kata jangan politik, dendam, tak cerdik dan pelbagai lagi.
Tapi bila Khalid PKR (MB Selangor) enggan beri kebenaran kepada pembinaan Loji Langat 2 bagi merawat air bersih kepada penduduk Lembah Klang, mana suara puak-puak yang meroyan tersebut ?
Apakah tindakan Khalid PKR menahan pembinaan Loji Langat 2 bukan tindakan politik ?
Apakah tindakan Khalid PKR menahan pembinaan Loji Langat 2 bukan dendam ?
Harus diingat tindakan yang dibuat oleh Khalid PKR akan memberi kesan yang jauh lebih besar kepada rakyat berbanding dengan tindakan Khaled BN menangguhkan pemberian pemberian pinjaman PTPTN kepada beberapa kerat pelajar baru UNISEL.
Sekarang ramai pelabur yang cabut lari kerana tiada jaminan bekalan air mengcukupi untuk beberapa tahun lagi, dan penduduk Lembah Klang sendiri akan menghadapi masalah air dalam beberapa tahun lagi. Apa yang dilakukan oleh Khalid PKR jauh lebih teruk dari apa yang dilakukan oleh Khaled BN.
Itu pasal saya kata, kita baru masuk gear 1 mereka dah meroyan.
Sekarang adalah masa terbaik untuk kerajaan pusat tekan Khalid Ibrahim untuk memberi kebenaran kepada pembinaan Loji Langat 2. Selagi dia tidak beri kebenaran untuk pembinaan loji tersebut, jangan beri PTPTN kepada mana-mana pelajar yang institusi pendidikannya terletak dibawah Kerajaan Selangor. Dia bagi kebenaran , kerajaan pusat bagi PTPTN.
Apa yang diperjuangkan oleh kerajaan pusat jauh lebih besar dari apa yang diperjuangkan PKR. Kerajaan pusat memperjuangkan air untuk kegunaan jutaan penduduk Lembah Klang dan seperti yang kita tahu air adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan harian kita.
Dah bertahun-tahun Khalid Ibrahim menahan pembinaan Loji Langat 2, yang itu semua tak buka mata. Tapi bila kerajaan pusat baru tangguh pinjaman kepada PTTPN , gegak gempita jadinya.....
Sumber : RBF Online
Sumber : RBF Online
0 comments:
Post a Comment