Powered by Blogger.

Bazar Ramadhan- Peniaga Melayu Di`bunuh’?

Tuesday, 12 June 2012

Gagasan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS) terperanjat dan kesal dengan satu usaha untuk mem`bunuh’ penjaja-penjaja Melayu pada bulan Ramadhan ini di Jalan Taiping, Klang, di mana pada tahun ini, penjaja-penjaja Melayu hanya dibenarkan berniaga selama dua minggu (14 hari).

Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, Jalan Taiping merupakan satu kawasan yang sangat strategic di Bandar Klang, di mana sebelum ini penjaja-penjaja Melayu ini dibenarkan berniaga lebih dari tiga puluh (30) hari dalam bulan Ramadhan untuk menjual barang-barang bukan juadah seperti pakaian, kasut dan barang-barang keperluan Hari Raya.

“Tapi kali ini, Menteri Besar membuat arahan supaya penjaja-penjaja Melayu ini hanya boleh berniaga selama 14 hari. Ini amat memeranjatkan kita kerana penjaja-penjaja Melayu ini hanya berniaga setahun sekali dan mereka berniaga di kawasan yang sangat strategik dan mereka berniaga pada bulan Ramadhan dan pembeli-pembelinya juga hampir keseluruhannya orang Melayu.

Sebelum ini tidak timbul masalah, tetapi pada kali ini penjaja-penjaja ini telah mengadu kepada GAPS kenapa kerajaan negeri hanya membenarkan mereka berniaga hanya untuk 14 hari,” ujarnya yang juga mantan Ketua AMK Negeri Selangor.

Ujarnya, Ramadhan pertama sehingga ke Ramadhan ke-14, tidak boleh berniaga di Jalan Taiping, tetapi pada Ramadhan ke-15 sehingga ke Ramadhan ke29 atau ramadhan ke-30 baru boleh berniaga.

“Dalam masa yang sama, kita juga melihat kenaikan harga, contohnya seperti kenaikan harga untuk menghantar borang permohonan, RM300 tetapi dulu RM100 sahaja, penggunaan lessen dulu tidak ada tapi sekarang dikenakan RM200. Penggenaan wang RM1000 untuk wang pertaruhan, dulu tidak ada tapi sekarang RM3000.

Saya fikir ini merupakan usaha-usaha untuk mem`bunuh’ peniaga-peniaga Melayu di Bandar Klang. Untuk berlaku adil kepada seluruh peniaga dan penjaja kecil Melayu di Bandar Klang, MB kena tarik balik perkara ini. Orang Melayu wajar diberikan hak untuk berniaga di Bandar Klang selama 30 hari dalam bulan Ramadhan ini, bukan 14 hari,” tambahnya.

Sehubungan dengan itu, GAPS mendesak kerajaan negeri dan MB Selangor untuk membenarkan orang Melayu di Bandar Klang selama 30 hari dalam bulan Ramadhan ini.

Sumber : Sahabat Gunung

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP