Powered by Blogger.

Kita Cairkan Aset Unisel ... TAPI YURAN DINAIKKAN 100 PERATUS, MUKTAMAD - Khalid Ibrahim

Saturday, 9 June 2012


Anggaran RM30 juta boleh dihasilkan, belum tentu semua untuk pelajar UNISEL ... hehehe



GWM tertarik dengan pendedahan rakan blogger ANGIN PERUBAHAN






Memang benar ... secara diam-diam, UNISEL mahu menaikkan yuran pengajian secara mendadak. Ini antara punca mengapa 1,000 orang pelajar baru UNISEL gagal untuk masuk ke IPT terbabit.

Sekalipun perkara ini berlaku pada tahun 2010, mampukah rakyat dan mahasiswa yang masih lagi menuntut di UNISEL boleh mempercayai kata-kata hikmat Khalid Ibrahim.

Jangan minta Rafizi Ramli untuk menjelaskan perkara ini ... akhir-akhir ini Ketua Strategik PKR sudah mula 'menjilat' Ketua Pemuda UMNO Malaysia untuk lari dari gagasan utamanya dalam memansuhkan PTPTN.



Rakyat dan mahasiswa UNISEL perlu meminta penjelasan dari Khalid Ibrahim untuk tampil beri penjelasan ... apakah dan bentuk pelan penyelesaian yang akan dilakukan akibat penangguhan PTPTN ini.

Rakyat Selangor dan mahasiswa UNISEL perlu melihat dengan teliti bagaimanakah RM30 juta ini akan dibelanjakan bagi membantu pengajian mereka di UNISEL.

Barangkali juga inilah peluang terbaik bagi mahasiswa di UNISEL boleh mengadakan perjumpaan dengan Khalid Ibrahim untuk mengajukan desakan, jika sekiranya masalah-masalah mereka seperti dibawah, masih belum diselesaikan oleh pihak pentadbiran UNISEL. Rasanya belum selesai masalah-masalah ini ...







Sampai ada mahasiswa mahu masalah mereka ini diberitahu kepada TV3 untuk disiarkan? Berat ni ...

Sumber : Gelombang Wangsa Maju

1 comments:

Anonymous,  9 June 2012 at 09:54  

Mohon dipautkan blog saya di blog hebat ini.
http://assassincyber.blogspot.com

Blog anda telah kami pautkan.

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP