EXCO Selangor seru pelajar bangkit melawan
Friday, 8 June 2012
KENYATAAN MEDIA
07 Jun 2012
MENTERI DIINGAT JANGAN MENGHUKUM MAHASISWA
Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Yaakob Bin Sapari menyelar tindakan Menteri Pengajian Tinggi yang telah mengesahkan penarikan balik pinjaman PTPTN kepada mahasiswa UNISEL sambil mengingatkan Menteri terbabit agar jangan menghukum mahasiswa.
“Tindakan menarik balik pinjaman PTPTN demi kepentingan politik UMNO tidak lain hanya memberi tekanan dan beban kepada mahasiswa. Mahasiswa yang baru mendaftar ini, bukan semuanya anak Selangor bahkan ada juga yang datang dari pelbagai negeri malah dari Sabah dan Sarawak pun ada.
“Bebanan ini tidak hanya ditanggung oleh para pelajar bahkan ibubapa penyokong tegar UMNO turut terlibat sama dalam penganiayaan ini”, Ujar Dr. Yaakob.
Terdahulu, Pakatan Rakyat sering mengulangi janji mereka bahawa pendidikan percuma akan dilaksanakan selepas berjaya mentadbir Putrajaya. Hari ini, Menteri sudah awal- awal lagi menidakkan peranan kerajaan pusat bagi menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat sekaligus telah membuktikan ketidak-mampuan mereka mentadbir negara.
“Menteri hanya diberi amanah mentadbir. Mengapa perlu dikeluarkan arahan bagi menyekat itu dan ini. Perlu diingat bahawa 22 peratus dari cukai kerajaan Pusat disumbang oleh kerajaan Selangor. Tindakan ini dilihat sebagai keputusan tidak matang dan kebudak-budakan”, tegas beliau.
Justeru, Dr. Yaakob turut memohon agar mahasiswa bangkit menentang kezaliman tersebut. Sambil menyifatkan bahawa Pakatan Rakyat tidak hanya mahu member pendidikan percuma setelah mentadbir Putrajaya kelak. Bahkan kebebasan bersuara dan kebebasan mutlak sebagai seorang mahasiswa turut diperjuangkan.
Exco Kerajaan Negeri Selangor
merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik
Sumber : Jinggo Fotopages
Sumber : Jinggo Fotopages
3 comments:
SAFARI anda harus letak jawatan. Dimana amanah rakyat yang kau dokong. Kalau jadi pentadbir harus bertanggungjawab. Jangan ajak pelajar berdemostrasi. Proses itu adalah haram disisi agama. Tunaikan tanggungjawab anda sebagai pentadbir yang telah menerima amanah. Kan kerajaan negeri Selangor, kerajaan yang kaya dan berhemah...ingat Allah swt akan balas atas segala perbuatan kita. Ingat Buat baik dapat baik.
itu hanyalah pendapat peribadi dan tidak mewakili pendapat rasmi PR...
seperkara lagi, untuk apa dapat pendidikan percuma kalau negara teokrasi jadi korban?
Assalam Bro
Apahal belum perintah kerajaan pusat mereka dah menghasut pelajar untuk menentang kerajaan... Kalau dah tak ada sumber kewangan utk belajar.. kenapa belajar di UNISEL... itu UNI swasta tu... Dah sah dah mereka takan mampu nak bagi pendidikan percuma utk pelajar UNISEL... PTPTN patut dikhaskan untuk UNI.. Kerajaan... Yang pergi swasta tu anak orang kaya.. mak/bapak mungkin mampu atau saja nak belagak...
Post a Comment