Powered by Blogger.

Showing posts with label Jinggo Fotopages. Show all posts
Showing posts with label Jinggo Fotopages. Show all posts

Kertas putih hutang Talam Corp masih belum siap

Thursday, 5 July 2012

Venue : Grand Dorset Hotel, Subang Jaya, Selangor

Event : Sidang Media selepas Forum Bajet Selangor 2013

Date : 3/7/2012 @ 5.00 pm



1.
2.
3. Mohd Arif, Pegawai Kewangan Negeri
4.
5.
6.

Sumber : Jinggo Fotopages

Read more...

EXCO Selangor seru pelajar bangkit melawan

Friday, 8 June 2012

KENYATAAN MEDIA
07 Jun 2012


MENTERI DIINGAT JANGAN MENGHUKUM MAHASISWA

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Yaakob Bin Sapari menyelar tindakan Menteri Pengajian Tinggi yang telah mengesahkan penarikan balik pinjaman PTPTN kepada mahasiswa UNISEL sambil mengingatkan Menteri terbabit agar jangan menghukum mahasiswa.

“Tindakan menarik balik pinjaman PTPTN demi kepentingan politik UMNO tidak lain hanya memberi tekanan dan beban kepada mahasiswa. Mahasiswa yang baru mendaftar ini, bukan semuanya anak Selangor bahkan ada juga yang datang dari pelbagai negeri malah dari Sabah dan Sarawak pun ada.

“Bebanan ini tidak hanya ditanggung oleh para pelajar bahkan ibubapa penyokong tegar UMNO turut terlibat sama dalam penganiayaan ini”, Ujar Dr. Yaakob.

Terdahulu, Pakatan Rakyat sering mengulangi janji mereka bahawa pendidikan percuma akan dilaksanakan selepas berjaya mentadbir Putrajaya. Hari ini, Menteri sudah awal- awal lagi menidakkan peranan kerajaan pusat bagi menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat sekaligus telah membuktikan ketidak-mampuan mereka mentadbir negara.

“Menteri hanya diberi amanah mentadbir. Mengapa perlu dikeluarkan arahan bagi menyekat itu dan ini. Perlu diingat bahawa 22 peratus dari cukai kerajaan Pusat disumbang oleh kerajaan Selangor. Tindakan ini dilihat sebagai keputusan tidak matang dan kebudak-budakan”, tegas beliau.

Justeru, Dr. Yaakob turut memohon agar mahasiswa bangkit menentang kezaliman tersebut. Sambil menyifatkan bahawa Pakatan Rakyat tidak hanya mahu member pendidikan percuma setelah mentadbir Putrajaya kelak. Bahkan kebebasan bersuara dan kebebasan mutlak sebagai seorang mahasiswa turut diperjuangkan.


Exco Kerajaan Negeri Selangor
merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik

Sumber : Jinggo Fotopages

Read more...

Syarat guna tanah berubah sesuka hati

Sunday, 3 June 2012

Venue : Padang Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya, Selangor

Event : Protes

Date : 3/6/2012 @ 10.00 am


Datuk Hj Abdul Halim, Penyelaras BN, P104 - Kelana Jaya memberi penerangan mengenai status guna tanah padang kompleks sukan PKNS yang berubah dari Zone Hijau (tidak boleh dibangunkan) kepada Zone Biru (zone kommersial) setelah setahun di gazetkan sebagai Zone Hijau. Pertukaran tersebut dilakukan tanpa sebarang kelulusan dan jawapan yang diberi oleh Datuk Bandar Petaling Jaya amat tidak menasabah. Beliau dilapurkan memberi alasan silap cetak...





1/20
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.




11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.

Sumber : Jinggo Fotopages

Read more...

MTUC sependapat mahu tukar kerajaan ???

Wednesday, 16 May 2012

Venue : Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor

Event : Amanat Perdana bersempena Hari Pekerja

Date : 13/5/2012 @ 9.30 pm


Yang jelas Alias Awang, Setiausaha Kewangan MTUC ni memang penyokong Pakatan Pembangkang. Itu dia punya hak lah hendak memilih yang mana satu... tapi apa kata MTUC Pusat? dan apa pula kehendak para pekerja pada keseluruhan nya ??





Sumber : Jinggo Fotopages

Read more...

KENYATAAN AKHBAR YB DATO’ DR HASAN MOHAMED ALI ADUN GOMBAK SETIA MERANGKAP PRESIDEN JATI

Saturday, 31 March 2012



Selaku Presiden JATI saya terpanggil untuk memberi ulasan terhadap program Tafaqquh Ilmi yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Mufti Johor yang bertajuk, “Pemantapan Aqidah: Bahaya Liberalisme dan Pluralisme dan Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam – Apa Peranan Guru ?”

Sebagai orang yang terlibat secara langsung dalam isu yang akan dibincangkan dalam pertemuan tersebut, JATI memandang tinggi langkah pro-aktif yang diambil oleh kedua-dua jabatan di atas. Saya berpendapat masa dan ketikanya sangat bertepatan bagi mana-mana pihak menganjurkan program sedemikan. Pada masa yang sama saya memandang berat tindakan setengah pihak yang mempertikaikan program tersebut kononnya program sedemikian akan menimbulkan ketegangan agama dan kaum. Lebih parah daripada itu mereka menuduh langkah ini adalah sebahagian daripada agenda pihak tertentu untuk mendapatkan keuntungan politik.

Saya hairan bagaimana pihak-pihak tersebut mengenepikan usaha murni sebegini dan cuba menggambarkan bahawa ancaman aqidah bukan merupakan suatu isu besar yang perlu ditangani secara bersungguh-sungguh. Saya juga hairan bagaimana seorang bekas pimpinan gerakan Islam memandang remeh program yang dianjurkan sedangkan pandangan-pandangan mengenai isu ini yang biasa diutarakan mengatakan bahawa isu murtad sudah sampai ke tahap yang begitu serius. Saya menjadi bertambah hairan apabila pimpinan PAS sendiri melalui Naib Presidennya melihat isu ini sebagai satu mainan politik.

Saya sedih dengan tindakan yang terpaksa diambil oleh penganjur menggugur perkataan Kristianisasi daripada tajuk asal program atas desakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang lebih suka supaya masyarakat mengambil sikap lepas tangan. Bagi saya ancaman Kristianisasi merupakan ancaman yang nyata yang tidak perlu diselindungkan.

Saya sendiri mempunyai pengalaman peribadi dalam hal ini. Ancaman Kristianisasi di Selangor seperti yang berlaku dalam kes di DUMC sesungguhnya sangat membimbangkan. Salah satu daripada bukti wujudnya usaha mengkristiankan orang-orang Islam akan saya bentangkan di dalam sidang media hari Isnin ini.

Suka saya ingatkan bahawa ancaman Kristianisasi bukanlah merupakan propaganda  mana-mana pihak seperti yang dituduh sebaliknya ia adalah peringatan Allah SWT sendiri melalui Firman-Nya di dalam Kitab Suci Al-Quran (Al-Baqarah: 120)

"Orang-orang Yahudi (Jews) dan Nasrani (Christians) tidak sekali-kali akan redha atau suka kepadamu sehinggalah engkau menurut agama mereka"

Taman Tun Dr Ismail
30 Mac 2012


P.S - Sidang media jam pada hari Isnin 2/4/2012 jam 12.00 pm. Hasan Ali dijadual akan menayangkan klip video pengakuan seorang wanita yang telah dimurtadkan

Read more...

Kerajaan Selangor menekan Persatuan Belia

Friday, 30 March 2012

Venue : Kompleks Belia Selangor, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor

Event : Sidang Media

Date : 29/3/2012

Kerajaan Negeri Selngor di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim dikatakan bertindak kejam kerana membiarkan pihak anak syarikat MBI menaikkan kadar sewa keatas pejabat yang mereka telah duduki sejak 2001. Kadar baru yang berlipat ganda tersebut tidak termampu Majlis Belia Selangor yang tiada pendapatan tetap. Ikuti rakaman kenyataan media yang dibacakan oleh Sdr Badrul Hisham, Timbalan Presiden Majlis Belia Selangor


1. Surat dari Kompleks Belia Negeri Selangor kepada Majlis Belia Negeri Selangor bertarikh 27/11/2011


2. Surat dari MSNS Holdings Sdn Bhd kepada Majlis Belia Negeri Selangor bertarikh 3/1/2012



5.



Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP