Pilih Bulu : Kerajaan Selangor amal kuasa veto!
Sunday, 10 June 2012
Kuasa VETO amat terkenal suatu ketika dahulu.
Ia berlaku ketika era ketamadunan manusia baru bermula.
Dahulu, manusia belum mampu berfikir ke depan.
Semakin hari manusia semakin bijak.
Membuat sesuatu keputusan mengikut pandangan masyarakat.
Mendengar pendapat ramai, bukan individu atau sebelah pihak sahaja.
Inilah yang berlaku di era pemerintahan pakatan di Selangor selama 4 tahun kebelakangan ini.
Baru 4tahun, sudah berani merompak hak rakyat!
Kuasa veto bukan cara yang sesuai diamalkan dalam masyarakat di Malaysia yang masih mengamalkan sistem demokrasi!
Petikan dari portal KL POS :
SUBANG JAYA, 10 June 2012 – Unit kediaman yang berpenghuni tetapi masih ditawarkan kepada penyewa baru di PPR Lembah Subang adalah antara perkara yang perlu diambil perhatian serius oleh Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ). Hal ini diluahkan oleh wakil penduduk, En. Mazlan selaku Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Lembah Subang melalui temubual ekslusif yang diadakan baru-baru ini.
Menurut En. Mazlan dua laporan polis telah dibuat oleh penduduk yang terlibat dengan tindakan MBPJ ini berikutan dengan kerugian yang telah dialami mereka. Beberapa salinan laporan polis dan surat-surat tawaran kepada penyewa telah diserahkan kepada wakil KL Pos sebagai bukti dakwaan wakil penduduk.
Pihak MBJP dipersoalkan mengenai tindakan mereka ke atas penyewa-penyewa asal tanpa mengeluarkan sebarang surat rasmi untuk mengosongkan rumah . Menurut En. Mazlan, apa yang diterima oleh penduduk-penduduk yang terlibat hanyalah notis peringatan mengenai tunggakan pembayaran sewa.
En. Mazlan juga mendakwa masih ramai lagi penduduk yang mempunyai tunggakan sewa yang lebih banyak tetapi tak dikenakan tindakan yang serupa. Seperti yang dinyatakan dalam laporan bahagian 1 temuramah ini, kenaikan sewa sehingga 100% membebankan penduduk menyebabkan ada penduduk yang tak mampu membayar sewa seperti yang dijadualkan dan mengakibatkan tunggakan. Wakil penduduk itu juga mempersoalkan mengapa ada tawaran dua unit kediaman kepada penyewa baru yang mempunyai nama yang sama dan salah satu unit kediaman tersebut masih berpenghuni. En. Mazlan berpendapat MBPJ telah terlepas pandang dalam beberapa perkara berkenaan soal penawaran unit kediaman kepada penyewa baru apabila perkara sebegini berlaku.
Dua isu yang timbul disini ialah bagaimana seorang penyewa baru ditawarkan dua unit kediaman dan pada masa yang sama salah satu unit kediaman masih berpenghuni. Menurut En. Mazlan lagi , masih terdapat banyak unit-unit kediaman yang kosong di PPR Lembah Subang tetapi mengapa MBPJ memilih untuk menawarkan unit kediaman yang masih berpenghuni.
Beliau juga menimbulkan persoalan mengapa masih ada penyewa baru ditawarkan unit kediaman disitu sedangkan MBPJ telah membekukan borang kemasukan penyewa.
0 comments:
Post a Comment