Powered by Blogger.

Mari lawat Rimba Ampang bersama pencinta alam Eli Wong dan anti Lynas

Sunday 10 June 2012



Jika anda seorang penggemar suasana alam semulajadi seperti saya, sudah tentu anda akan merasa terkejut dan terkilan menyaksikan kemusnahan ekologi di Taman Rimba Ampang, yang terletak di Hutan Simpan Bukit Belacan dan kawasan tadahan air disana!


Mahaguru 58 sini telah ke sana mengambil gambarfoto untuk jelajah fotografi, tetapi sakit hati bila melihat air sungai yang dahulunya jernih bertukar menjadi keruh dan prasarana di Taman Rimba Ampang telah hancur musnah angkara kealpaan pihak yang sepatutnya bertanggungjawab keatas taman rimba ini!



Jalan didalam Taman Rimba Ampang ini juga sudah mulai berlopak dan tebing tebing jalannya sudah mulai runtuh! Lopak didalam gambarfoto di atas ini menunjukkan bahawa pihak Jabatan Perhutanan Selangor sudah lama membiarkan ia semakin dalam dan tidak ada kerja2 penyelenggaraan yang telah dilakukan!


Apa yang ahli Parlimen PKR Ampang Zuraida Kamaruddin dan exco Alam Sekitar ELi Wong buat?




Nampaknya hutan ini akan ikut jejak kawasan Tanah Tinggi Lojing di Kelantan Darul Naim yang dibawah perintah PAS!


Link

Kedengaran bunyi 'chainsaw' sedang digunakan untk menebang pokok disebalik kawasan tadahan air dihujung Taman Rimba Ampang yang ditutup kepada orang awam.

Apakah sedang berlaku disana?

Pembalakan haram ke?

Siapa yang ampunya angkara ni wahai Kerajaan Selangor?

Sumber : The Unspinner

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP