Powered by Blogger.

SELANGOR !! AHLI PARLIMEN DAP TERIMA RASUAH ?!! FOTO !

Saturday, 30 June 2012



Sebelum ini PM pernah membongkarkan penipuan hebat (KLIK SINI) yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Serdang dari DAP, Teo Nie Ching.

Sungguhpun begitu, semalam satu lagi pendedahan penyelewengan lebih besar yang didedahkan oleh bekas rakan pakatan mereka, Tan Tee Beng.

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng hari ini menyerahkan bukti penyelewengan pembantu politik Ahli Parlimen DAP-Serdang Teo Ni Ching yang menerima wang sogokan sebanyak RM18,000.
Bukti itu meliputi surat aduan kepada Menteri Besar Selangor, Jawatankuasa Lembaga Disiplin DAP, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat), laporan polis, termasuk dokumen transaksi wang daripada pemilik premis, Yap Kon Ming kepada pejabat Teo.
Bukti yang melibatkan pembantu Teo, Chan Huan Guan itu diserahkan Tan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini petang tadi.
Tan ketika ditemui menafikan beliau sengaja memfitnah Teo dan Chan kerana mempunyai bukti kukuh atas dakwaan itu.
Katanya, walaupun ada kemungkinan Teo tidak terlibat secara langsung, namun Teo dan DAP perlu menyiasat sendiri secara keseluruhan kerana ini membabitkan penyelewengan dan salah guna kuasa pegawainya sendiri.
“Isu ini bukan kerana membabitkan jumlah wang yang besar atau kecil tetapi ia membabitkan prinsip korupsi.
“Pengadu juga menerima tekanan beberapa pihak sehingga dipecat DAP kerana mengemukakan masalah tersebut…ini tak adil,” katanya.
Sementara itu, Tan turut mendakwa dirinya menjadi sasaran sekumpulan samseng apabila cuba membuat laporan polis di Seri Kembangan di sini tengahari tadi.
Katanya, beliau yang hadir ke Balai Polis Seri Kembangan kira-kira 1.30 tengahari tadi kemudian membatalkan niatnya untuk membuat laporan polis berhubung isu ini apabila melihat kira-kira 10 orang samseng sedia menunggunya dihadapan balai.
Tan sebelum ini mendakawa Chan menerima wang sogokan sebanyak RM18,000 daripada Yap yang menyewakan premisnya di Cheras kepada Teo sejak 2009.
Tan mendakwa separuh daripada kadar sewaan RM1000 sebulan yang dibayar Kerajaan Selangor kepada Yap itu diambil oleh Chan.
Yap yang sudah tidak tahan dengan kes itu sudah membuat laporan kepada kerajaan Selangor tetapi sehingga sekarang tiada tindakan diambil.-FMT

Sumber : AAKJ

1 comments:

lee 18 January 2022 at 07:36  

Saudara dan saudari yang mencintai Dharma
Biar saya ceritakan sejarah tentang SAMNAK SAMBODHI, TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR. Kali terakhir kami menjadi ahli kuil tetapi kini kami berjauhan kerana kini Ahli Jawatankuasa amat berbangga dengan aktiviti dan tugas kuil.
Sebaliknya, presiden kuil sekarang ialah YIP KUM FOOK dan anaknya YIP JIUN HANN. Anaknya selalu berkata kepada para penganut: KUIL INI ADALAH KUIL BAPA SAYA. Atau ayah saya punnya harta …kami semua diam, kerana Kami tahu kuil ini dari mana asalnya...
Kini AHLI JAWATANKUASA kuil adalah satu-satunya kumpulan mereka sahaja. Orang lain tidak boleh menyertai sebagai ahli dan menggunakan sami Myanmar hanya untuk perkhidmatan dan berkat. Hanya sami Myanmar sahaja yang sangat fikiran cerdik (Semua sami dari Myanmar berpangkat DR atau PH. D), tetapi penganut di sini sangat keliru kerana penganut Buddha di sini tidak pernah mendengar nama itu (gelaran).
Jika kita faham ajaran Buddha yang mencipta KARMA BURUK. akan menerima apa yang telah dilakukan
oleh Jawatankuasa sebelumnya
Samnak Sambodhi, Desa Jaya, Kepong, KL

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP