Powered by Blogger.

Layak ke Azmin nak ganti Khalid jadi MB Selangor?

Friday, 5 October 2012


Sesiapa yang mengikuti kemelut dalam PKR tentu tidak hairan dengan cerita terbaru Timbalan Presiden parti itu, Azmin Ali membayangkan Tan Sri Khalid Ibrahim mungkin bukan lagi Menteri Besar Selangor jika pembangkang menang di negeri itu dalam nanti.

Walaupun ADUN Bukit Antarabangsa itu kemudiannya menyifatkan akhbar Sinar Harian ‘ada kepentingan tertentu’ kerana didakwa menyimpang daripada topik perbincangan, sikap orang politik menyalahkan media setelah kata-kata mereka mencetuskan komntroversi bukanlah benda baru.

Tidak tahulah sama ada akhbar berkenaan ada kepentingan tertentu atau tidak tetapi sesetengah pihak melihat akhbar banyak melaporkan berita yang memberi publisiti kepada  pembangkang.

Apapun, tentu mereka yang tahu ‘hubungan’ Azmin dan Khalid, tidak pelik jika apa dilaporkan akhbar itu benar dan pasti boleh ketawa dengan penafian Azmin serta permintaannya supaya tidak melaga-lagakan beliau dengan Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak serta ADUN Ijok, Selangor.

Dalam hal ini, Azmin tidak boleh salahkan media mahupun UMNO seperti biasa dilakukan pemimpin pembangkang jika mereka silap membuat kenyataan.

Pemimpin, ahli dan penyokong PKR di Selangor khususnya cukup tahu bagaimana Azmin mengimpikan kerusi Menteri Besar sejak pimpinan Khalid sama ada babitkan parti serta pentadbiran negeri dilihat lemah serta kerap timbul masalah.

Malah, perlantikan Azmin sebagai pengerusi PKR Selangor menggantikan Khalid adalah satu langkah awal merintis jalan supaya Azmin dapat mengukuhkan kedudukan bagi mengantikan Khalid.
Tidak perlu beliau menafikan hasrat disanubarinya kerana dalam PKR Selangor juga sudah ada teamnya dan team Khalid.

Cuma Khalid dikatakan bernasib baik kerana mendapat sokongan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga diketahui umum tidak menyenangi Azmin.

Barangkali kerana itu juga kedudukan Khalid masih kekal hingga sekarang dan peluang terbaik Azmin adalah berharap pembangkang menang di Selangor dan Khalid jika bertanding Parlimen serta menang dipindahkan ke pusat seandainya pembangkang menguasai Putrajaya.

Apapun, kenyataan Azmin itu sama ada benar atau menyimpang daripada topik seperti dikatakannya mengundang resah PAS yang jadi sekutu PKR selain DAP dalam Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali tampil menegur kenyataan itu yang menurutnya bersifat peribadi dan boleh mengelirukan orang ramai.

Manakala Khalid sendiri menegaskan bahawa perkara dicetuskan Azmin "bukanlah komen daripada Pakatan sebagai satu kumpulan".

Meneliti kenyataan terbaru Azmin, katannya beliau hanya menyebut peranan Khalid sebagai tokoh korporat untuk melaksanakan dasar-dasar dalam Buku Jingga.

"Saya tak sentuh langsung soal lantikan atau rombakan (kepimpinan)," katanya.

Tetapi, apa motif beliau bercakap soal peranan Khalid untuk melaksanakan dasar-dasar Buku Jingga jika tidak membayangkan Menteri Besar itu akan berpindah ke Pusat?

Tentu Azmin yang hebat bercakap dan berhujah seperti Datuk Seri Anwar ibrahim ada jawabannya.

Bagi pemerhati politik, sekilas ikan di air sudah diketahui jantan betinanya.

Seronoknya ada juga pemimpin dan pemerhati politik bertanya, layakkah Azmin jadi Menteri Besar Selangor?


“Ukur baju di badan sendiri”. Itu pandangan sesetengah pihak selepas ambil kira soal atau masalah babitkan peribadi beliau selama ini.

Isu pemilikan saham berjuta-juta ringgit, dakwaan kononnya isteri beliau ada hubungan istimewa dengan

Anwar, menyisihkan ibu sendiri dan terbaru gambar-gambar perbuatan tidak senonoh dalam tandas yang dinafikan beliau tentu jadi halangan beliau mencapai impiannya itu.

Selain, adakah pihak istana bersetuju jika beliau dicadangkan sebagai Menteri Besar, apakah PAS dan DAP juga bersetuju?

Macam mana jika kali ini DAP menguasai bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan ada calon
Melayu bertanding mewakili parti itu yang boleh dicadangkan sebagai Menteri Besar?

Bagaimana pula dengan PAS yang mungkin boleh melakukan kejutan seperti di Perak selepas keputusan PRU 2008 apabila Datuk Seri Nizar Jamaluddin dilantik Menteri Besar sedangkan PAS hanya menang beberapa kerusi DUN sahaja?

Jika tidak mustahil Mustafa beri ‘warning’ kepada Azmin yang mengeluarkan kenyataan itu.

Justeru itu, banyak Azmin kena fikir. Tepatlah bidalan, “ ukur baju di badan sendiri atau ‘cermin diri’ dulu.

Menjawab segala persoalan ini, Azmin juga kena ambil kira kenyataan Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Sing Giaw mengulas pasal senarai 20 pemimpin PKR yang bakal menguasai jawatan utama di Putrajaya yang disebut ADUN PKR Seri Muda Suhaimi Shafie.

Ahli Parlimen Kepong itu antara lain berkata, “belum tahu siapa yang menang dan siapa yang tidak.”.

Seandainya pembangkang menang di Selangor dan menguasai Putrajaya, bolehlah Azmin berusaha mengapai impiannya tetapi sebelum itu, kenyataan Sing Giaw cantik untuk jadi ‘pedoman’. - Agenda Daily

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP