Powered by Blogger.

Khalid Samad dan Ibrahim memprotes kerajaan Selangor?

Monday, 15 October 2012




Akhbar Sinar Harian semalam hari Sabtu bertarikh Oktober 13hb, 2012 menyiarkan di muka surat 18 gambar YB Khalid Samad, ahli Parlimen Shah Alam dari PAS bersama jemaah Masjid AS-Solihin membantah pembinaan Cineplex dan Executive Lounge. Lebih kurang 50 orang penduduk Kampung Padang jawa, Seksyen 15 Shah Alam turut sama dalam tunjuk perasaan tersebut.

Khalid Samad menyuarakan bantahan pembinaan kompleks tersebut yang dikatakan pemaju melakukan pembangunan tanpa mengemukakan sebarang permit. Manakala, sebelah bawah muka tersebut melaporkan Menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim pihak kerajaan negeri tidak akan membenarkan pembinaan sebarang pusat hiburan di ibu negeri Selangor ini.

Dia turut dilaporkan berkata Tuanku Sultan Selangor tidak perkenankan pembinaan sebarang pusat sedemikian. Kawasan Seksyen 1-16 Shah Alam tidak sepatutnya ada projek sedemikian yang boleh meruntuhkan moral anak muda.

Kedua-dua laporan ini memperlihatkan ahli parlimen Pakatan rakyat membantah tindak tanduk kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat sendiri. Lagi anih pula adalah Menteri Besar yang mengetuai pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat bersuara seolah-olah perakui kerajaan pimpinannya tidak menjalankan tugas.

Mungkin ada dari pihak penyokong Pakatan Rakyat yang akan membuat alasan kerajaan dan pemimpin Pakatan Rakyat tidak takut ditegur oleh mereka sendiri secara terbuka. Ada mungkin akan kata Menteri Besar berani akui kesalahan kerajaan sendiri.

Oleh yang demikian, kenapa pula begitu banyak isu yang ditimbulkan mengenai pelbagai skandal air percuma, skandal salahguna kewangan melibatkan Talam, PKNS, Yayasan Selangor dll, skandal pasir, salahguna wang kerajaan yang disalurkan kepada dana pilihanraya Pakatan Rakyat seperti program media dan Selangor Ku, dan lain-lain tidak terjawab?

Benarkah kerajaan Pakatan Rakyat begitu prihatin berkenaan isu moral? Jika demikian, kenapakah exco kerajaan negeri YB Elizabeth Wong masih kekal sebagai ADUN dan exco kerajaan negeri?

Kenapa masih ada lagi YB Ronnie Liu sebagai exco dan ADUN yang diketahui dan dilihat ramai sebagai terlibat meluluskan begitu banyak rumah-rumah urut seluruh Selangor sehingga ada kegiatan demkian menular ke dalam kawasan Shah Alam? Kenapakah begitu banyak kegiatan hiburan di I City dalam kawasan Shah Alam?

Demonstrasi di atas hanya menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat yang tidak berfungsi hingga rakyat dan pemimpin Pakatan Rakyat sendiri perlu melakukan protes di jalanan. Ia menunjukkan kerajaan Pakatan Selangor tidak boleh dihubungi dan dibawa bincang oleh pemimpin Pakatan Rakyat sendiri.

Sepatutnya sebagai ahli parlimen Pakatan Rakyat, Khalid Samad boleh hubungi pegawai atau pemimpin kerajaan untuk membawa isu ini tanpa perlu menyalak macam anjing di tepi jalan. Dia juga boleh menjelaskan keadaan sebenar bagi pihak kerajaan negeri kepada penduduk yang memprotes.

Selain itu, cara Menteri Besar Selangor membuat kenyataan dalam bahasa “third party” (parti ketiga) seolah-olah ada pihak lebih berkuasa yang membuat keputusan dan pihak tersebut boleh berkuasa hingga pemaju tidak perlu permit untuk mulakan pembangunan.

Mungkin ini hanya sandiwara dan drama berskrip untuk ditujukan kepada pihak tertentu. Selalunya Khalid Samad akan menyalahkan segala-gala kepada UMNO. Kalau betullah salahnya UMNO, kenapa dia tuduh pemaju tidak ada permit untuk mulakan pembangunan? Bukankah ini bermakna proses mendapatkan kelulusan masih berjalan dan ketika pentadbiran Pakatan Rakyat?

Tiadalah timbul ianya diluluskan oleh kerajan sebelum ini yang mana setelah menghampiri empat tahun mentadbir, PakatanRrakyat masih lagi tidak mahu mengambil tanggungjawab atas tindak tanduk mereka.

Apa wayang yang sedang ditayangkan? Adakah ini semua untuk apa yang dikatakan awam sebagai nak ‘pow’ duit pemaju sebagai persediaan untuk pilihanraya? Tapi kata tidak mahu pilihanraya bersama?

Dengan pakatan parti-parti politik yang dipimpin Penasihat Kewangan Selangor yang tidak boleh lulus pun Pengajian Melayu di Universiti Malaya dan mempunyai tabiat luar tabii, entah apa yang mereka fikirkan? Pastinya rakyat sudah sedar bahawa mereka tidak layak untuk diberi mandat untuk terus memimpin negeri.- SEL13

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP