PR DESAK PEMBINAAN PETROKIMIA DI BACHOK DAN BANTAH PETROKIMIA DI PENGERANG !!! NAMPAK SANGAT PR PUTAR BELIT !!!
Tuesday, 9 October 2012
Minggu lalu ada dua perhimpunan dianjurkan oleh Pembangkang,kedua-duanya
kebetulan bersangkut paut dengan perkara yang sama yakni membabitkan
isu petrokimia.Perhimpunan pertama berlaku di Pengerang,Johor dan satu
lagi himpunan berlangsung di Shah Alam,Selangor.Ironinya,dalam isu
petrokimia di Pengerang,para pemimpin parti pembangkang dan NGO proksi
mereka membantah pembangunan Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID)
manakala di Shah Alam pakatan pembangkang dan NGO proksinya beria-ia
menuntut pembinaan kemudahan loji petrokimia yang sama di Bachok
Kelantan.Dalam perhimpunan di Shah Alam itu,kira-kira 2000 orang
penyokong pakatan pembangkang termasuk dua tiga ratus orang peserta
konvoi dari Kelantan telah berkumpul di Dataran Kemerdekaan Shah Alam
sempena penganjuran program Ceramah Mega Royalti Kelantan.Program
tersebut adalah anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti,Hak
Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan ataupun dikenali dengan singkatan
nama ROYALTI, sebuah NGO proksi kepada PAS Kelantan.
Selain daripada menuntut pembinaan kompleks dan loji petrokimia,mereka
juga mahukan pembayaran royalti daripada Petronas atas alasan wujudnya
carigali gas dan minyak dalam kawasan perairan Kelantan serta menuntut
supaya semua hasil gas dan petroleum di daratkan di Pantai Senok
Bachok,Kelantan.Mengikut janji kerajaan PAS Kelantan pada 2003,sebuah
kompleks yang mengandungi kemudahan simpanan gas dan minyak atau
dikenali juga sebaga loji petrokimia akan dibina di tanah seluas 2000
hektar yang turut membabitkan pengambilan tanah penduduk setempat di
Pantai Senok,Bachok.Jika asas bantahan rakan mereka di Pengerang di
ambil kira,terutama dalam soal projek petrokimia RAPID kononnya
membahayakan nyawa dan memberi kesan buruk pada alam sekitar serta
merugikan penduduk setempat dari segi pendapatan dan hartanah,timbul
persoalan menarik apakah pembangunan projek loji petrokimia di Bachok
Kelantan memberi impak berlainan ???
Alang-alang PR dan NGO mereka membantah projek petrokimia RAPID maka
sepatutnya di masa yang sama PAS Kelantan dan NGO proksinya,ROYALTI juga
sewajarnya menolak idea mendaratkan hasil gas atau minyak ke Pantai
Senok Kelantan.Tapi ia tidak berlaku sedemikian kerana parti pembangkang
sama ada PAS,PKR mahupun DAP serta semua NGO proksi mereka tahu hakikat
sebenar,tidak wujud pun bahaya atau kesan buruk pada manusia mahupun
alam sekitar.Bantahan di Pengerang tapi dimasa yang sama menuntut
pembinaan kompleks dan petrokimia serta meminta pendaratan hasil gas di
Bachok Kelantan cukup untuk membuktikan wayang pembangkang berkaitan
bahaya RAPID Pengerang hanyalah propaganda politik untuk mengabui mata
rakyat sahaja.Logiknya,jika kompleks dan loji petrokimia RAPID di
Pengerang benar-benar mengancan nyawa penduduk dan alam sekitar,
bermakna tuntutan kerajaan PAS Kelantan dan NGO ROYALTI seumpama sengaja
mahu membahayakan nyawa penduduknya.- Badut Rakyat
0 comments:
Post a Comment