Powered by Blogger.

Bas Beli Khalid Tipu Sewa!! Manifesto Bukan Janji!! Munafiknya Pakatan Haram Di Selangor

Monday, 1 October 2012

Khalid telah membuktikan dirinya seorang pembohong secara terang-terangan. Setelah mengeluarkan kenyataan bahawa manifesto PRU12 bukan janji untuk pakatan haram tepati yang mencerminkan sifat munafik mereka, sekali lagi bukti nyata diperolehi tentang isu hak milik atau sewa bas kebanggaan Anwar hasil dari penganiayaan terhadap rakyat Selangor.
Berdasarkan maklumat dalaman PKR bas dua tingkat untuk kegunaan kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR)  tersebut bukannya disewa oleh Tan Sri Khalid, sebaliknya bas tersebut adalah miliknya.
Bas tersebut telah didaftarkan seperti berikut.
  • No Pendaftaran : BLU 8779
  • No Enjin : M61HA800001
  • Pembuat : Dong Feng
  • Tarikh Daftar : 03 September 2012
  • Kegunaan : Persendirian
  • Pemilik : Abdul Khalid Bin Ibrahim
 Walaupun sebulan sebelum itu Khalid menipu dengan angkuhnya  mengatakan bahawa bas tersebut disewa.


”  Saya ingin menegaskan bahawa kos sewaan bas dua tingkat yang akan digunakan Pakatan Rakyat sepanjang kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak menggunakan wang Kerajaan Negeri Selangor.
Bas berkenaan yang disewa untuk tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya oleh saya tanpa melibatkan satu sen pun wang rakyat dan wang kerajaan negeri.
Semua kos melibatkan bayaran kepada pemandu dan bantuan teknikal dimasukkan dalam kos sewaan itu tanpa melibatkan seorang pun kakitangan kerajaan negeri.
Justeru, saya menasihatkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah dan tohmahan jahat yang menuduh bas berkenaan disewa menggunakan wang Kerajaan Selangor dan wang rakyat.
Bas dua tingkat ini yang telah diubahsuai dengan dilengkapi platform untuk berceramah dan sistem bunyi akan memulakan siri jelajah ke Kelantan, Pahang, Kedah, Perak dan Perlis bermula esok sehingga 2 September diketuai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR  ”



Manakala yang terbaru pula Khalid menafikan pembelian bas tersebut mempunyai kaitan dengan pembelian lori sampah yang telah dihentikan pengeluarannya dari China.


‘Utusan melaporkan
SHAH ALAM 26 Sept. – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan pembelian bas dua tingkat untuk kegunaan kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai kaitan dengan pembelian 50 unit lori sampah dari China.
Menurutnya, pembelian itu dilakukan secara konsep sewa beli selama enam bulan dan segala urusan dilakukan dengan telus serta tidak membabitkan peruntukan kerajaan negeri.
”Tujuannya adalah untuk digunakan oleh parti sebagai alat berkempen yang berkesan. Ia memberikan imej kepada usaha menggalakkan pendemokrasian.
”Saya bersikap terbuka dan mempunyai perjanjian tentang semua perkara berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan blog yang mempersoalkan pembelian 50 model lori kompaktor sampah bernilai RM14.5 juta oleh Kerajaan PKR Selangor termasuk bas dua tingkat dan trak kontena serba guna untuk parti itu.”

Kita telah tahu kehebatan Khalid menipu tanpa ada rasa bersalah langsung.


“Menurut RBF kemungkinan persoalan  yang timbul :-
Mungkinkah bas tersebut dibeli dan kosnya diserapkan ke dalam harga lori sampah yang dibeli Kerajaan Selangor ?

Mungkinkah bas tersebut dibeli dengan harga yang murah kerana Kerajaan Selangor telah membeli 50 lori sampah dari pengeluar yang sama ? 

Mungkinkah bas itu didapati secara percuma kerana Kerajaan Selangor sedia membeli lori sampah yang ketinggalan zaman kerana penjual ingin menghabiskan stok ?”
Kita harus ingat bahawa lori sampah tersebut telah diberhentikan pengeluarannya!!
Dengan ini kami rakyat Selangor memohon SPRM jalankan siasatan segera ke atas pakatan haram ini yang tak habis-habis menyusahkan dan menganiaya rakyat Selangor. Mari kita berjihad kuburkan pakatan haram di PRU13 yang akan datang.- Selangor Daily

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP