Powered by Blogger.

Tabung Warisan Anak Selangor LINGKUP, JAHANAM - Laporan Ketua Audit Negara 2011

Monday, 15 October 2012


Bagaimana Khalid Ibrahim mahu menjelaskan jumlah pendapatan tiga tahun RM 0.6 juta boleh menampung kos operasi tiga tahun berjumlah RM 4.9 juta?




Pakatan Rakyat sudah mengesahkan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) bakal menjadi satu lagi retorik terbesar Khalid Ibrahim dan PKR sepanjang berkuasa di Selangor.

TAWAS menjanjikan setiap anak kelahiran Selangor akan mendapat pelaburan RM 100 dari kerajaan negeri yang dilaburkan menerusi Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Skim ini akan mengambil masa selama 17 tahun tempoh matang. Pada usia 17 tahun mereka yang didaftarkan melalui skim ini akan dibayar RM 1,500.00.


Perlu diingat ... Pakatan Haram telah menghabiskan RM 500 ribu untuk kempen dan promosi skim namun hanya 19.4% daripada jumlah anak yang lahir di Selangor yang menyertainya.

Ini menunjukkan majoriti rakyat Selangor tidak berminat dan tidak percaya dengan skim yang dianjurkan oleh kerajaan negeri ini.

Sehingga ke hari ini ... Khalid Ibrahim masih gagal menjawab apakah bentuk pelaburan yang telah dibuat oleh Yawas bagi memastikan ia mampu membayar jumlah yang dijanjikan menjelang 2025.

Pelik ... Kerajaan negeri sumbang RM 8.5 juta untuk dana TAWAS, RM 5 juta untuk dana operasi.

Mengapa begitu besar begitu besar dana diperuntukkan untuk kos operasi YAWAS?



Satu lagi persoalan yang belum tentu Khalid Ibrahim mampu menjawab ...


Bagaimana Khalid Ibrahim mahu menjelaskan jumlah pendapatan tiga tahun RM 0.6 juta boleh menampung kos operasi tiga tahun berjumlah RM 4.9 juta?

Baki dana YAWAS pada akhir tahun 2011 hanya tinggal RM5.68 juta ...

Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011, jumlah ini "adalah kecil berbanding jumlah kewangan yang diperlukan bagi membiayai operasi YAWAS dan seterusnya manfaat Skim TAWAS."

Khalid Ibrahim perlu menjelaskan kemanakah dibelanjakan RM 7.82 juta kerana berdasarkan Laporan Audit 2011, jumlah sumbangan kerajaan negeri ialah sebanyak RM 13.5 juta dan LKAN menyatakan dana dalam Yawas hanya tinggal RM 5.68 juta.

Simple mathematics ... RM 13.5 juta - RM 5.68 juta = RM 7.82 juta




Khalid Ibrahim perlu menjelaskan ...

1) RM 4.9 juta digunakan untuk mengurus pelaburan 60 ribu orang di bawah TAWAS yang tidak mencapai capai matlamat sejak 2009?

2) Mengapa perbelanjaan pengurusan YAWAS begitu besar sekali dan siapa yang mendapat habuan-habuan ini?

3) Perlukah 'Bail Out' dilakukan jika trend perbelanjaan melebihi pendapatan seperti sekarang berterusan bagi YAWAS dan TAWAS? Tak mustahil?


Siapa sebenarnya yang mendapat manfaat skim ini sebenarnya ... Anwar? Azmin? atau puak-puak Khalid Ibrahim sendiri.
Sumber - GWM

3 comments:

Unknown 15 October 2012 at 20:36  

You really and totaly failed Khalid Gsgap

nurul hafizah 15 October 2012 at 20:56  

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata laporan Ketua Audit Negara yang memuji peningkatan hasil negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat membuktikan kerajaan tidak ada "niat jahat" untuk menyembunyikan fakta dalam laporan tersebut.

"Kalau kita nak menyembunyikan fakta, kita sepatutnya mencari jalan untuk menutup pujian (Ketua) Audit Negara yang diberikan kepada Pakatan. Itu sahaja (sudah) membuktikan kita tidak ada niat (jahat).

"Ini membuktikan ada negeri Pakatan yang bagus dan ada negeri yang diperintah BN yang bagus... Mana yang bagus kita mengucapkan tahniah," katanya dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan pemberita berhubung laporan audit negara yang dibentang hari ini memuji kenaikan hasil di negeri yang ditadbirkan Pakatan Rakyat.

Anaksi A. 15 October 2012 at 21:18  

apa guna pendapatan negeri meningkat, tapi tak pandai guna utk bantu rakyat dan atasi masalah keperluan rakyat.
sebaliknya pendapatan digunakn utk disimpn bagi kegunaaan parti dan kroni menjelang pru13.

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP