Powered by Blogger.

PANASS !! BANJIR BESAR DI KLANG !! PENDUDUK MENGAMUK !! WAKIL RAKYAT CABUT LARI !!

Friday, 19 October 2012




Hujan lebat dan ribut selama beberapa jam melanda Klang malam tadi, menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Klang antaranya di Taman Sentosa, Johan Setia, Jalan Kebun di naiki air sehingga ke paras peha. Saya sempat turun ke sana untuk melihat reaksi penduduk dan melihat keadaan bandir di sana. Setelah saya sampai di sana, saya sempat juga menemu ramah beberapa orang penduduk di kawasan itu.

Rata penduduk telah meluahkan perasaan kesal terhadap pentadbiran kerajaan negeri iaitu Kerajaan PKR yang telah mentadbir negeri Selangor itu selama 3 tahun tetapi tiada apa apa perubah pun yang telah mereka bawakan kepada penduduk setempat.



Selepas bertukar pemerintahan rakyat semakin sengsara dan menderita dek kerana terpaksa menempuh bencana yang tiap kali akan berlaku selepas hujan lebat, tahun ni saja telah 3 kali penduduk taman ini menempuh banjir yang sama, semua ini adalah berpunca daripada sistem perparitan yang tidak betul, tetapi wakil rakyat sini tidak pernah memikirkan bagaimana untuk mengatasi dan memperbaiki masalah ini supaya tidak berlaku lagi di masa akan datang kepada penduduk taman.

Dari segi bantuan keewangan yang mereka sampaikan pula tidak mencukupi, hanya RM300 saja yang mereka terima daripada wakil rakyat Pakatan Rakyat Parlimen Kota Raja, tetapi yang lebih memranjatkan saya.. tidak semua mangsa yang dapat bantuan,  Hanya bebrapa orang sahaja yang dapat bantuan tersebut, yang lain macam mana pula?? Sepatutnya wakil rakyat perlu peka dan mengambil berat hal hal sebegini, ini menunjukkan pakatan rakyat masih tidak mampu untuk mentadbir negeri lagi lagi mentadbir kerajaan Malaysia.

"Lebih baik semua wakil rakyat Kota Raja letak jawatan !! bagi sahaja wakil rakyat Barisan Nasional yang menjaga kami" - Ini pesanan daripada seorang penduduk Taman Sentosa

Penduduk Taman Sentosa berpesan kepada saya agar menghebahkan perkara untuk ini kerana sebelum ini tidak pernah lagi hal rakyat seperti ini mendapat perhatian media kerana selalunya hanya media pakatan rakyat sahaja yang datang tetapi mereka tidakkan akan mengeluarkan masalah sebenar yang dialami rakyat.




Tak sabar nak tengok apa wakil rakyat Pakatan ni nak buat.. tungguu

Sumber

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP