Powered by Blogger.

Sahih Ini Bukan Salah UMNO Tetapi Salah Pakatan Selangor - Agenda Jahat Terdedah Di Dewan Rakyat !

Friday 19 October 2012




Pendedahan berani mati Pakatan dalam Dewan akhirnya terpelangkung ke kepala hotak mereka sendiri bilamana mereka terus menjadi bisu selepas di sekeh.

Selama ini, Pakatan dengan sengaja menganiaya SYABAS yang mana secara langsungnya kesan itu turut dirasai oleh rakyat.

Jelas terbukti bahawa selama ini hal ehwal rakyat langsung tiada dalam agenda pemerintahan Pakatan Haram di Selangor sebaliknya Pakatan hanya mementingkan permainan politik sempit dan bangang untuk kantung peribadi masing-masing.

Ikuti laporan dari Utusan selanjutnya berkaitan pendedahan ini;

Kerajaan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor didakwa menghalang Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) daripada mendapatkan pinjaman bank bagi membolehkan syarikat itu mengganti paip- paip lama.

Perkara itu didedahkan sendiri Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui ketika menjawab persoalan mengenai kehilangan air tidak berhasil (NRW) di Selangor yang dibangkitkan Teo Nie Ching (DAP- Serdang).

"Kalau kerajaan Pusat tidak keluarkan belanjawan bagi mengurangkan masalah NRW, banyak tempat di Selangor termasuk Serdang sendiri bakal mengalami masalah air. Kita tidak berpolitik dalam isu utiliti seperti air ini kerana ia keperluan rakyat dan negara.

"Tapi hari ini siapa yang halang Syabas mendapatkan pinjaman bank untuk mengganti paip-paip lama bagi mengatasi masalah NRW? Yang Berhormat patut tanya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim," katanya semasa membahas Rang Undang-Undang Perbekalan 2013, di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi mengingatkan Kerajaan Negeri PKR Selangor supaya berhenti bermain politik dalam isu Projek Loji Rawatan Air Langat 2 kerana jika keadaan sedemikian berterusan, Selangor akan berdepan dengan masalah utiliti kronik.

Katanya, jika Kerajaan Negeri PKR Selangor terus berdegil dan mahu bermain politik dalam soal itu, Selangor bakal kehilangan pelabur-pelabur berpotensi sekali gus hasrat untuk melihat negeri itu muncul sebuah negeri maju akan musnah.

"Kalau kita bina Loji Rawatan Air Langat 2 ini, kerajaan negeri tidak payah keluarkan duit kerana ia akan ditanggung kerajaan Pusat. Sebab itu saya selalu sebut kepada Abdul Khalid agar jangan jadikan isu ini sebagai isu politik," katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Peter Chin memberitahu program penukaran meter Tenaga Nasional Berhad (TNB) dibuat berdasarkan tiga sebab iaitu meter lama yang melebihi hayat, meter mengalami kerosakan serta meter diusik.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, penukaran meter lama telah dihentikan buat masa sekarang bagi memberi masa kepada TNB dan Suruhanjaya Tenaga untuk melaksanakan kajian lanjut selain menambah prosedur operasi standard (SOP) sedia ada mengenai penukaran meter lama.

Sumber - Kita Gempur

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP