Powered by Blogger.

Noh Omar Cabar Khalid Nafikan Dakwaan Penjualan 5 Aset PKNS

Thursday 25 October 2012


alt
Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar mencabar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menafikan dakwaan mengenai penjualan 5 aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang telah dipersetujui oleh Lembaga Pengarah badan tersebut.

Menurut Noh, beliau tidak menuduh Tan Sri Khalid terlibat dalam penjualan 5 aset tersebut namun sebaliknya meminta Menteri Besar Selangor itu tampil bagi menafikan dakwaan yang diberikan itu tidak benar.

"Saya mencabar Menteri Besar Selangor untuk menafikan dakwaan dimana PKNS telah bersetuju untuk menjual lima hartanah ini.

“Saya tidak tuduh tetapi saya minta beliau tampil menafikan dakwaan ini supaya dakwaan yang mengatakan 5 aset ini akan dijual ini adalah tidak benar" katanya ketika ditemui di sidang media diLobi Parlimen hari ini.

Noh Omar menjelaskan 5 aset bernilai RM321 juta yang ingin dijual kerajaan negeri Selangor adalah seperti berikut :-

1) Menara PKNS, Petaling Jaya (nilai hartanah, RM90 juta)
2) SACC Mall, Shah Alam (nilai hartanah, RM97 juta)
3) Kompleks PKNS Shah Alam (nilai hartanah,  RM88 juta)
4) Kompleks PKNS Bangi (nilai hartanah, RM42 juta) dan;
5) Wisma Yakin, Jalan Masjid India (nilai hartanah, RM7 juta)

Beliau turut membidas kenyataan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sebuah akhbar yang menyifatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai seorang menteri besar Selangor yang cemerlang.

Menurutnya, Tan Sri Khalid Ibrahim merupakan pentadbir Universiti Selangor (Unisel) dimana selama universiti itu telah mengalami kerugian sebanyak RM54 juta.

"Saya ambil contoh dalam isu UNISEL dimana saya pernah buat kenyataan bahawa kerugian sejak dari tahun 2008 sehingga 2010.

“Bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mengatakan Tan Sri Khalid Ibrahim yang merupakan pengurus UNISEL seorang yang cemerlang? Sedangkan Unisel pun tidak dapat diuruskan dengan baik sehingga menyebabkan kerugian RM54 juta," tegasnya.

Ahli Parlimen Tanjung Karang itu turut menyindir peranan Menteri Besar Selangor itu sebagai seorang yang cemerlang dalam menghabiskan harta yang dulunya dibangunkan oleh Barisan Nasional dan dalam kes ‘Bailout’ terutamanya melibatkan isu Talam Corperation, dimana syarikat itu bebas daripada tanggungan hutang.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP