Powered by Blogger.

Khalid Ibrahim MB Angkuh

Sunday 14 October 2012



“Angkuh” -  itu perkataan paling sesuai untuk mengambarkan pendirian Menteri Besar Selangor tentang kemelut isu air yang nampaknya tidak berkesudahan.  Jika dilihat dari sikap yang sebegini memang pentadbiran Negeri Selangor diperintah secara emosi, bukan dengan pemikiran sebuah kerajaan yang berwibawa.

Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor, Hamidzun Khairuddin berkata, jika Exco Selangor, Dr Xavier sebelum ini “sangat gembira” dengan pendirian Kerajaan Pahang untuk membatalkan perjanjian pembekalan air mentah ke Selangor dan begitu bangga mendabik dada yang bekalan air mentah di Selangor mencukupi, mungkin sekarang beliau akan berfikir sebelum bercakap. 

“Sejak kebelakangan ini paras penyusutan paras air di empangan telah menjadi kritikal akibat cuaca kering dan panas yang dialami.  Tentulah sekali fenomena ini tidak dijangka oleh seorang ahli politik seperti Dr. Xavier, sebab itu beliau  main bercakap sedap mulut saja.

Tan Sri Khalid pula baru-baru ini telah memaklumkan di dalam media bahawa Selangor punya masa 75-90 hari lagi sebelum empangan kering sepenuhnya.  Kerajaan Negeri juga akan menjalankan pembenihan awan sekiranya tiada hujan turun dalam tempoh 22 hari.

Persoalannya, kenapa seringkali Kerajaan Selangor mengambil pendekatan “mengubati” bukannya “mencegah” yang jelas menunjukkan yang Kerajaan Selangor tidak membuat persediaan sebelum ini,” ujarnya di sini hari ini.

Tambahnya, bukankah fenomena cuaca ini sesuatu yang biasa terjadi dan bukannya kejadian yang tidak dijangka seperti tsunami. Bukankah pentadbiran Kerajaan Negeri disokong oleh jabatan-jabatan seperti meteorologi dan sebagainya?  Takkan satu fenomena cuaca yang begitu lazim seperti ini pun tidak dapat dijangka?

“Dulu syarikat pembekal air telah awal-awal memberikan amaran, namun tidak diendahkan, malah dituduh sebagai memulakan propaganda.  Kerajaan Negeri menolak sama sekali bahawa krisis air akan terjadi dengan alasan-alasan yang tidak disokong oleh fakta.

Jika dahulu MB Selangor berkata krisis air tidak akan berlaku kerana paras empangan masih penuh.  Apakah sekarang ini kenyataan tu masih relevan?

Ada alternatif jangka panjang, dan lebih efisyen dan telah dilaksanakan kerja-kerjanya hanya menanti kelulusan Kerajaan Negeri untuk diteruskan pembinaannya.  Tidak dapat dinafikan, pembinaan Loji Langat 2 adalah satu keputusan yang bertanggungjawab, dan pilihan yang muktamad,” tambahnya lagi. 

Tambahan pula infrastruktur  untuk projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang (PPAMP) telah siap 50% dan menelan belanja RM2.41 billion.  Takkan infrastruktur yang terbina untuk masadepan rakyat Selangor akan dibiarkan menjadi sia-sia sahaja. 

Sebelum ini Dr. Xavier menolak sekeras-kerasnya PPAMP dengan memberikan hujah tentang ekologi, kerosakan alam semula jadi dan penempatan orang asli, tetapi tidak menyedari pula keputusan untuk tidak membina Loji Langat 2 bakal “membunuh” rakyat di negeri sendiri.

Yang menjadi persoalannya adalah cara Kerajaan Negeri berfikir dan bertindak,  tidak tahu apa yang patut diberikan keutamaan.  Jika isu air mentah yang begitu asas tidak dapat diuruskan dengan baik dan berkesan, bagaimana hendak menguruskan pembekalan air terawat yang jauh lebih teknikal. Dalam pada itu, perlu ada kepakaran dan pengetahuan teknikal yang mendalam beserta pengalaman, bukan boleh dicapai secara “overnight success”.

Kenapakah Kerajaan Negeri  yang begitu yakin bahawa mereka mempunyai kepakaran untuk menguruskan industri air di Selangor ini tidak dapat melihat kehadapan dan membuat persiapan awal bagi  sesuatu yang bermusim seperti ini?

“Ini baru air mentah, belum masuk bab-bab proses merawat air lagi, dan proses pengagihan. Bagaimana hendak menguruskan penstrukturan dan mengambil-alih syarikat-syarikat konsesi sedangkan perkara yang paling asas pun tak lepas. Pendek kata, jangan buang masa! ,” ujarnya yang juga mantan Ketua AMK Negeri Selangor. 

Sumber - Sahabat Gunung

1 comments:

usin 14 October 2012 at 11:07  

intipati artikel ini bermaksud MB selangor bukan Angkuh tp Bodoh!!! tolong betulkan..

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP