Powered by Blogger.

BN Selangor : Isu TAWAS Bukti Berlaku Ketirisan dalam Pentadbiran.

Thursday 25 October 2012

alt

Koordinator BN Selangor, Dato Sri Ir. Mohd Zin Mohamed sekali lagi mengecam kerajaan Negeri Selangor yang didakwa gagal dalam urustadbir negeri.
Menurut beliau, berdasarkan Laporan Audit Negara 2011 yang dibentangkan oleh Ketua Audit Negara, kerajaan negeri Selangor ternyata gagal dalam pentadbiran di negeri itu.

 Katanya, skim Yayasan Warisan Anak Selangor (TAWAS) yang diperkenalkan kerajaan negeri itu ternyata mempunyai ketirisan nyata. Anak kelahiran Selangor yang sewajarnya menerima manfaat dinafikan akibat daripada perancangan TAWAS yang beragendakan politik semata-mata.

Malah beliau mendakwa Menteri Besar Selangor selaku Pemegang Amanah bertanggungjawab berdepan dengan isu tersebut. Ianya berikutan peruntukan untuk TAWAS dikatakan gagal dalam pengurusan perbelanjaanya.

"Daripada RM 13.5 juta peruntukkan iaitu RM 8.5 juta untuk TAWAS dan RM 5 juta untuk pengurusan, hanya RM 2.9 juta sahaja dibelanjakan untuk TAWAS sebaliknya, RM 4.9 juta dibelanjakan untuk pengurusan," katanya dalam sidang media di Bangunan UMNO Shah Alam di sini hari ini.

Tambahnya lagi, pengendali TAWAS telah membelanjakan 98% daripada peruntukkan RM 5 juta untuk pengurusan namun hanya 34.4% sahaja yang mendapat faedah daripadanya.

"Kenapakah wang pengurusan ini begitu tinggi dari wang yang diagihkan? Kemanakah baki RM 5.5 juta lagi?" ujar beliau.

Skim TAWAS diwujudkan untuk memberi faedah kepada anak kelahiran Selangor. Ia dikendalikan oleh pihak Menteri Besar Incorporated (MBI).

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP