Powered by Blogger.

Khalid Ibrahim Kekal Calon Parlimen Bandar Tun Razak.

Tuesday 30 October 2012

alt

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim akan terus dikekalkan sebagai calon bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) akan datang.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Khalid Ibrahim wajar diberi kepercayaan untuk memegang kerusi Parlimen yang disandangnya berdasarkan rekod cemerlangnya memimpin Kerajaan Negeri Selangor.

“Saya mahu isytihar hari ini (semalam) Parlimen Bandar Tun Razak bagi pihak Pakatan Rakyat, saya masih mencadangkan Tan Sri Abdul Khalid sebagai calonnya.

“Dan, saya harap saudara-saudara sekalian memberikan sokongan yang lebih kuatnya kepadanya,” katanya ketika berceramah dalam program Jelajah Rakyat di Sungai Besi, semalam.

Beliau turut mempertahankan Khalid sebagai seorang tokoh korporat yang tidak menyalahgunakan kuasa walaupun memegang jawatan No. 1 di sebuah Negeri terkaya di Malaysia.

Walaubagaimanapun, Ketua Umum PKR itu tidak mengumumkan status Khalid Ibrahim bagi kawasan yang dipegangnya di Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok.

Khalid Ibrahim yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 12 atas tiket PKR buat pertama kalinya berjaya merampas kerusi Parlimen Bandar Tun Razak menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Tan Chai Ho dengan majoriti sebanyak 2515.-KLPOS

betul ke?...ermmmmm

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP