Powered by Blogger.

Peneroka Rayu kerajaan Negeri Selangor Kembalikan Tanah

Thursday, 25 October 2012

alt

Satu memorandum bantahan dihantar kepada kerajaan Negeri Selangor di sini hari ini. Memorandum berkenaan adalah berhubung isu tanah bekas peneroka-peneroka di FELDA Sg. Buaya, Rawang, yang didakwa telah dirampas oleh kerajaan negeri.

Sesi penyerahan memorandum itu disertai dengan perhimpunan aman dihadapan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor oleh kira-kira 50 bekas peneroka FELDA terbabit.

Rata-rata bekas peneroka yang berusia sekitar 60-70 tahun itu merayu agar kerajaan negeri supaya memulangkan kembali tanah mereka.

Sebelum ini sekitar tahun 1994 seramai 363 orang bekas peneroka FELDA Sg. Buaya telah menubuhkan satu syarikat, Murni Jaya Development Berhad (MJD) bagi menjual dan memajukan tanah mereka.

Sehubungan dengan itu, MJD telah mengikat satu perjanjian usahasama dengan syarikat pemaju, Bandar Sungai Buaya Sdn Bhd (BSB) yang juga merupakan anak syarikat kepada Land & General Berhad.

Walaubagaimanapun masalah mula timbul apabila BSB tidak dapat meneruskan projek tersebut ketika kemelesetan ekonomi pada tahun 1998 yang memaksa MJD menamatkan perjanjian usahasama yang termeterai sebelum ini.

Sewajarnya, pihak BSB perlu mengembalikan kira-kira 1617 ekar tanah milik peneroka terbabit sebagai gantirugi sepertimana arahan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 16 Mei 2005.
alt
Keseluruhan 160 orang bekas peneroka, Ahli Jawatankuasa Bertindak Bandar Baru Sg. Buaya, AJK Kampung Sg. Buaya, pembeli rumah di Bandar Baru Sungai Buaya yang dianggarkan seramai 3000 orang itu juga menuntut kerajaan negeri menerima cadangan MJD untuk menyelesaikan masalah mereka dengan
membuat pembayaran cukai tertunggak sebanyak RM8,220,557.27 sebagaimana Notis 6A yang diterima awal tahun 2009.

Menurut Abu Hassan Mohd Sidek yang mengetuai sesi penyerahan memorandum tersebut berkata, beliau berasa kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang disifatkan sebagai zalim dan mungkir janji.

"Semasa pilihan raya umum ke-12, beberapa tokoh pemimpin Pakatan Rakyat telah berjanji untuk menyelesaikan masalah berhubung tanah kami"- kata Hasan yang juga pemilik tanah.

Tambah bekas peneroka itu lagi, mereka merayu agar prosiding perampasan diberhentikan melainkan kerajaan negeri bersedia menghadapi tindakan susulan yang lebih drastik berhubung perkara itu.

Memorandum bantahan itu diterima oleh kakitangan di pejabat Exco Kerajaan Negeri Selangor, Noryzal Zainal Abidin. Ia (memorandum) tersebut diberikan tempoh selama 13 hari bermula hari ini untuk mendapatkan respon daripada YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP