Powered by Blogger.

GPRS : Penduduk Ampang kini Sedar Masalah Air Kritikal

Thursday 11 October 2012


alt
 
AMPANG 11 Okt - Majlis Forum Rakyat Isu Air dan Langat 2 anjuran Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) memberi kesedaran kepada rakyat berdepan krisis air mentah yang semakin kritikal di Negeri ini.

Pengerusi GPRS, Datuk Sohaimi berkata Majlis Forum Rakyat Isu Air dan Langat 2 telah berjaya  memberi penjelasan kepada rakyat negeri Selangor mengenai krisis air yang bakal dihadapi jika rakyat kerap menggunakan bekalan air tidak terawat.

"Ini merupakan penjelajahan forum krisis air yang kedua selepas di Beranang untuk memberi penjelasan kepada rakyat Selangor tentang krisis air, Projek Langat 2 dan isu Skim Air Percuma (SAP) seperti yang dijanjikan oleh kerajaan negeri Selangor.

"Di samping itu, hari ini kita bersama pakar dalam bidang air mahu bersemuka dan bersesi soaljawab bersama penduduk Ampang bagi menafikan segala pembohongan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor dan kerajaan negeri," katanya kepada pemberita pada Sidang Media forum rakyat di Bangunan UMNO Ampang di sini malam tadi.
 
alt
 
Forum yang disertai lebih dari 500 wakil penduduk Ampang yang berdepan masalah air itu turut dihadiri Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Seri Noh Omar, Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo, Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som, wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Mustafa Hamzah dan Pakar Kejuruteraan Hidrogeologi Air, Dr. Azuhan Mohamed.

Sohaimi turut menjelaskan banyak kawasan perumahan yang memiliki meter pukal yang mahu bersama GPRS bagi meluahkan rasa tidak puas hati kepada kerajaan Selangor yang tidak melaksakan SAP.

Menurutnya, beliau percaya perkara ini akan berterusan setelah ramai penduduk yang memberi maklum balas positif serta menyokong tindakan GPRS membongkar kerajaan negeri Selangor.

Sohaimi turut mendakwa  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak memberikan sebarang reaksi mengenai SAP sebaliknya membuat kenyataan berbau bongkak yang menyatakan kerajaan negeri Selangor tidak takut dengan kebangkitan rakyat dan beliau sedia disaman.

"Sebagai Ketua Kerajaan Negeri Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sepatutnya jangan mencabar rakyat negeri Selangor sebaliknya cubalah berfikir untuk menyelesaikan masalah yang timbul dengan cara penyelesaian yang terbaik," jelasnya lagi.

Sebelum ini, seramai 500 orang menghadiri forum dan Penerangan Isu Air Selangor di Beranang dan GPRS akan terus mengadakan forum kesedaran kepada semua kawasan penduduk Selangor supaya tidak termakan janji manis pihak pembangkang.-Klpos

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP