Powered by Blogger.

YDP Selayang "coverup" PR, tak dedah DO keluar masa PR

Wednesday 31 October 2012



Malaysian Insiders cuba membantu menyangkal tuduhan PR bantu bina kondo di kawasan larangan berdekatan kuil Batu Caves:


KUALA LUMPUR 30 Okt — Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang Datuk Zainal Abidin B Aala menyangkal tuduhan kerajaan Barisan Nasional yang mengatakan projek kondominium Dolomite Park Avenue di Batu Caves diluluskan oleh Pakatan Rakyat negeri Selangor.

Zainal Abidin semasa sidang media selepas mesyuarat majlis MPS hari ini berkata Kebenaran Merancang yang diluluskan pada 30 November 2007 adalah kunci kepada segala pembinaan yang diberikan oleh mana-mana pihak majlis 

“Sebenarnya Kebenaran Merancang adalah kunci kepada mana-mana pembinaan yang diluluskan “Projek ini melibatkan dua fasa kedua-duanya diberikan semasa 2007 dan pembinaan lot kedai yang sudah siap itu adalah fasa pertama “Fasa kedua adalah pembinaan kondo tersebut ” kata beliau. 

Zainal Abidin juga mendedahkan projek itu telah diluluskan oleh Jabatan Mineral Dan Geo-Sains JMG pada ketika zaman pemimpin Barisan Nasional lalu namun pihak Jabatan Alam Sekitar dalam laporan awalnya tidak menyokong pembinaan projek oleh pemaju Dolomits Properties Sdn Bhd.

Baca sepnuhnya di sini

Kalau nak 'cover-up" boss tu tolonglah jangan buat cerita bodoh.

Kebenaran Merancang atau inggerisnya Planning Approval hanya memberi kebenaran untuk tuanpunya tanah atau hartanah memulakan perancangan. Bila sudah siap, baru di serahkan kepada pihak berkausa untuk menilai samada ianya mengikuti syarat-syarat dan tuntutan.

Setakat Kebenaran Merancang, ianya tidak ada erti apa-apa. Sesiapa ada tanah boleh dapat kebanaran merancang mudah. Tetapi merancang bukan kelulusan mulakan binaan atau pembangunan.

Dengan demikian, perancangan bagi tempat terkawal dan bersebelahan Batu Caves temple perlulah dikaji samada iya memenuhi syarat dan ketetapan. Pihak KPS perlu bermesyuarat dan luluskan dahulu sebelum dikeluarkan Development Order.

Sebelum itu pihak kuil perlu beri kenaran dan sedia izinkan.

YDP MPs perlu dedahkan bila pula Development Order atau DO dikeluarkan? Zaman BN atau PR.

Bukanya Planning Appoval. Apa benda pegawai kerajaan menipu ni????? 

Sumber

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP