Isu Selangor - Sejak Pakatan Haram Memerintah..Islam Mula Runtuh Di Selangor
Wednesday, 24 October 2012
Hari ni aku nak cerita pasal kes sedap berlendir kegemaran Khalid Gagap dan Geng.
Seperti semua sedia maklum, negeri Selangor yang mana ditadbir oleh Pakatan Haram kini dalam keadaan serba carca marba dan serabut sepertimana MBnya.
Sejak Selangor 'bertukar tangan' banyak sangat perkara yang tidak kena terjadi dan seumpama penyimpan koleksi kes-kes yang tidak sepatutnya berlaku seperti masalah sampah, isu air yang semakin kritikal, peningkatan pusat perjudian haram, bercambahnya pusat persundalan, kes murtad, banyak aset yang terlelong, bertambahnya hutang dan berbagai lagi.
Sekiranya Pakatan Haram diberikan lagi sepenggal memerintah Selangor, aku rasa entah apa lagi yang akan bertambah dan semestinya pendapatan negeri tidak akan bertambah kerana awal-awal lagi dah kena sakau dek kerakusan MB dan barisan Exconya.
Yang pasti harta pemimpinnya bertambah !!!
Baru-baru ini aku agak tertarik dengan satu pendedahan dari BERNAMA berkaitan meningkatnya kes jenayah Syariah di Selangor.
Sebanyak 1,151 kes jenayah syariah direkod oleh Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, melebihi jumlah yang direkod sepanjang tahun lepas, kata pengarahnya, Datuk Marzuki Hussin.
Sepanjang tahun lepas cuma 1,077 kes direkodkan dan peningkatan ini merupakan satu keadaan yang sangat serius dengan kadar purata 191 kes sebulan sepanjang tahun 2012, katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar 'Tanggungjawab Masyarakat Dalam Menangani Jenayah Syariah' di sini hari ini.
Jenayah syariah bukan sekadar kesalahan seperti khalwat, persetubuhan luar nikah dan lelaki berlagak seperti perempuan, malah melibatkan kesalahan berkaitan akidah seperti dakwaan palsu, kesucian agama Islam serta institusi agama Islam itu sendiri.
Justeru, Marzuki berkata setiap individu perlu mempunyai sikap 'menjaga tepi kain orang' dalam usaha membantu membendung gejala jenayah syariah di kalangan masyarakat, dengan syarat ia perlu berlandaskan undang-undang.
Beliau berkata Jais juga mengambil langkah proaktif dengan memberi kuasa kepada pegawai masjid untuk bersama-sama menggunakan kuasa menangkap pihak yang melakukan jenayah syariah. - BERNAMA
Apa pendapat korang ?
Sebelum ini JAIS telah melakukan kerja dengan baik sekali sewaktu Hassan Ali memegang portfolio Agama di Selangor.
Tetapi kini, bila portfolio Agama dipegang oleh seorang yang buta Agama, macam-macam yang terjadi.
Aku tak boleh nak salahkan JAIS 100%, ini adalah kerana kaki dan tangan JAIS telah diikat dengan kemas oleh Pakatan Haram atas arahan DAPigs.
Tiada seorang pun rakyat Selangor yang boleh lupa insiden arak yang dirampas kemudian 'terpaksa' dipulangkan semula atas campurtangan dan arahan DApigs.
Begitu juga dengan kes murtad di DUMC yang telah mengakibatkan portfolio Agama bertukar tangan.
Itu belum ambil kira lagi pusat perjudian haram dan persundalan yang dikawal selia dengan baik dibawah 'perlindungan' DAPigs dengan 'pengeras' yang cukup lumayan.
Bayangkan, hanya untuk 1 negeri iaitu Selangor, kedudukan Agama Islam berada di ambang keruntuhan dan ini belum lagi masuk cerita negeri-negeri dibawah Pakatan Haram yang lainnya.
Macam mana pula kalau Malaysia dipegang Pakatan Haram ???
Rakyat Selangor khususnya telah menjadi saksi bagaimana Agama Islam diperkotak katikkan oleh Pakatan Haram walaupun PAS bersama dalam pakatan mereka tapi mulut PAS telah dikunci kemas.
Mungkinkah kerana 'pengeras' yang cukup dan berbaloi untuk Agama Islam digadaikan ???
Oleh itu, rakyat Selangor perlu bangkit dari tidur dan mula fikirkan masa depan...
Sumber - Kita Gempur
0 comments:
Post a Comment