Isu Air Percuma : Kerajaan Selangor Gagal Laksanakan Tanggungjawab
Monday, 1 October 2012
PUCHONG 30 Sept - Kerajaan Selangor masih gagal melaksanakan Skim Air
Percuma (SAP) kerajaan negeri yang dijanjikan melalui manifesto Pakatan
Rakyat yang diperkenalkan pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12), empat
tahun lalu.
Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi
Shahadan berkata, kerajaan Selangor seharusnya mengambil serius mengenai
hal ini kerana penghuni rumah pangsa menjadi mangsa dalam manifesto
yang ditaburkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Walaupun setiap minggu penduduk menyuarakan tuntutan melalui
demostrasi secara aman, namun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim serta barisan exconya hanya memekakkan telinga dan membutakan
mata.
"Mereka langsung tidak simpati dengan tuntutan yang dibuat oleh rakyat
khususnya mereka yang menghuni di rumah flat dan apartmen, sebaliknya
tanpa rasa bersalah mengatakan bahawa manifesto itu bukan satu janji,"
katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di Apartment Rista Villa,
Putra Perdana di sini hari ini.
Menurut Sohaimi, tindakan kerajaan negeri itu jelas menunjukkan bahawa
kepimpinan PKR yang kononya melaungkan negeri berkebajikan serta
mengamalkan ketelusan dan ketulusan hanyalah 'gula-gula' untuk memenangi
pilihan raya umum akan datang.
"Sikap membisu beliau (Khalid) turut menunjukkan kerajaan negeri tidak
bertanggungjawab dan mengesahkan dakwaan bahawa mereka lebih gemar
berpolitik daripada menyelami masalah rakyat," katanya.
Sehubungan itu, Sohaimi berkata, penduduk di Apartmen Putra Perdana
akan memfailkan tuntutan saman terhadap kerajaan negeri berhubung
kegagalan melaksanakan skim air percuma kepada mereka.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, pakatan pembangkang berjanji dalam
manifesto mereka untuk memberikan air percuma sebanyak 20 meter padu
setiap bulan kepada semua rakyat di Selangor terutamanya golongan sasar
dan kurang berkemampuan.- Klpos.com
0 comments:
Post a Comment