Powered by Blogger.

Isu Air Selangor : Cadangan Kerajaan Negeri Tidak Praktikal

Monday 22 October 2012



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat bahawa cadangan kerajaan negeri Selangor untuk melaksanakan teknologi membran bagi menangani krisis air di negeri itu tidak praktikal.

"Bagi saya, perlaksanaan teknologi membran itu tidak praktikal sama sekali malah melibatkan kos yang tinggi," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) disini hari ini.

Menurut Muhyiddin lagi, cadangan (teknologi membran) oleh kerajaan negeri Selangor itu juga mengakibatkan kualiti air rendah. Untuk rekod, kualiti air dalam negara setakat ini adalah antara yang terbaik sepertimana laporan daripada pakar-pakar luarnegara.

"Saya tidak tahu sama ada kerajaan negeri cuba mengalihkan isu pokok kerana penggunaan teknologi membran bukan cara penyelesaiaan," katanya.

Lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri selama sejam itu juga turut diberi taklimat oleh Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH).

Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Teoh Yen Hua.

Sebelum ini Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Khas Mengenai Isu-Isu Air Selangor telah meninjau sekitar Empangan Sungai Selangor di Kuala Kubu Baru pagi tadi.

Sumber KLPOS

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP