MB Khalid panas bontot - Tee Yong persoal 'kertas putih'?
Wednesday 17 October 2012
Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor didakwa telah mengubahsuai laporan kertas putih mengenai langkah pengutipan semula hutang daripada Talam Corporation Berhad (Talam).
Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong berkata, sekiranya dakwaan itu tidak benar, Exco kerajaan negeri perlu tampil bagi menjawab perkara tersebut memandangkan tempoh yang diambil oleh kerajaan Selangor untuk mengeluarkan laporan itu adalah terlalu lama sehingga mencecah dua tahun.
Kata beliau, kerajaan negeri seharusnya menyediakan laporan audit lebih awal dan bukannya selepas dibangkitkan oleh pelbagai pihak sehingga menimbulkan keraguan terhadap Talam.
"Adakah apa-apa pengubahsuaian selepas dua tahun? Adakah ini 'politik yang dilindungi' dan kita lihat bila mereka buat audit dengan firma audit, KPMG Transaction & Restructuring Sdn. Bhd. (KPMG) pun belum tentu telus.
"Jika laporan audit itu begitu senang dan tiada isu melibatkan Talam, kenapa kita perlu menunggu sehingga dua tahun? Apabila selepas begitu banyak pertanyaan, baru hendak keluarkan laporan ini?," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen baru-baru ini.
Tee Yong yang juga Ketua Biro Profesional Muda MCA sebelum ini mendakwa penstrukturan hutang Talam dan kerajaan Selangor membabitkan transaksi berjumlah RM1 bilion, sekalipun jumlah hutang hanya sebanyak RM392 juta.
Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam memberitahu kerajaan negeri akan membentangkan kertas putih tersebut kepada umum dalam sidang Dewan Undangan Negeri selewat-lewatnya pada 19 November ini.
Berikutan itu, Tee Yong mengingatkan kerajaan negeri itu agar tidak cuba melakukan pengubahsuaian terhadap audit yang telah diteliti oleh firma KPMG.
"Saya berharap kalau kerajaan negeri kata ini kertas putih, janganlah pula selepas ini menjadi kertas kelabu kerana kalau dia tidak menjawab banyak perkara yang membabitkan perkara asas, jadi bagaimana kerajaan menilai sebelum membeli aset?
"Maka, itu bukan lagi kertas putih sebaliknya cuma kertas politik yang tidak memberi kebenaran dan jawapan kepada rakyat," katanya.
Sumber - Belantan
0 comments:
Post a Comment